Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mag.ni.tud] | مݢنيتود

Definisi : besarnya, pentingnya, atau banyak­nya sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mag.ni.tud] | مݢنيتود

Definisi : ist besarnya atau banyaknya; saiz: Halaju mempunyai arah dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata magnitud


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAGNITUD

Magnitud ialah skala yang digunakan oleh ahli

astronomi untuk mengukur kecerahan objek yang

bercahaya di angkasa. Lebih cerah sesuatu bintang

atau planet, maka lebih rendah nombor

magnitudnya. Sistem magnitud adalah berasaskan

usaha yang dilakukan oleh ahli astronomi Yunani

purba, Hipparchus. Kira-kira pada tahun 125 S.M.,

Hipparchus mengelaskan bintang mengikut

kecerahan. Dia menamakan bintang yang paling

cerah sebagai bintang magnitud pertama, bintang

yang kedua cerah sebagai bintang magnitud kedua

dan seterusnya sehinggalah kepada bintang yang

paling pudar. Bintang yang paling pudar digelar

sebagai bintang magnitud keenam.

UMUM 
MAGNITUD RICHTER

Magnitud Richter ialah angka yang

menunjukkan kekuatan gempa bumi. Ahli-ahli sains

mengira magnitud Richter dengan menggunakan

maklumat yang diperoleh daripada seismograf,

sejenis alat yang merakam pergerakan bumi. Ahli

seismograf Amerika (ahli sains yang mengkaji

gempa bumi), Charles F. Richter, telah

membangunkan sistem ini untuk mengukur

kekuatan gempa bumi pada tahun 1935. Kadangkala

sistem ini dikenali sebagai skala Richter.

UMUM 
PALANG SELATAN

Palang Selatan ialah buruj (sekumpulan bintang)

terkenal di Hemisfera Selatan. Ia juga digelar sebagai

Pari atau Crux. Buruj ini dinamai begini kerana empat

buah bintangnya yang paling cerah membentuk

palang. Kecerahan cahaya bintang disebut magnitud.

Bintang yang paling cerah berada dalam magnitud

pertama. Bintang yang terletak paling jauh ke selatan

ialah bintang magnitud pertama. Bintang yang

terletak di sebelah timur dan utara ialah bintang

magnitud kedua, sementara bintang di sebelah barat

bertahap magnitud ketiga. Lihat Magnitud.

UMUM 
DENEB

Deneb ialah bintang yang paling terang dalam

buruj Cygnus, atau Swan. Deneb juga dikenali

sebagai Alpha Cygni. Ia ialah bintang yang paling

terang yang boleh dilihat dengan mata kasar dan

mempunyai magnitud 1.26 (lihat Magnitud). Deneb

ialah 60 000 kali ganda seterang matahari, tetapi

ia kelihatan malap kerana jauhnya lebih kurang

1600 tahun cahaya (lihat Tahun cahaya). Deneb

kelihatan berwarna putih kebiru-biruan disebabkan

oleh suhu permukaan yang sangat tinggi,

sekurang-kurangnya 10 000°C. Ahli astronomi

mengelaskan bintang ini sebagai superraksasa

biru. Diameter Deneb ialah lebih kurang 70 kali

ganda diameter matahari.

UMUM 
ARGELANDER, FRIEDRICH WILHELM AUGUST

Argelander, Friedrich Wilhelm August

(1799–1875), ahli astronomi Jerman-Finland dan

profesor astronomi di Bonn, Jerman. Dia telah

membuat katalog dan mencartakan lebih daripada

300 000 bintang yang terdapat di hemisfera samawi

utara hingga ke magnitud kesembilan. Dia telah

menubuh dan menjadikan pengajian tentang

perubahan bintang sebagai satu cabang astronomi

dengan mengkaji sejarah perubahan bintang-

bintang dari segi kegemerlapannya. Dia lahir di

Meme (kini Klaipeda), Lithuania.

UMUM 
SIRIUS

Sirius, yang juga dikenali sebagai Bintang Anjing,

ialah bintang yang paling terang yang dapat dilihat

dari bumi pada waktu malam. Saiz Sirius lebih

kurang sama dengan saiz matahari, tetapi

memancarkan hampir-hampir 30 kali ganda cahaya. Bintang ini merupakan bintang magnitud pertama

(lihat Bintang [Mengukur kecerahan]).

UMUM 
HUKUM ARUHAN FARADAY

Hukum aruhan Faraday, hukum yang menyatakan bahawa magnitud daya gerak elektrik (dge), yang teraruh dalam suatu litar elektrik, berkadar terus kepada kadar perubahan fluks magnet yang memotong merentasi litar tersebut.

FIZIKTeori/Teorem/Hukum
CARTA PAI

Carta pai, gambar rajah atau perwakilan grafik berbentuk bulatan yang dibahagikan mengikut sektor bagi menggambarkan data berkategori untuk membandingkan peratusan, kekerapan atau magnitud data.

MATEMATIKKonsep

Kembali ke atas