Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sangat berkuasa (tidak ada ban­dingannya); kemahakuasaan perihal (keadaan, sifat) maha kuasa: orang-orang yg percaya akan ~ Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
maha (kata tugas)
Bersinonim dengan tersangat, teramat, paling, sekali, terlalu, terlampau, sungguh-sungguh, benar-benar, betul-betul.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Yang Maha Kuasa" atau "yang Maha Kuasa"?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, semua sifat Allah ditulis dengan huruf besar.  Contohnya:

Yang Maha Pengasih
Yang Maha Penyayang
Yang Maha Kuasa

Ejaan06.10.2016
Assalamualaikum, Semoga dipermudahkan segala urusan. Saya mohon bertanya tentang penggunaan Maha Kuasa, Maha Penyayang, Maha Pemurah, dan yang seangkatan dengannya. Daripada segi ejaannya bagaimana? Adakah dieja dengan huruf besar ataupun kecil? Mohon perincian daripada pihak Tuan/Puan. Terima kasih.Alaikumussalam.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, semua sifat Allah ditulis dengan huruf besar.  Contohnya:

Yang Maha Pengasih
Yang Maha Penyayang
Yang Maha Kuasa

dan sebagainya.
Ejaan01.04.2014
Salam Negaraku Malaysia. Semoga tuan sihat walafiat dan sentiasa dilimpahi rahmat daripada Yang Maha Kuasa. Saya mempunyai beberapa persoalan. Soalan 1. Di PLANMalaysia (Jabatan Perangan Bandanr dan Desa) ejaan "PLANMalaysia" dieja sedemikian memandangkan imej dan identiti PLANMalaysia. Walau bagaimanapun, timbul kekeliruan dalam kalangan pegawai untuk mengeja tajuk surat. Contoh: SENARAI NAMA PESERTA HARI KEBANGSAAN PLANMalaysia ataupun SENARAI NAMA PERSETA HARI KEBANGSAAN PLANMALAYSIA Mana yang betul? Soalan 2: Bagaimana menulis contoh gelaran Dr., Ir., dalam huruf besar. Adakah IR. DR. ALBA? Adakah perlu noktah selepas Dr. dan Ir.? Sekian, terima kasih. Salam hormat|Regards , ALBASYA'ARI ABDUL LATIF Pegawai Perhubungan Awam|Public Relations Officer PLANMalaysia | PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) | (Department of Town and Country Planning) Tingkat 2, Blok Melati | 2nd Floor, Melati Block 50646 Jalan Cenderasari Kuala Lumpur Tel : 03-2265 0608 Fax : 03-2265 06041. Untuk urusan rasmi seperti tajuk surat, perlu menggunakan nama penuh, iaitu Jabatan Penerangan Bandar dan Desa. Contoh, SENARAI NAMA PESERTA HARI KEBANGSAAN DI JABATAN PENERANGAN BANDAR DAN DESA (PLANMalaysia)
2. Untuk setiap kependekkan, perlu diletakkan titik dan tidak perlu ditulis dengan menggunakan huruf besar keseluruhannya. Ini bermaksud, ejaan yang betul ialah Ir. dan Dr.
Lain-lain03.01.2018
Assalamualaikum, Bagi ayat di bawah, adakah ejaan tuhan atau Tuhan yang lebih tepat penggunaannya? Contoh ayat: Dialah yang membentuk rupamu di dalam rahim (ibumu) sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. APAKAH JAWAPANNYA & ALASANNYA? Terima kasih.

Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, ejaan yang betul ialah “Tuhan”.

Tuhan khusus kepada Allah Yang Maha Esa, manakala tuhan ialah sesuatu (seperti dewa dan sebagainya) yang dipuja oleh golongan manusia yang agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa.

Lain-lain24.01.2022
1)apakah maksud amalan dari segi istilah dan bahasa ? 2)apakah maksud agama dari segi istilah dan bahasa?

    Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata amalan ialah sesuatu yg dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan, dsb) sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah kesatuan sekerja sahaja yg dibenarkan bergerak dlm sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan.

  Manakala maksud agama ialah kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha Kuasa: ~ Islam, ~ Kristian; orang yg memeluk ~ Islam disebut juga orang Mukmin; ~ langit agama yg bukan ciptaan manusia; 2. kepercayaan pd sesuatu dewa dll (yg dipuja dsb dan dianggap sbg sesuatu yg amat berkuasa);

Istilah25.03.2009
saya nak tahu makna dan penggunaan perkataan berikut: 1.Paradoks 2.Resis 3.Dangkal 4.Wahana 5.Manifestasi 6.Wadah 7.Sirna 8.Mencanai 9.Juntai 10.Ugama

1. Paradoks - sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum: tampak kepada kita suatu paradoks yang mencolok.  2. Resis - perkataan ini tidak ada dalam sumber rujukan kami.  3. Dangkal -  tidak faham benar, tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam (tentang sesuatu), atau cetek: saya tidak berani mengatakan yang dia dangkal dalam hal tersebut.   4.  Wahana - saluran atau perantaraan yang memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai): bahasa baku sajalah yang layak menjadi bahasa ilmu utk wahana pemikiran dan untuk pengembangan budaya bangsa5. Manifestasi -  perbuatan (ucapan dan sebagainya) yang memperlihatkan (menjadikan nyata) sesuatu;  watak yg secara lebih giat memanifestasikan rasa kekecewaan   6.Wadah -  alat, atau saluran (untuk melakukan atau menyampaikan sesuatu): pihak penganjur berharap seminar sedemikian akan menjadi wadah untuk para pendidik bahasa dan sastera Melayu bertukar-tukar pendapat   7. sirna - hilang, lenyap, musnah   8. Mencanai membentuk, mengacu, menyesuaikan, menyelaraskan: undang-undang baru ini telah dibuat untuk membolehkan kerajaan mencanai surat khabar supaya bersesuaian dgn demokrasi terpimpin   9. Juntai - bergantung bergerak-gerak atau berayun-ayun: kakinya juntai ke bawah   10. Agama - 1. kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha Kuasaagama Islam 2. kepercayaan pada sesuatu dewa dan lain-lain. Sila rujuk Kamus Dewan untuk mendapatkan makna-makna lain bagi setiap entri tersebut.

Makna02.08.2009

Kembali ke atas