Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mag.nét] | مݢنيت

Definisi : (magnét) sj besi yg mempunyai daya menarik logam-logam lain, besi berani, sem­berani; ~ kekal (Fiz) sj magnet yg kekal bermagnet walaupun medan magnet yg menghasilkannya itu sudah tiada; ~ ladam magnet yg berbentuk ladam; ~ sementara (Fiz) bahan yg bertindak sbg magnet hanya apabila bahan itu berada dlm medan magnet; bermagnet mempunyai (ciri) magnet: kunci ~; memagnetkan menjadikan (sbg) magnet; termagnet telah menjadi magnet; magnetan, kemagnetan perihal magnet; pemagnetan proses memagnetkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mag.nét] | مݢنيت

Definisi : /magnét/ besi yg dpt menarik logam lain; besi berani. ~ kekal ist sj magnet yg kekal kuasa magnetnya walaupun telah dipisahkan drpd medan magnetnya. bermagnet mempunyai ciri magnet: kunci ~. memagnetkan membuat menjadi magnet. kemagnetan 1 kuasa menarik logam lain: ~ besi itu dpt dikurangkan dgn cara menghempaskan atau memanaskannya. 2 hal(-hal) ttg magnet atau sifatnya. pemagnetan proses (usaha, perbuatan dsb) memagnetkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata magnet


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
magnet silindercylindrical magnetMagnet yang berbentuk silinder. Lihat RajahSekolah Rendah
magnet cincinring magnetMagnet yang berbentuk seperti cincin. Lihat RajahSekolah Rendah
magnet butangbutton magnetMagnet yang berbentuk bulat. Lihat RajahSekolah Rendah
magnet ladam kudahorseshoe magnetMagnet yang berbentuk seperti ladam kuda. Lihat RajahSekolah Rendah
magnet bentuk UU-shaped magnetMagnet yang berbentuk u. Lihat RajahSekolah Rendah
fluks magnetmagnetic flux1. Garis medan magnet. 2. Kekuatan medan magnet pada keluasan tertentu. Fluks magnet diukur dalam unit weber (Wb). Lihat RajahMenengah Atas
medan magnetmagnetic fieldKawasan di sekitar magnet yang mengenakan daya tarikan ke atas besi atau bahan magnet yang lain. Medan magnet merupakan kuantiti vektor.Menengah Rendah
magnetmagnetBahan yang berupaya mengenakan daya tarikan ke atas bahan yang diperbuat daripada besi.Menengah Rendah
magnetmagnetBahan yang dapat menarik objek yang diperbuat daripada besi.Sekolah Rendah
kutub magnetmagnetic poleKawasan yang terletak pada hujung magnet kekal. Hujung magnet yang menghala ke utara disebut kutub utara dan yang menghala ke selatan disebut kutub selatan. Kutub yang berlainan menarik antara satu sama lain, manakala kutub yang sama menolak antara satu sama lain. Lihat RajahMenengah Rendah
123

Kembali ke atas