Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mag.né.tik] | مݢنيتيک

Definisi : (magnétik) mempunyai sifat mag­net. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata magnetik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BAHAN MAGNET

Bahan magnet, bahan yang memperlihatkan ciri magnetik apabila diletakkan di dalam medan magnet luar.

FIZIKKonsep
MESMER, FRANZ ANTON

Mesmer, Franz Anton (1734–1815) ialah doktor

Austria yang merintis amalan hipnotisme. Dia

mengembangkan teori yang dinamakan

“kemagnetan haiwan” yang kemudiannya

dinamakan pemukauan (mesmerisme). Mesmer

percaya terdapat cecair misteri yang boleh

menembusi semua tubuh. Cecair ini

membolehkan seseorang itu mempunyai kuasa,

iaitu pengaruh “magnetik” ke atas orang lain.

UMUM 
AMPERE

Ampere ialah unit yang digunakan untuk

mengukur kadar aliran arus elektrik. Ia adalah salah

satu daripada tujuh unit asas dalam sistem metrik,

dan simbolnya ialah A. Ampere digunakan untuk

mengukur elektrik sebagaimana unit gelen per

minit digunakan untuk mengukur air. Arus elektrik

mengalir pada kadar 1 ampere apabila 1 coulomb

(unit caj elektrik) mengalir melepasi satu bahagian

litar elektrik dalam masa 1 saat (lihat Coulomb ).

Oleh itu, 1 ampere bersamaan dengan 1 coulomb

per saat. Ahli fizik mentakrif ampere dari segi daya

magnetik, yang diukur dalam newton, yang

dihasilkan oleh arus.

UMUM 

Kembali ke atas