Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.dah] | ماده

Definisi : 1. kata yg terutamanya digunakan utk puji-pujian: Ramlah tersipu-sipu men-dengar ~ Tuan Penghulu itu; 2. sl perkataan; berpanjang ~ berkata (menghuraikan dll) dgn panjang lebar; pendek ~ pendek kata, pen­deknya; bermadah 1. bersyair dll dgn memuji-muji, memuji-muji: saya ~ spt pujangga, dia mem-bisu sahaja; 2. berkata: senang manusia berkata apa yg disukainya tanpa memikirkan akibat atau padahnya, senang mereka ~; memadahkan mengucapkan, mengatakan: madahkan juga barang hajat tuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.dah] | ماده

Definisi : Pn menjemput orang (utk majlis perkahwinan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.dah] | ماده

Definisi : 1 kata-kata yg digunakan utk memuji-muji: Puteri itu tersenyum mendengar ~ suaminya. 2 kata-kata yg diucapkan. bermadah 1 mengucapkan sesuatu utk memuji-muji. 2 berkata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
madah (kata nama)
Bersinonim dengan kata hikmat, kata pujangga, mutiara kata, nasihat.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Madah berkait dengan pujangga, dan pujangga berkait dengan puisi. Adakah 'madah' boleh dikategorikan sebagai genre puisi?

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, madah bermaksud 1. kata yang terutamanya digunakan untuk puji-pujian: Ramlah tersipu-sipu mendengar madah Tuan Penghulu itu; 2. (sastera lama) perkataan; berpanjang madah berkata (menghuraikan dll) dengan panjang lebar; pendek ~ pendek kata, pen­deknya;.
Bermadah pula bermaksud bersyair dll dengan memuji-muji, memuji-muji: saya ~ spt pujangga, dia membisu sahaja.


Secara umum pembahagian genre ini dibuat mengikut bentuk, teknik dan persoalan dalam sesuatu hasil kesusasteraan itu. Jika mengikut konteks kesusasteraan Melayu pada hari ini, sebanyak lima genre dibahagikan dalam kesusasteraan Melayu, iaitu genre puisi, genre cerpen, genre novel, genre drama dan genre kritikan sastera. Dalam setiap genre itu pula dapat pula dibahagikan kepada jenis-jenis yang kecil lagi, contoh genre puisi dibagaikan pula kepada Puisi Melayu Tradisional dan Puisi Melayu Moden. Jenis-jenis Puisi Melayu Tradisional seperti pantun, syair, gurindam, nazam, seloka dan seumpamanya. Puisi-puisi Melayu Tradisional ini biasa ditentukan berdasarkan bentuk, teknik dan persoalan yang ingin dikemukakan dalam sesebuah puisi itu. 

Daripada huraian maksud, madah boleh dihimpunkan dalam genre puisi.

Sastera15.06.2019
1. mutiara kata atau kata mutiara? 2. hikmah kata atau kata hikmah ? 3. pembuka kata atau kata pembuka? 4. madah kata atau kata madah ?Perkataan yang betul ialah 1. mutiara kata 2. kata hikmah 3. pembuka kata  4. madahEjaan01.02.2012
Bolehkah "Pendek kata" digantikan dengan "Pendek madah" dalam penulisan karangan?Mengikut Kamus Dewan, pendek madah juga merujuk pada pendek kata; pendeknya. Tatabahasa17.10.2014
saya ingin dapatkan madah yang indah tentang menuntut ilmu atau pendidikanKelebihan Ilmu Ilmu itulah gemala sakti,Sinarnya cerah cahaya sejati,Asalnya puncanya lamun didapati,Sukar bercerai sehingga mati. Harganya tidak dapat ternilaikan,Sebuah dunia belinya bukan,Kuasanya besar sukat digunakan,Di laut, di darat, di rimba, di pekan. Masa seorang ialah taulan,Teman berbeka, suluh berjalan,Masa berhimpun ia pengenalan,Hias penyata polan si polan. Bagi yang duka ia penghibur,Ia penerang bagi yang kabur,Ialah kandil di dalam kubur,Lamun dengannya beramal subur. Ia penerang jalan ke syurga,Ia pemuas tekak yang dahaga,Ialah sungai, ialah telaga,Laut yang luas ialah juga. Ialah alat sangat berguna,Idaman orang yang bijaksana,Hamparnya luas amat saujana,Tepinya ajal sempadannya fana.  (Pendeta Za’ba,) Lain-lain26.07.2008
apakah istilah atau ayat yang sesuai digunakan bagi menggantikan perkataan kata alu-aluan untuk penerbitan sesebuah buku cenderamata selain daripada sekapur sirih, seulas pinang, secubit gambir?Cadangan lain ialah perutusan, petikan kata, sebait madah, sepatah bicara, dan pembuka bicara.Lain-lain25.01.2008
tuan/puan bagi saya 5 kata-kata aluan

Saudara, frasa yang betul ialah kata alu-aluan, bukan kata-kata aluan. Contoh kata alu-aluan yang biasa terdapat dalam teks ucapan yang dimuatkan dalam buku cenderamata / program sesuatu majlis ialah sekapur sirih, seulas pinang, setitis tinta, seuntai madah, sejambak bicara dsbnya. 

 

Lain-lain01.09.2009

Kembali ke atas