Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.rus] | لوروس

Definisi : 1. tidak bengkok, lempang: garis yg ~; keris bermata ~; 2. tegak betul: berdiri ~; garis yg tegak ~; 3. benar, jujur: ia menjawab dgn ~; ia seorang hulubalang yg gagah berani serta ~ dan setia kpd tuannya; 4. tidak bersalahan, tepat benar, betul: terjemahan ~; ~ hati = ~ akal tulus hati; ~ tabung terlalu jujur; terlampau ~, kurus, terlampau cerdik, terkedek prb hendaklah pandai-pandai berlaku atau membawa diri dlm pergaulan (jangan terlalu jujur dan jangan terlalu cerdik); selurusnya sebenarnya, sebetulnya; berselurus membuat sesuatu dgn jujur, berlaku lurus; selurusan berhadapan betul, setentang; melurus menjadi lurus: apabila kapal itu menjunam ke hadapan atau ke belakang, jarum kompas akan ~ balik; meluruskan menjadikan lurus (lempang, tegak, dll): ia ~ kakinya; ia pun membongkok akan membaiki dan ~ tegak rumpun padi; kelurusan 1. perihal lurus (lempang, tegak, dll); 2. perihal lurus (benar, jujur), kejujuran: ia dapat menunjukkan kecekapannya dan ~ hatinya; pelurusan perihal (proses) meluruskan se­suatu: projek ~ jalan itu; pelurus alat utk meluruskan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.rus] | لوروس

Definisi : 1 tidak bengkok; tidak lengkung: jalan yg ~. 2 tegak betul: Askar itu berdiri ~. 3 tidak mahu menipu; jujur; benar: Dia ~ dan setia kpd tuannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lurus (adjektif)
1. Bersinonim dengan terus: jurus, langsung, lempang,
Berantonim dengan bengkok

2. Bersinonim dengan benar: jujur, ikhlas, tulus hati, suci, mustakim, sadik,

Kata Terbitan : selurusnya, meluruskan, kelurusan,

Puisi
 

Daun sirih jangan dikait,
     Kalaulah kait mematah layu;
Telunjuk lurus kelingking berkait,
     Itu pepatah orang Melayu.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti lurus-lurus telunjuk.

Bermaksud :

Mengikut sesuatu ajaran hanya sebentar saja.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, yang manakah ayat yang menggunakan tanda petik tunggal yang betul. Cikgu terlampau 'lurus'. atau Cikgu terlampau 'lurus.'

Tanda petik tunggal ('  ') digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik ("  "). Penggunaan yang betul dalam ayat tersebut ialah tanda petik (" ") dan tanda nokhtah diletakkan selepas tanda (" "). Sila rujuk Gaya Dewan muka surat 77 untuk lebih memahami. 

Penggunaan tanda (" ") yang betul ialah Cikgu terlampau "lurus".

Lain-lain13.04.2022
1.Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia terletak di Putrajaya atau Pusat pentadbiran kerajaan malaysia terletak di Putrajaya Bina ayat majmuk dengan kata hubung 2. Rambut Suraini lurus ( tetapi) Rambut adiknya kerinting Rambut Suraini lurus tetapi rambut adiknya kerinting atau Rambut Suraini lurus tetapi adiknya kerinting

1. Pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia terletak di Putrajaya.

2. Rambut Suraini lurus tetapi rambut adiknya keriting.

Tatabahasa07.07.2011
Lelaki yang lurus macam _______itu selalu dibuli oleh rakannya –rakannya. A. pembaris B. bendul Kenapa jawapan pembaris salah?Lurus macam bendul merupakan bahasa kiasan yang telah pun mantap penggunaannya.Tatabahasa31.03.2007
Salam ceria, Jalan tegak Jalan lurus Yang manakah betul penggunaan kata adjektif untuk jalan?

Jalan lurus. Harap maklum.

Tatabahasa14.07.2008
Slm, Mohon semak ayat di bawah. Adik menggunakan pembarus supaya garusan yang dibuatnya/dibuatkannya lurus. Thanks :)Adik menggunakan pembaris supaya garisan yang dibuatnya lurus.Tatabahasa24.07.2015
Adakah ayat berikut betul? 1. Jalan ke Tanah Tinggi Cameron bengkang-bengkok. Sekiranya salah bolehkah saya tahu mengapa?Salam sejahtera,

Tuan,

Ayat yang dikemukakan betul. Bengkang-bengkong membawa maksud tidak lurus yang boleh digunakan untuk menunjukkan jalan ke Tanah Tinggi Cameron Highland tidak lurus atau berliku-liku.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa06.04.2018
Setiap aksara Cina terdiri daripada garis lurus, garis miring, titik dan sebagainya. Adakah sesuai jika bahagian-bahagian yang membentuk aksara Cina ini disebut sebagai "lejang aksara"? Atau disebut "titik dan garis aksara Cina" sahaja? Terima kasih.Lejang aksara boleh digunakan bagi merujuk aksara Cina seperti yang dimaksudkan.Lain-lain23.12.2017
peribahasa seperti ketam menyuruh/mengajar anaknya berjalan lurus/betul yang manakah satu yang betul?

Dalam buku Peribahasa Sekolah Menengah terbitan DBP oleh Asiah Abd. Rahman, peribahasa yang betul ialah ketam menyuruh anaknya berjalan betul, muka surat 261.

Tatabahasa25.03.2015
surat rasmi, adakah sebetulnya perlu mempunyai garisan lurus di bawah PERKARADalam surat rasmi, di bawah tajuk perkara tidak perlu digarisi kerana teks perkara ditulis semua berhuruf besar dan huruf tebal (bold).Lain-lain16.06.2009
Salam Tuan, Pada balapan perlumbaan bagi acara pecut atau larian, terdapat dua bahagian balapan lurus yang dikenal sebagai "home straight" dan "back straight". Saya ingin tahu apakah padanan bahasa Melayu bagi dua istilah tersebut? Sekian, terima kasih.Dalam data kami, tiada padanan bahasa Melayu bagi perkataan back straight dan home straight. Kami akan mengemukakan istilah ini ke jawatankuasa istilah untuk mencari padanan bahasa Melayu yang tepat.Istilah18.10.2013
1234

Kembali ke atas