Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.ruh] | لوروه

Definisi : gugur kerana sudah masak (buah­buahan), gugur kerana sampai masanya (daun, bulu, dll); musim ~ musim daun gugur; ~ upih pergam datang, suruh putih hitam datang prb lain yg dihajati, lain yg didapat; berluruhan luruh banyak-banyak, luruh di sana sini, berguguran: daun-daun ~ pd musim gugur; meluruh 1. bertukar bulu (ayam dll), me­ranggas; 2. gugur pd musim luruh (daun), meranggas; meluruhkan menyebabkan luruh, menggugur­kan, meranggaskan: tiupan angin yg kencang ~ daun-daun pokok di kawasan itu; luruhan sesuatu yg luruh, guguran: “Nenek, kita ke rumah sakit ya,” ucap Nadira dlm ~ air mata; keluruhan kejadian luruh: ramai orang percaya bahawa bahan itu boleh menyebab­kan ~ rambut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.ruh] | لوروه

Definisi : sl daerah, jajahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.ruh] | لوروه

Definisi : gugur kerana sudah masak (bkn buah-buahan); gugur kerana sudah sampai masanya (bkn bulu, daun dll). musim ~ musim daun-daun gugur (antara musim panas dgn musim sejuk). meluruh 1 mula gugur atau luruh (bkn daun-daunan); meranggas. 2 bertukar bulu (bkn ayam dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luruh (kata kerja)
Bersinonim dengan gugur, jatuh, terlerai, terlerah, tanggal, terkelupas, meranggas, lurut, rurut, ruruh, rontok, runtuh, reges, reras, laras;,
Kata Terbitan : berluruhan, meluruhkan,

Puisi
 

Pisang emas luruh digoyang,
     Dijolokdengan ranting habu;
Adik emas saya loyang,
     Masakan mahu berkinca bahu.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Pelepah bawah luruh,
     pelepah atas jangan gelak.

Bermaksud :

Hendaklah insaf bahawa sekalian yang hidup itu akan mati juga.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
LuruhKamaluddin Mohd. TahirBerita Minggu (Sastera dan Budaya)10.02.2002
Musim luruhTiadaUtusan Melayu19.06.2006
Senja Luruh Di PucukJamaludin DMingguan Malaysia13.04.1997
Bulan Luruh Dalam MimpiAtondraWatan Minggu13.07.1997
Musim Luruh Semakin SejukRaja Sabaruddin AbdullahMingguan Malaysia27.10.1991
Musim Luruh Semakin SejukRaja Sabaruddin AbdullahMingguan Malaysia11.10.1991
Waktu Luruh Menjadi KacaMohamad Nor A. BakarMingguan Malaysia15.01.2006
Bagaikan Dedaun LuruhPuteri Norana ManjaSabah Times05.04.1992
Dedaun Yang LuruhIla LatiMingguan Wanita23.05.1997
Sekeping hati luruh di TokyoIlias ZaidiUtusan Zaman16.12.1973
123

Kembali ke atas