Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.tut] | لوتوت

Definisi : sendi di antara paha dan betis; pelipatan ~ lekuk di belakang lutut; tem­purung ~ tulang bulat di lutut sebelah hadapan; berkata-kata dgn ~ prb berkata-kata dgn orang yg bodoh; bersaksi ke ~ prb a) men­jadikan sahabat atau sanak-saudara sbg saksi; b) minta petunjuk kpd orang yg bodoh; berlutut, melutut ark 1. berdiri di atas lutut, bertelut; 2. ki menyerah, tunduk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.tut] | لوتوت

Definisi : ; ~ ayam sj tumbuhan (herba), keremak batu, keremak rusa, maman babi, Hygrophila quadrivalois. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.tut] | لوتوت

Definisi : sendi kaki yg menghubungkan paha dgn betis. pelipatan ~ lekuk di belakang lutut. tempurung ~ tulang bulat di sebelah hadapan lutut. berlutut, melutut 1 duduk di atas lutut (tanpa mencecahkan punggung ke lantai); bertelut. 2 ki menyerah; tunduk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lutut

Puisi
 

Buah pinang dipegang-pegang,
     Bawa mari kampung Cik Daud;
Bila ingat diriku dagang,
     Air mata jatuh ke lutut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tutup lutut,
     terbuka pusat;
lepas kaki,
     leher terjerat.

Bermaksud :

Kesalahan yang terlalu banyak sudah tak dapat disembunyikan lagi, lambat-laun akan ketahuan juga.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gonarthritisgonartritisPerubatanTiadaKeradangan pada lutut atau sendi lutut.
kneelutut; lelutut; kayu bengkok; penyandar; akar lipatPerubatanTiada1. lutut: Sendi atau pertemuan di antara femur dan tibia.,2. Sebarang struktur bengkok seperti lutut.
knock-kneeketuk lututPerubatanTiadaKelainan pada tungkai apabila jarak di antara kedua-dua lutut lebih dekat daripada normal. Ketuk lutut juga dikenali sebagai genu valgum.
trumpet gored skirtskirt terompet berpesakKesenianTiadaSkirt sama sendat bahagian pinggul hingga ke lutut dan kembang dari lutut ke kaki.
patellapatelaPerubatanTiadaTulang segi tiga yang berukuran kira-kira 5 cm dan terletak di hadapan lutut. Sin: tempurung lutut.
stag leaplayang rusaSukanTiadaLonjakan dengan satu kaki ke kaki lain. Semasa dalam layangan, sebelah lutut bengkok dan sebelah lutut lagi lurus.
stag leaplayang rusaSukanTiadaLonjakan dengan satu kaki ke kaki lain. Semasa dalam layangan, sebelah lutut bengkok dan sebelah lutut lagi lurus.
hiza atehentak lututSukanTiadaHentakan lutut ke badan lawan.
hizagashiratangkis lututSukanTiadaTangkisan dengan menggunakan lutut.
knee guardbebat lututSukanTiadaSarung penahan lutut untuk mengelakkan kecederaan.
12345678910...

Kembali ke atas