Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mag.nét] | مݢنيت

Definisi : (magnét) sj besi yg mempunyai daya menarik logam-logam lain, besi berani, sem­berani; ~ kekal (Fiz) sj magnet yg kekal bermagnet walaupun medan magnet yg menghasilkannya itu sudah tiada; ~ ladam magnet yg berbentuk ladam; ~ sementara (Fiz) bahan yg bertindak sbg magnet hanya apabila bahan itu berada dlm medan magnet; bermagnet mempunyai (ciri) magnet: kunci ~; memagnetkan menjadikan (sbg) magnet; termagnet telah menjadi magnet; magnetan, kemagnetan perihal magnet; pemagnetan proses memagnetkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mag.nét] | مݢنيت

Definisi : /magnét/ besi yg dpt menarik logam lain; besi berani. ~ kekal ist sj magnet yg kekal kuasa magnetnya walaupun telah dipisahkan drpd medan magnetnya. bermagnet mempunyai ciri magnet: kunci ~. memagnetkan membuat menjadi magnet. kemagnetan 1 kuasa menarik logam lain: ~ besi itu dpt dikurangkan dgn cara menghempaskan atau memanaskannya. 2 hal(-hal) ttg magnet atau sifatnya. pemagnetan proses (usaha, perbuatan dsb) memagnetkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata magnet


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
elektromagnetbesi lembut atau keluli yg menjadi magnet hanya apb arus elektrik dialirkan melalui dawai yg dililitkan padanya, mis yg terdapat dlm sistem telefon dan loceng elektrikKamus Dewan Perdana
elektromagnetikberkaitan dgn arus elektrik dan kuasa magnetKamus Dewan Perdana
keelektromagnetankemagnetan yg terhasil disebabkan tindakan arus elektrik, bukannya disebabkan tindakan magnet kekalKamus Dewan Perdana
elektrodinamikcabang ilmu fizik yg berkaitan dgn saling tindakan antara daya elektrik, daya magnet dan daya mekanikKamus Dewan Perdana
elektromagnetismecabang ilmu fizik yg berkaitan dgn kemagnetan yg terhasil drp saling tindakan antara arus atau medan elektrik dgn medan magnetKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas