Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.du] | مادو

Definisi : 1. cecair manis yg terdapat dlm sarang lebah dan bunga, manisan: ~ lebah; ~ bunga; gula dan ~ disangka manis, manis lagi se-nyummu tuan; 2. ki manis benar (senyuman dll); senyum ~ senyuman yg manis benar; ~ satu tong, jikalau rembes, rembesnya pun ~ juga prb jika baik asalnya, keturunannya pun baik juga; dlm ~ berisi hempedu prb jangan mudah percaya akan perkataan yg manis-manis kerana biasanya berisi tipu daya yg jahat; di luar bagai ~, di dlm bagai hem-pedu prb tipu muslihat biasanya dilakukan dgn perkataan yg lemak manis; laut ~ berpantaikan sakar prb perkataan manis yg keluar drpd mulut orang yg elok rupanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.du] | مادو

Definisi : 1. wanita lain yg menjadi isteri kpd suami sendiri; 2. ki saingan dlm percintaan; bermadu mempunyai madu (bkn isteri yg suaminya beristeri lagi): di negerinya ~ itu sudah lazim terbiasa, tersimpul dlm adat; dia minta cerai jika saya kahwin lagi, ~ itu pahit baginya; memadu memadukan: Usinah yg tidak mahu dimadu, diceraikannya; memadui 1. menjadi madu kpd, bermadu dgn; 2. memberi bermadu (suami terhadap isterinya); memadukan menjadikan sbg madu: isteri-nya tidak rela dimadukan; mempermadukan menjadikan (membiar­kan) bermadu dgn: seboleh-bolehnya, jangan sampai Ramlah dipermadukan; permaduan 1. perihal bermadu: masa dlm tangan mandur besar dahulu, enam orang madu saya, dlm ~ itulah saya abang ambil; 2. perihal beristeri lebih drpd satu pd satu ketika (laki-laki), poligami: ~ dianggap kolot sekarang ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.du] | مادو

Definisi : ; ~ mancung Id perhubungan dua sisi yg merupakan sudut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.du] | مادو

Definisi : 1 = air ~ air manis yg terdapat dlm bunga atau dlm sarang lebah; manisan. 2 ki manis serta menarik sekali: senyum ~ senyum yg manis sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ma.du] | مادو

Definisi : wanita lain yg juga menjadi isteri kpd suami sendiri: Siti Zubaidah telah dihina oleh ~nya, Puteri Sajarah. bermadu mempunyai madu (bkn wanita yg suaminya mempunyai isteri lain); ada madunya: Jarang ada orang ~ yg tidak bersanggit dgn madunya. memadui menjadi madu kpd (bkn wanita): Gadis itu ~ rakan karibnya sendiri. memadukan menjadikan sbg madu: Dia keberatan jika dirinya dimadukan. mempermadukan menjadikan bermadu; memberi bermadu akan isterinya (bagi suami yg beristeri lagi): Dia tidak sanggup hendak ~ isterinya yg setia itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
madu (kata nama)
Bersinonim dengan manisan lebah, manisan, nira, sari, nektar, misan.,

Puisi
 

Sayang ke laut memedil burung,
     Madu kelapa di dalam puan;
Tujuh laut sembilan gunung,
     Saya tak lupa denganmu tuan.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Mulut bau madu,
     pantat bawa sengat.

Bermaksud :

Pada lahirnya baik, tetapi hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Muka licin, ekor berkedal).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
honeymoonn bulan madu: the ~ period for the new management is over, tempoh bulan madu utk pengurusan baru sudah tamat; a ~ in Europe, bulan madu di Eropah; second ~, bulan madu kali kedua; ~ resort, pusat peranginan bulan madu; ~ couple, pasangan berbulan madu; /have, go on, go for/ a ~, berbulan madu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
honeycombn 1. (of bees) sarang lebah madu, indung madu; 2. st resembling it in structure, pattern, etc, sarang lebah: ~ stitch, jahit sarang lebah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
honeymoonern pebulan madu, orang yg berbulan madu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dripvt let fall in drops, [sst] /menitis, menitik/ [dr]; (deliberately) menitiskan, menitikkan: the honeycomb was ~ping honey, madu menitis dr indung madu itu; the roof is ~ping water, air menitis dr bumbung; he was ~ping sweat, peluh menitis dr tubuhnya; she ~ped a few drops of cod liver oil into the milk, dia menitikkan beberapa titis minyak ikan ke dlm susu itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
honeymoonvi berbulan madu: they will ~ abroad, mereka akan berbulan madu di luar negeri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
honeyedadj manis (spt madu); (of voice, sound) merdu: ~ words, kata-kata yg manis spt madu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
honeyas sweet as ~, manis spt madu: her words are as sweet as ~, kata-katanya manis spt madu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
honeyn 1. sweet substance made by bees, /madu, manisan/ lebah; 2. (colour) kuning madu; 3. (US), (term of endearment) sayang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
honeycombvt (usu pass.) berlubang-lubang spt indung madu: the limestone hills are ~ed with caves, bukit-bukit batu kapur itu berlubang-lubang dgn gua, spt indung madu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
nectarn 1. sweet liquid collected by bees from flowers, nektar, madu bunga; 2. sweet-tasting drink, air manisan; 3. the drink of the gods, manisan, madu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas