Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meg.né.sium] | مݢنيسيوم

Definisi : (magnésium) (Kim) sj unsur lo-gam yg ringan, mulur, berwarna putih ke­perakan, dan terbakar dgn cahaya putih ber­kilauan dan digunakan dlm membuat aloi ringan; ~ hidroksida sebatian magnesium dan air; ~ klorida sebatian magnesium dan klorin; ~ oksida sebatian magnesium dan oksigen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meg.né.sium] | مݢنيسيوم

Definisi : ist unsur logam berwarna putih keperak-perakan yg dpt ditempa dan digunakan utk membuat aloi, bunga api dll. ~ hidroksida serbuk putih yg agak larut dlm air dan digunakan sbg bahan perantara dlm proses pengeluaran logam magnesium. ~ karbonat serbuk putih yg tidak berbau dan tidak larut dlm air, digunakan utk membuat gelas, kosmetik dll. ~ klorida hablur putih yg lembap cair, larut dlm air dan alkohol dan digunakan dlm bahan pembasmi kuman, dlm alat pemadam api dll. ~ oksida serbuk putih yg mempunyai takat lebur yg tinggi dan digunakan dlm penebatan elektrik, dlm kosmetik dll. ~ sulfat sebatian berhablur yg tidak berwarna dan digunakan utk membuat bahan letupan, baja dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata magnesium


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
magnesiummagnesiumKimiaTiadaUnsur logam alkali bumi dalam kumpulan IIA (atau 2) jadual berkala, simbol Mg, nombor atom 12, berat atom 24.305, nombor pengoksidaan +2, takat lebur 649°C, takat didih 1107°C, berwarna putih perak, sederhana keras, ringan, larut di dalam asid, tetapi tidak larut di dalam air, agen penurunan yang kuat, mudah terbakar dan terdapat tiga isotop yang stabil, iaitu Mg-24, Mg-26 dan Mg-25. Sumber semula jadi magnesium ialah magnesit, dolomit dan air laut. Magnesium disediakan secara elektrolisis magnesium klorida lakur atau penurunan magnesium oksida dengan ferosilikon. Logam ini digunakan dalam pembuatan aloi ringan, bateri dan dalam fotografi.
magnesiummagnesiumVeterinarTiadaSimbol: Mg. Unsur logam berwarna perak yang penting dalam organisma hidup. Sebanyak 70% daripada magnesium di dalam tubuh terdapat pada rangka dan bakinya tersebar di dalam tisu dan cairan tubuh. Unsur ini berfungsi sebagai kofaktor bagi pelbagai jenis enzim dan merupakan komponen klorofil dalam tumbuhan. Unsur ini berhubung rapat dan berinteraksi dengan kalsium dan fosforus di dalam tubuh. Pada haiwan, unsur ini terlibat dalam pemindahan impuls saraf. Kekurangan unsur ini boleh menyebabkan tekanan darah rendah, anoreksia, penyakit konvulsi, tetani dan pada tahap yang serius boleh menyebabkan kematian pada ternakan. Sumber utama magnesium diperoleh daripada dedak padi, yis, mil kacang soya dan dedaun hijau.
magnesiummagnesiumMakanan dan PemakananPemakananMineral utama yang diperlukan bagi kebanyakan proses biokimia dan fisiologi termasuk metabolisme kalsium, fungsi enzim, sintesis DNA dan RNA, fungsi otot, tisu saraf dan jantung, dan fungsi insulin. Sumber magnesium yang baik ialah sayur bayam, bijirin penuh, yogurt dan pisang.
magnesiummagnesiumFizikTiadaUnsur logam, Mg, yang diperlukan untuk otot dan tisu saraf untuk berfungsi dengan normal, mempunyai nombor atom 12.
magnesiummagnesiumKejuruteraanTiadaUnsur logam, Mg, yang diperlukan untuk otot dan tisu saraf untuk berfungsi dengan normal, mempunyai nombor atom 12.
magnesiummagnesiumKomunikasiTiadaUnsur logam, Mg, yang diperlukan untuk otot dan tisu saraf untuk berfungsi dengan normal, mempunyai nombor atom 12.
magnesiummagnesiumPerubatanTiadaUnsur logam, Mg, yang diperlukan untuk otot dan tisu saraf untuk berfungsi dengan normal, mempunyai nombor atom 12.
magnesiummagnesiumKimiaTiadaUnsur logam, Mg, yang diperlukan untuk otot dan tisu saraf untuk berfungsi dengan normal, mempunyai nombor atom 12.
magnesiummagnesiumPertanianTiadaUnsur logam, Mg, yang diperlukan untuk otot dan tisu saraf untuk berfungsi dengan normal, mempunyai nombor atom 12.
magnesiummagnesiumPerubatanTiadaUnsur logam, Mg, yang diperlukan untuk otot dan tisu saraf untuk berfungsi dengan normal, mempunyai nombor atom 12.
12345678910...

Kembali ke atas