Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.rah] | لوره

Definisi : 1. tanah rendah antara gunung-gunung, jurang, lembah; 2. lekuk memanjang (pd papan dll), alur; ~ hidung alur bibir; ~ tidak terturuni, bukit tidak terdaki prb, Mn perihal orang yg sangat tua dan lemah; adat ~ timbunan sarap prb orang yg berpangkat dan berpengaruh selalu menjadi tempat tumpuan orang mengadu hal; bukit sama didaki, ~ sama dituruni = ke bukit sama men­daki, ke ~ sama menurun prb sepakat (seia sekata); di ~ air yg besar, di bukit orang yg hanyut prb orang yg tidak bersalah menerima hukuman; di ~ maka hendak angin, di bukit maka hendak air prb berkehendakkan se­suatu tidak pd tempatnya; berlurah di balik pendakian prb ada kehendak (maksud) yg tersembunyi; berlurah ada lurah, berlembah; berlurah-lurah mempunyai banyak lurah atau alur: dahi Mak Su berkerut-kerut kecil dan atas bulu keningnya pula ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.rah] | لوره

Definisi : Id 1. ketua kampung: hatta berapa lamanya negeri Majapahit pun besarlah, segala ~ Jawa semuanya takluk ke Majapahit; 2. ketua atau pemimpin (sesuatu bahagian pekerjaan); kelurahan daerah di bawah jagaan lurah, rumah atau pejabat lurah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.rah] | لوره

Definisi : 1 tanah rendah di antara gunung; lembah. 2 alur atau lekuk memanjang pd papan dll. berlurah 1 ada lurahnya; berlembah. 2 mempunyai alur (pd papan dll). melurah membuat alur atau lekuk memanjang pd papan. melurahkan menyebabkan sesuatu jadi berlurah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lurah (kata nama)
1. Bersinonim dengan tanah rendah: lembah

2. Bersinonim dengan alur: lekuk, galur, oreng.,


Peribahasa

Lurah juga diturut air,
     bukit juga dilejang panas.

Bermaksud :

Orang yang berpengaruh juga yang mendapat penghormatan dan orang yang biasa jahat pula yang selalu dituduh.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Lurah tidak terturuni, bukit tidak terdaki.Teramat tua dan daif.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas.Orang yang berpengaruh juga yang mendapat penghormatan dan orang yang biasa jahat pula yang selalu dituduh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lurah dituruni, bukit didaki.Gigih; tak mengenal lelah; azam yang kuat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di lurah maka hendak angin, di bukit maka hendak air.Berkehendakkan sesuatu tidak pada tempatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di lurah air yang besar, di bukit orang yang hanyut.Orang yang tiada bersalah menerima hukuman.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat lurah timbunan sarap.Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sedatar saja lurah dengan bukit.Tidak membeza-bezakan orang kaya dengan orang miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nan lurah (= rendah) juga diturut air.Orang yang kaya juga yang bertambah-tambah kekayaannya. (Bandingkan dengan: Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bukit 'lah tinggi, lurah 'lah dalam.Teramat tua dan daif.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas