Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.suh] | لوسوه

Definisi : 1. renyuk, kumal (pakaian dll): baju itu sudah ~ di tangannya; 2. sudah rosak atau luntur kerana lama terpakai dll (bkn kain baju dll), sudah tidak segar lagi (kerana mengalami kesusahan, menderita, dsb): mereka memakai pakaian seragam berwarna kuning yg sudah ~; melusuhkan menjadikan lusuh, memakai selalu (baju dll) hingga menjadi lusuh; kelusuhan perihal (keadaan) lusuh: pd haki­katnya ~ dirinya itu adalah akibat bebe­rapa banyak penyakit yg menghinggapnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.suh] | لوسوه

Definisi : 1 sudah luntur warnanya atau sudah usang (bkn pakaian): Baju sekolahnya sudah ~. 2 berkerumuk atau kumal (bkn pakaian). melusuhkan menjadikan lusuh atau usang; mengumalkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lusuh (adjektif)
Bersinonim dengan pudar, usang, rosak, luntur;,
Kata Terbitan : melusuhkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wear and tear exclusionpenyisihan haus dan lusuhPentadbiran PerniagaanTiadaDalam insurans harta kerosakan akibat haus dan lusuh tidak dilindungi.
hachneyedlusuhKesusasteraanTiadaStail penulisan yang terlalu biasa dan membosankan. Tema penulisan berkisar tentang perkara remeh-temeh yang kurang diberi perhatian oleh pembaca. Lihat juga klise.
hackneyedlusuhKesusasteraanPuisiLihat klise.
mutilated noteduit lusuhPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
wear-in-failurekegagalan lusuhKomputerTiadaTiada
wear and tearhaus dan lusuhKejuruteraanTiadaTiada
wear and tearhaus dan lusuhPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
wear-and-tear theoryteori haus dan lusuhSosiologiTiadaTiada
wear and tear theoryteori haus dan lusuhGerontologiTiadaTeori penuaan yang menjelaskan bahawa penggunaan tubuh badan yang berterusan boleh menyebabkan kehausan atau kerosakan sistem tubuh.
pedlar and secondhand dealerpenjaja dan peniaga barang-barang lusuhUndang-undangTiadaTiada
123

Kembali ke atas