Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.tut] | لوتوت

Definisi : sendi di antara paha dan betis; pelipatan ~ lekuk di belakang lutut; tem­purung ~ tulang bulat di lutut sebelah hadapan; berkata-kata dgn ~ prb berkata-kata dgn orang yg bodoh; bersaksi ke ~ prb a) men­jadikan sahabat atau sanak-saudara sbg saksi; b) minta petunjuk kpd orang yg bodoh; berlutut, melutut ark 1. berdiri di atas lutut, bertelut; 2. ki menyerah, tunduk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.tut] | لوتوت

Definisi : ; ~ ayam sj tumbuhan (herba), keremak batu, keremak rusa, maman babi, Hygrophila quadrivalois. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.tut] | لوتوت

Definisi : sendi kaki yg menghubungkan paha dgn betis. pelipatan ~ lekuk di belakang lutut. tempurung ~ tulang bulat di sebelah hadapan lutut. berlutut, melutut 1 duduk di atas lutut (tanpa mencecahkan punggung ke lantai); bertelut. 2 ki menyerah; tunduk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lutut

Puisi
 

Buah pinang dipegang-pegang,
     Bawa mari kampung Cik Daud;
Bila ingat diriku dagang,
     Air mata jatuh ke lutut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tutup lutut,
     terbuka pusat;
lepas kaki,
     leher terjerat.

Bermaksud :

Kesalahan yang terlalu banyak sudah tak dapat disembunyikan lagi, lambat-laun akan ketahuan juga.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LUTUT UMUM 
KARATE

Karate ialah satu bentuk pertarungan yang

tidak menggunakan senjata, yang memerlukan

seseorang itu menendang atau menyerang

dengan menggunakan tangan, siku, lutut, atau

kaki.

UMUM 
KILT

Kilt ialah pakaian tradisional orang lelaki di

Tanah Tinggi Scotland dan Ireland. Pakaian

ini berupa skirt labuh separas lutut, berlisu

di belakangnya dan rata di sebelah hadapan.

UMUM 
BAJU KEBAYA

BAJU KEBAYA, baju yang berlengan panjang, berpinggang dan berbelah di hadapan. Baju ini dipakai oleh wanita di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Pada asalnya baju ini direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Kini banyak perubahan yang dilakukan ke atas potongan baju tersebut. Ada yang labuhnya hingga ke paras lutut disebut kebaya labuh dan ada yang singkat ke paras punggung sahaja, disebut kebaya pendek. Meskipun begitu, kedua-duanya mempunyai ciri yang sama. Kebaya labuh lebih sesuai dipakai dalam upacara rasmi, istiadat dan majlis kenduri kahwin sahaja, sedangkan kebaya pendek dipakai di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja, oleh semua peringkat umur.

BUDAYAPakaian
KATAPLEKSI

Katapleksi ialah satu keadaan yang melibatkan

kehilangan sementara keadaan normal otot secara

tiba-tiba. Ia selalunya disebabkan oleh keadaan

emosi yang keterlaluan terutamanya ketawa,

marah, dan keterujaan. Serangan katapleksi ini

berbeza kadar dan lamanya. Serangan yang

sederhana boleh menyebabkan lemah pada lutut,

atau rahang ternganga, atau kepala terlentok.

UMUM 
TAMBURIN

Tamburin ialah sejenis alat perkusi yang terdiri

daripada gelung yang diperbuat daripada papan

nipis atau logam dengan membran (kepingan) nipis

daripada plastik atau kulit haiwan yang diregangkan

ke bahagian bertentangan. Semua tamburin

mempunyai ceper logam kecil di sekeliling gelung.

Pemain akan memegang tamburin dengan sebelah

tangan. Mereka memainkan dengan mengetuknya

pada tangan yang lain, lutut atau paha dan

menggoncangnya. Tamburin telah dipopularkan

oleh askar Turki yang dikenali sebagai Janissary

yang memainkan alat ini di dalam kumpulan

pancaragam tentera sejak tahun 1400-an hingga

awal tahun 1800-an. Pemuzik Barat mula

menggunakan tamburin pada tahun 1700-an.

Lihat juga Muzik (alat muzik).

UMUM 
MOKASIN

Mokasin ialah kasut lembut yang berbentuk

seperti selipar. Mokasin dipakai oleh Orang Asli

Amerika Utara. Mereka membuat mokasin daripada

kulit rusa dan haiwan lain, dan menghiasinya

dengan manik atau duri landak. Kasut ini tidak

mempunyai tumit dan muat-muat dipakai.

Kebanyakannya menutup buku lali. Sesetengahnya

memanjang hingga ke lutut.

UMUM 
PSORIASIS

Psoriasis ialah sejenis penyakit kulit, yang

dicirikan oleh tompokan tebal yang timbul dan

berwarna merah, dan dilitupi sisik yang putih

keperakan. Pada kebanyakan orang, hanya

tompokan itu sahaja gejala penyakit itu. Tetapi

tompokan itu mungkin memedihkan, pecah dan

berdarah, terutama jika kulitnya radang kerana

digaru. Tompokan itu biasanya terdapat pada siku

dan pada lutut. Namun dalam kes yang teruk,

tompokan mungkin meliputi seluruh tubuh.

Sejenis artritis dikaitkan dengan banyak kejadian

psoriasis, walaupun tompokan kulit itu tidak

menyebabkan artritis.

UMUM 
POSTUR

Postur ialah kedudukan tubuh seseorang ketika

berdiri atau duduk. Postur ditentukan oleh

keupayaan seseorang mengekalkan keseimbangan

terhadap daya graviti, yang menarik tubuh secara

berterusan ke bawah. Tindakan sesetengah otot

tertentu mengekalkan tubuh supaya tegak lurus.

Otot ini termasuk otot yang menahan belakang,

pinggul dan lutut daripada bengkok.

Disebabkan oleh tindakan tolak ansur dengan

tarikan graviti dan juga tindakan otot, maka postur

ialah keadaan yang dinamik dan sentiasa berubah.

UMUM 
ABOMINABLE SNOWMAN

Abominable Snowman dikenali juga sebagai

Yeti , ialah sejenis makhluk yang dikatakan pernah

menghuni di Gunung Everest dan beberapa gunung

lain di Banjaran Himalaya di Asia. Makhluk seperti

ini juga dilaporkan ada ditemui di kawasan terpencil

di China, Siberia, dan tempat lain di Asia. Mengikut

legenda, Abominable Snowman, ialah seekor

haiwan berbulu tebal, bertubuh seperti monyet

besar, dan menyerupai manusia. Ia mempunyai

lengan yang panjang hingga ke lutut, dan berjalan

tegak dengan kaki yang besar. Legenda juga

menceritakan bahawa Abominable Snowman

kadang-kadang turun dari gunung dan menyerang

penduduk kampung. Nama Abominable Snowman

mungkin berasal dari terjemahan metoh kangmi,

iaitu nama bagi makhluk ini dalam bahasa Tibet.

Nama Yeti pula berasal daripada bahasa kaum

Sherpa dari Nepal. Mungkin nama yang diberikan

ini dikaitkan dengan haiwan memamah segala-galanya

dan mungkin juga merujuk kepada raksasa

gunung dan bukannya makhluk sebenar.

UMUM 
12

Kembali ke atas