Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lut] | لوت

Definisi : dimakan senjata, telap (oleh senjata), mempan; telut II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lut] | لوت

Definisi : bp batu duga, batu ladung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lut] | لوت

Definisi : (Muz) sj alat bunyi-bunyian bertali kembar yg dipetik spt gitar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lut] | لوت

Definisi : dpt ditembusi benda-benda tajam (spt keris, lembing); mempan; telap (oleh senjata): Orang kebal tidak ~ oleh peluru atau senjata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lut
Rujuk :mempan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
LUTLUTMeteorologiMeteorologi PerhubunganSingkatan bagi look-up table. Lihat jadual rujukan.
LUT (lookup table)LUT (jadual carian)Teknologi MaklumatTiadaJadual yang dirujuk untuk mendapatkan maklumat berkaitan.
fused silicalakur)KimiaTiada, dibuat dalam bentuk lut cahaya dan lut sinar.
glazingkacaanKesenianSeni Bina1. Bahan binaan lut sinar atau lut cahaya (separa legap) yang membenarkan cahaya memasuki bangunan, biasanya diperbuat daripada kaca atau akrilik. 2. Pemasangan kaca pada bukaan bangunan sama ada tingkap atau pintu.
ice pelletsgentelan aisSainsHidrometeorologiKerpasan gentelan ais lut sinar atau lut-cahaya, yang terbentuk sfera atau tidak menentu, jarang-jarang berbentuk kon dan mempunyai diameter 5 mm atau kurang. Gentelan ais terdiri daripada dua jenis dan kini selalu dinyatakan dalam kod cuaca sebagai; Titisan hujan beku atau emping salji yang sebahagian besarnya lebur dan membekun semula; dan gentelan salji yang terbalut di selaput nipis ais.
face glazingkacaan fakadKesenianSeni BinaTetapan panel bahan lut sinar atau lut cahaya seperti kaca atau akrilik yang berbingkai pada mukaan luar bangunan yang memegang panel pada kedudukannya.
thinnipisMeteorologiMeteorologi PerhubunganBerkaitan dengan tutupan langit yang sebahagian besarnya lut sinar. Mengikut prinsip perjumlahan, jika nisbah tutupan langit lut sinar tyerhadap jumlah tutupan langit (legap dan lut sinar) pada sebarang aras ialah setengah atau lebih, maka lapisan awan pada aras itu dikelaskan sebagai `nipis'.
transparentlut sinarMakanan dan PemakananTeknologi MakananSifat sesuatu bahan yang dapat ditembusi oleh cahaya tanpa proses resapan. Oleh itu, bahan di sebaliknya dapat dilihat dengan jelas. Lut sinar adalah salah satu kriteria dalam memilih bahan pembungkus makanan. Contohnya botol kaca atau plastik yang bersifat lut sinar digunakan dalam pembotolan minuman kerana sifat ini membolehkan pengguna melihat produk berkenaan.
lutelutKesenianTiadaLut: Alat tali yang dipetik bertali kembar.
tanburtanbur (jenis lut)KesenianTiadaLut dari Parsi.
12345678910...

Kembali ke atas