Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. cecair manis yg terdapat dlm sarang lebah dan bunga, manisan: ~ lebah; ~ bunga; gula dan ~ disangka manis, manis lagi se-nyummu tuan; 2. ki manis benar (senyuman dll); senyum ~ senyuman yg manis benar; ~ satu tong, jikalau rembes, rembesnya pun ~ juga prb jika baik asalnya, keturunannya pun baik juga; dlm ~ berisi hempedu prb jangan mudah percaya akan perkataan yg manis-manis kerana biasanya berisi tipu daya yg jahat; di luar bagai ~, di dlm bagai hem-pedu prb tipu muslihat biasanya dilakukan dgn perkataan yg lemak manis; laut ~ berpantaikan sakar prb perkataan manis yg keluar drpd mulut orang yg elok rupanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 = air ~ air manis yg terdapat dlm bunga atau dlm sarang lebah; manisan. 2 ki manis serta menarik sekali: senyum ~ senyum yg manis sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
madu (kata nama)
Bersinonim dengan manisan lebah, manisan, nira, sari, nektar, misan.,

Puisi
 

Sayang ke laut memedil burung,
     Madu kelapa di dalam puan;
Tujuh laut sembilan gunung,
     Saya tak lupa denganmu tuan.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Laut madu berpantaikan sakar (= gula).

Bermaksud :

Perkataan yang manis yang keluar dari mulut orang yang baik rupa.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
madu manismadu manisKesenianTiadaMotif tenunan berunsur benda berbentuk indung madu.
kelarai madu maniskelarai madu manisKesenianTiadaCorak anyaman berunsur benda berbentuk indung madu.
honeynetrangkaian maduTeknologi MaklumatPerisianSuatu rangkaian yang terdiri daripada beberapa komputer madu. Rangkaian ini biasanya digunakan untuk memantau suatu rangkaian yang lebih besar yang satu komputer madunya tidak mencukupi bagi tujuan pemantauan. Rangkaian komputer madu dan komputer madu biasanya dilaksanakan sebagai sebahagian daripada rangkaian besar bagi sistem pengesanan pencerobohan (IDS).
honeycombkomb maduBiologiEntomologiSel lilin yang dihasilkan oleh lebah madu untuk menyimpan madu dan berfungsi sebagai sel seperinduk. Sel ini dibina daripada lilin yang dirembeskan oleh empat pasang kelenjar yang terletak di dalam membran di bawah segmen abdomen ketiga, keempat, kelima, dan keenam.
apicultureapikulturPertanianAgroteknologiAktiviti memelihara lebah untuk mendapatkan madu dan produk lain seperti lilin lebah, propolis, debunga dan madu ratu lebah. Selain itu, sarang lebah dan koloni lebah dijaga supaya dapat dijual untuk tujuan pendebungaan. Secara umumnya, madu dan produk-produk lebah ini boleh diperoleh daripada tiga sumber utama, iaitu lebah ternak, lebah liar atau lebah tualang dan juga kelulut. Di Malaysia, kawasan utama pengeluaran madu lebah terdapat di Johor, Selangor dan Perak.
honey-pot antsemut pelayan maduBiologiEntomologiNama bagi beberapa spesies semut dalam koloni yang dikenal sebagai replet yang dapat memakan madu dengan banyaknya sehingga abdomennya mengembung kepada beberapa kali ganda. Dalam keadaan ini, replete akan tinggal di dalam sarang dalam keadaan tergantung pada bumbung, dan menjadi gudang makanan hidup atau �pelayan madu� yang membekalkan madu kepada semut lain semasa kekurangan makanan.
honeypotkomputer maduTeknologi MaklumatPerisianKomputer atau pelayan Internet yang mengandungi sumber sistem maklumat sebagai umpan dan berfungsi untuk menarik perhatian para penggodam untuk mencerobohi sistem. Komputer madu digunakan sebagai alat untuk memerangkap dan mengenal pasti pencerobohan rangkaian. Komputer madu memimik sistem atau rangkaian komputer sebenar tetapi tidak mengandungi data atau maklumat berguna. Komputer ini dipenuhi dengan data palsu yang disediakan agar kelihatan menarik kepada penceroboh untuk melawatinya.
honeypotkomputer maduTeknologi MaklumatTiadaKomputer atau pelayan Internet yang mengandungi sumber sistem maklumat sebagai umpan dan berfungsi untuk menarik perhatian para penggodam untuk mencerobohi sistem. Komputer madu digunakan sebagai alat untuk memerangkap dan mengenal pasti penceroboh rangkaian korporat. Komputer madu memimik sistem atau rangkaian komputer sebenar tetapi tidak mengandungi data atau maklumat berguna. Ia dipenuhi dengan data palsu yang disediakan agar kelihatan menarik kepada penceroboh untuk melawatinya.
melmelPerubatanTiada1. Madu.,2. Sebatian madu yang mempunyai agen berubat.
virtual honeypotkomputer madu mayaTeknologi MaklumatPerisianAtur cara perisian yang direka bentuk untuk muncul sebagai rangkaian sebenar. Atur cara ini bertujuan untuk mengumpan pengguna hasad supaya melawati rangkaian tersebut. Atur cara ini berbeza dengan komputer madu yang menggunakan peranti perkakasan untuk memerangkap pengguna, manakala komputer madu maya menggunakan perisian untuk menyerupai sesebuah rangkaian.
12345678910...

Kembali ke atas