Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.tut] | لوتوت

Definisi : sendi di antara paha dan betis; pelipatan ~ lekuk di belakang lutut; tem­purung ~ tulang bulat di lutut sebelah hadapan; berkata-kata dgn ~ prb berkata-kata dgn orang yg bodoh; bersaksi ke ~ prb a) men­jadikan sahabat atau sanak-saudara sbg saksi; b) minta petunjuk kpd orang yg bodoh; berlutut, melutut ark 1. berdiri di atas lutut, bertelut; 2. ki menyerah, tunduk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.tut] | لوتوت

Definisi : ; ~ ayam sj tumbuhan (herba), keremak batu, keremak rusa, maman babi, Hygrophila quadrivalois. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.tut] | لوتوت

Definisi : sendi kaki yg menghubungkan paha dgn betis. pelipatan ~ lekuk di belakang lutut. tempurung ~ tulang bulat di sebelah hadapan lutut. berlutut, melutut 1 duduk di atas lutut (tanpa mencecahkan punggung ke lantai); bertelut. 2 ki menyerah; tunduk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lutut

Puisi
 

Buah pinang dipegang-pegang,
     Bawa mari kampung Cik Daud;
Bila ingat diriku dagang,
     Air mata jatuh ke lutut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tutup lutut,
     terbuka pusat;
lepas kaki,
     leher terjerat.

Bermaksud :

Kesalahan yang terlalu banyak sudah tak dapat disembunyikan lagi, lambat-laun akan ketahuan juga.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
instability of kneeinstabilitas lutut/lutut tidak stabillutut tidak stabillutuk tidak stabilPerubatan
kneelututlutut/tuhutlututPerubatan
locked kneelutut terkuncilutut terkuncilutut terkunciPerubatan
knee bolsterbantal lututbantal lututbantal lututKejuruteraan
runner's kneelutut pelarilutut pelarilutut pelariPerubatan
knee padsbantalan lututpad lututpad lututPerubatan
knee injuriescedera lututcedera lututcedera lututPerubatan
jumper's kneelutut pelompatlutut pelompatlutut pelompatPerubatan
knee captempurung lututtempurung lututtempurung lututPerubatan
knee jointsendi lututsendi lututsendi lututPerubatan
1234

Kembali ke atas