Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.rut] | لوروت

Definisi : ; melurut 1. memegang dgn jari dan mengurut: ~ rambut yg basah; ~ daun nipah; 2. melucutkan dgn jari (cincin dll); 3. memicit dgn jari utk melicinkan (kertas dll); 4. menceraikan biji-bijian drpd tangkainya: ~ padi utk makanan burung; 5. ki memetik hingga habis (buah-buahan); 6. ark mengopek (mengelupaskan) daging drpd tulang: sungguh­pun tiada bergigi, dilurutnya daging ayam rebusan itu, dikunyah-kunyah ditelan, ting­gal tulang juga; 7. mengalir (air sungai dll): spt air ~ atau mengalir ke laut; 8. berguling (pd bidang yg landai dll): sebiji guli ~ ke bawah tempat yg curam; lurutan perihal melurut; ~ bukan jepitan diambil banyak sekali (tidak diambil satu per satu tetapi dilurut); pelurut alat utk melurut: ~ daun pandan atau mengkuang yg telah dijemur kering; ~ dawai (Kej) alat utk menanggalkan penebat drpd dawai supaya penyambungan dapat dibuat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.rut] | لوروت

Definisi : luruh, gugur; ®rurut I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.rut] | لوروت

Definisi : ; melurut 1 memegang dgn jari dan mengurut: ~ rambut yg basah. 2 menanggalkan atau melucutkan cincin dll dgn jari. 3 menekan dgn jari utk melicinkan sesuatu: ~ kertas rokok. 4 menceraikan biji-bijian atau daun dr tangkainya: ~ padi utk makanan ayam. 5 memetik buah-buahan hingga habis. 6 mengalir (bkn air sungai): Air sungai ~ hingga ke laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lurut
Kata Terbitan : melurut,

Puisi
 

Padi lurut selasih lurut,
     Bawa belayar tanah seberang;
Budi turut kasih pun turut,
     Jangan harap hatilah orang.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lurutlurutKesenianTiadaProses menekan daun pandan atau mengkuang menggunakan jari dan pelurut dari pangkal hingga ke hujung.
striplucut; lurut; jalur; kepinganFizikTiadaTiada
web flowlurut rangkaiGeografiTiadaTiada
striplucut; lurut; jalur; kepinganPerubatanTiadaTiada
striplucut; lurut; jalur; kepinganPerhutananTiadaTiada
striplucut; lurut; jalur; kepinganPerubatanTiadaTiada
striplucut; lurut; jalur; kepinganKejuruteraanTiadaTiada
striplucut; lurut; jalur; kepinganGeografiTiadaTiada
striplucut; lurut; jalur; kepinganKimiaTiadaTiada
striplucut; lurut; jalur; kepinganPentadbiran PerniagaanTiadaJalur: Tiga atau lebih setem yang bersambung dalam satu baris sama ada melintang atau menegak.
12

Kembali ke atas