Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mag.nét] | مݢنيت

Definisi : (magnét) sj besi yg mempunyai daya menarik logam-logam lain, besi berani, sem­berani; ~ kekal (Fiz) sj magnet yg kekal bermagnet walaupun medan magnet yg menghasilkannya itu sudah tiada; ~ ladam magnet yg berbentuk ladam; ~ sementara (Fiz) bahan yg bertindak sbg magnet hanya apabila bahan itu berada dlm medan magnet; bermagnet mempunyai (ciri) magnet: kunci ~; memagnetkan menjadikan (sbg) magnet; termagnet telah menjadi magnet; magnetan, kemagnetan perihal magnet; pemagnetan proses memagnetkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mag.nét] | مݢنيت

Definisi : /magnét/ besi yg dpt menarik logam lain; besi berani. ~ kekal ist sj magnet yg kekal kuasa magnetnya walaupun telah dipisahkan drpd medan magnetnya. bermagnet mempunyai ciri magnet: kunci ~. memagnetkan membuat menjadi magnet. kemagnetan 1 kuasa menarik logam lain: ~ besi itu dpt dikurangkan dgn cara menghempaskan atau memanaskannya. 2 hal(-hal) ttg magnet atau sifatnya. pemagnetan proses (usaha, perbuatan dsb) memagnetkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata magnet


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ferromagnetismferomagnetismeKimiaTiadaFenomena tentang mudahnya bahan tertentu memperoleh sifat kemagnetan yang bergantung pada suhu. Fenomena ini disebabkan olek elektron tak berpasangan yang bertindak sebagai magnet asas yang kecil. Magnet-magnet asas ini dijajarkan selari antara satu dengan yang lain oleh daya antara molekul yang disebut daya bertukar. Jika medan luaran dikenakan, momen magnet asas akan tersusun lurus. Apabila medan magnet cukup besar, kesemua magnet asas akan menghala pada arah medan tersebut dan sampel dikatakan tepu. Magnet kekal terjadi apabila momen mangnet asas tetap tersusun apabila medan magnet disingkirkan. Feromagnetisme berlaku pada ferum, kobalt dan nikel serta sesetengah sebatian logam ini.
keeperpengekalKejuruteraanTiada1. Pengekal: Pengalir magnet, yang ditempatkan pada hujung magnet kekal, digunakan untuk menyempurnakan litar magnet bagi magnet kekal, demi melindungi magnet kekal itu daripada pengaruh-pengaruh penyahmagnetan.,3. Anak tangga atau galas boleh gerak yang di bawah pada kotak gandar.
magnetic separatorpemisah magnetGeologiTiadaMesin untuk memisahkan bahan magnet dari bahan kurang magnet atau dari bahan bukan magnet dengan menggunakan medan magnet yang kuat.
magnetic fieldmedan magnetMatematikTiada1. Pengaruh yang tidak kelihatan di sekeliling magnet yang menyebabkan satu magnet bertindak terhadap magnet yang satu lagi. Bumi mempunyai medan magnet yang menganjur masuk ke dalam angkasa lepas dan bertindak balas dengan angin suria lalu membentuk aurora dan magnetosfera.
damping magnetmagnet redamanKejuruteraanTiadaMagnet kekal yang digunakan untuk menghasilkan redaman dengan mengaruhi arus pusar pada cakera logam atau jasad-jasad lain.
superconducting magnetmagnet superkonduktorKejuruteraanTiadaMagnet yang digunakan untuk kajian kerosakan bahan yang teraruh oleh sinaran.
analysing magnetmagnet analisisKejuruteraanTiadaMagnet yang digunakan untuk menyerakkan atau menumpukan zarah atau molekul bercas.
belt magnetmagnet tali sawatKejuruteraanTiadaPeranti daripada magnet untuk menyingkirkan bahan ferus daripada sampah sarap.
secondary storagestoran sekunderPendidikanTiadaStoran tambahan bagi storan utama komputer, misalnya pita magnet, cakera magnet atau kompang magnet. Storan sekunder menyimpan lebih banyak data tetapi masa capaiannya lebih perlahan daripada storan utama.
secondary storagestoran sekunderTeknologi MaklumatTiadaStoran tambahan bagi storan utama komputer, misalnya pita magnet, cakera magnet atau kompang magnet. Storan sekunder menyimpan lebih banyak data tetapi masa capaiannya lebih perlahan daripada storan utama.
12345678910...

Kembali ke atas