Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meg.né.sium] | مݢنيسيوم

Definisi : (magnésium) (Kim) sj unsur lo-gam yg ringan, mulur, berwarna putih ke­perakan, dan terbakar dgn cahaya putih ber­kilauan dan digunakan dlm membuat aloi ringan; ~ hidroksida sebatian magnesium dan air; ~ klorida sebatian magnesium dan klorin; ~ oksida sebatian magnesium dan oksigen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meg.né.sium] | مݢنيسيوم

Definisi : ist unsur logam berwarna putih keperak-perakan yg dpt ditempa dan digunakan utk membuat aloi, bunga api dll. ~ hidroksida serbuk putih yg agak larut dlm air dan digunakan sbg bahan perantara dlm proses pengeluaran logam magnesium. ~ karbonat serbuk putih yg tidak berbau dan tidak larut dlm air, digunakan utk membuat gelas, kosmetik dll. ~ klorida hablur putih yg lembap cair, larut dlm air dan alkohol dan digunakan dlm bahan pembasmi kuman, dlm alat pemadam api dll. ~ oksida serbuk putih yg mempunyai takat lebur yg tinggi dan digunakan dlm penebatan elektrik, dlm kosmetik dll. ~ sulfat sebatian berhablur yg tidak berwarna dan digunakan utk membuat bahan letupan, baja dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata magnesium