Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mag.nét] | مݢنيت

Definisi : (magnét) sj besi yg mempunyai daya menarik logam-logam lain, besi berani, sem­berani; ~ kekal (Fiz) sj magnet yg kekal bermagnet walaupun medan magnet yg menghasilkannya itu sudah tiada; ~ ladam magnet yg berbentuk ladam; ~ sementara (Fiz) bahan yg bertindak sbg magnet hanya apabila bahan itu berada dlm medan magnet; bermagnet mempunyai (ciri) magnet: kunci ~; memagnetkan menjadikan (sbg) magnet; termagnet telah menjadi magnet; magnetan, kemagnetan perihal magnet; pemagnetan proses memagnetkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mag.nét] | مݢنيت

Definisi : /magnét/ besi yg dpt menarik logam lain; besi berani. ~ kekal ist sj magnet yg kekal kuasa magnetnya walaupun telah dipisahkan drpd medan magnetnya. bermagnet mempunyai ciri magnet: kunci ~. memagnetkan membuat menjadi magnet. kemagnetan 1 kuasa menarik logam lain: ~ besi itu dpt dikurangkan dgn cara menghempaskan atau memanaskannya. 2 hal(-hal) ttg magnet atau sifatnya. pemagnetan proses (usaha, perbuatan dsb) memagnetkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata magnet


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
magnetn 1. magnet, besi berani: horseshoe ~, magnet ladam; 2. (fig.) tumpuan perhatian: she is a ~ to every man in the room, dia menjadi tumpuan perhatian setiap lelaki dlm bilik itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
magneto-comb. form magneto, magnet: magnetohydrodynamics, magnetohidrodinamik, hidrodinamik magnet.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
magneticadj 1. magnet: ~ force, daya magnet; 2. (fig.) kuat daya penariknya: a ~ personality, keperibadian yg kuat daya penariknya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
magnetospheren magnetosfera, sfera magnet.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
magnetometern magnetometer, meter magnet.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
magnetoelectricityn magnetoelektrik, elektrik magnet.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
magnetochemistryn magnetokimia, kimia magnet.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
magnetic tapen pita magnet.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
magnetic stormn ribut magnet.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
magnetic polen kutub magnet.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas