Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mag.nét] | مݢنيت

Definisi : (magnét) sj besi yg mempunyai daya menarik logam-logam lain, besi berani, sem­berani; ~ kekal (Fiz) sj magnet yg kekal bermagnet walaupun medan magnet yg menghasilkannya itu sudah tiada; ~ ladam magnet yg berbentuk ladam; ~ sementara (Fiz) bahan yg bertindak sbg magnet hanya apabila bahan itu berada dlm medan magnet; bermagnet mempunyai (ciri) magnet: kunci ~; memagnetkan menjadikan (sbg) magnet; termagnet telah menjadi magnet; magnetan, kemagnetan perihal magnet; pemagnetan proses memagnetkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mag.nét] | مݢنيت

Definisi : /magnét/ besi yg dpt menarik logam lain; besi berani. ~ kekal ist sj magnet yg kekal kuasa magnetnya walaupun telah dipisahkan drpd medan magnetnya. bermagnet mempunyai ciri magnet: kunci ~. memagnetkan membuat menjadi magnet. kemagnetan 1 kuasa menarik logam lain: ~ besi itu dpt dikurangkan dgn cara menghempaskan atau memanaskannya. 2 hal(-hal) ttg magnet atau sifatnya. pemagnetan proses (usaha, perbuatan dsb) memagnetkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata magnet


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
suatu maklumat perwakilan identiti seperti pasangan ID pengguna dan kata laluan. 2. Peranti fizikal yang digunakan untuk memastikan identiti individu. Pengesahan biasanya dilakukan dengan menggunakan token keselamatan seperti kad jalur magnet atau ciri fizikal individu yang unik seperti cap jari. algoritma Diffie-Hellman (Ig. Diffie-Hellman algorithm; Br. algoritma Diffie-Hellman, Id. algoritma Diffie-Hellman) Algoritma persetujuan kekunci yang dihasilkan pada semula objek guna semula objek (Ig. object reuse; Br. objek guna balik; Id. objek pakai ulang) Pemetaan semula suatu medium penyimpanan seperti sektor cakera, kerangka muka surat ingatan, dan pita magnet yang mengandungi satu atau lebih objek. Tujuan pemetaan ini untuk menerima data baru setelah memastikan tiada lagi data yang disimpan dalam objek berkenaan. Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 37 6

Kembali ke atas