Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meg.né.sium] | مݢنيسيوم

Definisi : (magnésium) (Kim) sj unsur lo-gam yg ringan, mulur, berwarna putih ke­perakan, dan terbakar dgn cahaya putih ber­kilauan dan digunakan dlm membuat aloi ringan; ~ hidroksida sebatian magnesium dan air; ~ klorida sebatian magnesium dan klorin; ~ oksida sebatian magnesium dan oksigen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meg.né.sium] | مݢنيسيوم

Definisi : ist unsur logam berwarna putih keperak-perakan yg dpt ditempa dan digunakan utk membuat aloi, bunga api dll. ~ hidroksida serbuk putih yg agak larut dlm air dan digunakan sbg bahan perantara dlm proses pengeluaran logam magnesium. ~ karbonat serbuk putih yg tidak berbau dan tidak larut dlm air, digunakan utk membuat gelas, kosmetik dll. ~ klorida hablur putih yg lembap cair, larut dlm air dan alkohol dan digunakan dlm bahan pembasmi kuman, dlm alat pemadam api dll. ~ oksida serbuk putih yg mempunyai takat lebur yg tinggi dan digunakan dlm penebatan elektrik, dlm kosmetik dll. ~ sulfat sebatian berhablur yg tidak berwarna dan digunakan utk membuat bahan letupan, baja dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata magnesium


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera Tuan/Puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Attritor 2. Bead Mill 3. Classifying Impact Mill 4. Thixomolding Machine 5. Bin Blender 6. Bundle Loader Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Attritor - Pengisar
2. Bead Mill – Pengisar Halus
3. Classifying Impact Mill – Mesin Kisar Tukul Pengelasan
4. Thixomolding Machine – Mesin Pengacuan Suntikan Magnesium
5. Bin Blender – Pengisar Tong
6. Bundle Loader – Pembeban Berkas

Istilah23.03.2016

Kembali ke atas