Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ga.sa.wih] | مݢاساويه

Definisi : sj tumbuhan (pokok) dlm famili Sonneratiaceae, berembang bukit, magas dan tagahas (Sabah), sawih (Sarawak), Duabanga spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata magasawih


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
magasawihmagasawihPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Duabangsa spp. daripada famili Sonneratiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung berembang bukit, di Sabah ialah magas dan tagahas, dan di Sarawak ialah sawih. Hanya dua spesies yang menghasilkan kayu ini , iaitu Duabanga grandiflora, yang terdapat di Semenanjung dan D. moluccana, yang hanya terdapat di Sabah dan Sarawak. Gubal kayu magasawih biasanya lebih muda warnanya dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat merah. Tekstur kayunya kasar dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 385 hingga 465 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut dan ringan. Kayu ini mudah diproses, dan dikerjakan tetapi mempunyai kadar kecutan yang tinggi. Ketahanan semula jadinya kurang baik dan kayu ini sukar diawet. Kayu magasawih sesuai digunakan untuk papan, kotak dan papan lapis.

Kembali ke atas