Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.rah] | لوره

Definisi : 1. tanah rendah antara gunung-gunung, jurang, lembah; 2. lekuk memanjang (pd papan dll), alur; ~ hidung alur bibir; ~ tidak terturuni, bukit tidak terdaki prb, Mn perihal orang yg sangat tua dan lemah; adat ~ timbunan sarap prb orang yg berpangkat dan berpengaruh selalu menjadi tempat tumpuan orang mengadu hal; bukit sama didaki, ~ sama dituruni = ke bukit sama men­daki, ke ~ sama menurun prb sepakat (seia sekata); di ~ air yg besar, di bukit orang yg hanyut prb orang yg tidak bersalah menerima hukuman; di ~ maka hendak angin, di bukit maka hendak air prb berkehendakkan se­suatu tidak pd tempatnya; berlurah di balik pendakian prb ada kehendak (maksud) yg tersembunyi; berlurah ada lurah, berlembah; berlurah-lurah mempunyai banyak lurah atau alur: dahi Mak Su berkerut-kerut kecil dan atas bulu keningnya pula ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.rah] | لوره

Definisi : Id 1. ketua kampung: hatta berapa lamanya negeri Majapahit pun besarlah, segala ~ Jawa semuanya takluk ke Majapahit; 2. ketua atau pemimpin (sesuatu bahagian pekerjaan); kelurahan daerah di bawah jagaan lurah, rumah atau pejabat lurah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.rah] | لوره

Definisi : 1 tanah rendah di antara gunung; lembah. 2 alur atau lekuk memanjang pd papan dll. berlurah 1 ada lurahnya; berlembah. 2 mempunyai alur (pd papan dll). melurah membuat alur atau lekuk memanjang pd papan. melurahkan menyebabkan sesuatu jadi berlurah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lurah (kata nama)
1. Bersinonim dengan tanah rendah: lembah

2. Bersinonim dengan alur: lekuk, galur, oreng.,


Peribahasa

Lurah juga diturut air,
     bukit juga dilejang panas.

Bermaksud :

Orang yang berpengaruh juga yang mendapat penghormatan dan orang yang biasa jahat pula yang selalu dituduh.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
yang menyambungkan permukaan mengufuk dengan permukaan tegak bumbung. (KEJ) cantilever beam (rasuk jalur) Rasuk yang terikat pada satu hujung dan satu hujung lagi dalam keadaan be- bas. (KEJ) canyon (ngarai) Lurah dalam yang bercerun tinggi dan curam, yang biasanya terdapat sebuah sungai mengalir di sepanjang dasarnya. (HID) canyon wind (angin ngarai) 1. Angin gunung yang bertiup di ngarai, iaitu angin aliran keratan rentasnya berbentuk alunan ombak atau berlekuk-lekuk. Contohnya, genting asbestos untuk bumbung dan jubin. (KEJ) corrugated vault (kekubah gelugur) Kekubah yang mempunyai rentang yang luas dan permukaan yang berlurah- lurah. (KEJ) core wall corrugated vault Kamus Sains.indb 243 7/8/08 11:48:41 AM 244 corrugmeter (korugmeter) Alat yang digunakan untuk mengukur kekasaran permukaan jalan. (KEJ) corrupt (cemar

Kembali ke atas