Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ha.ra.ja] | مهاراج

Definisi : 1. raja besar; 2. sl gelaran atau se­butan bagi orang besar: Bendahara Seri M~; nikah M~ Boma prb nikah tanpa belanja; kemaharajaan perihal maharaja: semua negara Asia Pasifik pernah berada di bawah pengaruh besar ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ha.ra.ja] | مهاراج

Definisi : 1 gelaran bagi raja-raja yg besar: ~ Rom. 2 sebutan utk orang-orang besar negeri: Bendahara Seri ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maharaja
Rujuk :perintah, pemerintah,

Puisi
 

Bila maharaja diam di hutan,
     Tebu dan jagung rosak binasa;
Lama ditinggal wajah tuan,
     Rindu ditanggung setiap masa.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tepatkah penggunaan gelaran horman "Tuan" untuk "Maharaja" menjadi "Tuan Maharaja"?Gelaran "Tuan" digunakan untuk memanggil seseorang lelaki dalam majlis rasmi, seperti "sila nyatakan nama tuan". Maharaja biasanya diletakkan di hadapan nama dan bukan gelaran untuk memanggil, cth. Maharaja Boma atau Bendahara Seri Maharaja.Lain-lain07.03.2007
Adakah penjodoh bilangan perlu wujud untuk "peperangan" dalam ayat di bawah? "Salah satu peperangan menyebabkan maharaja kehilangan takhta. Kemudian, satu peperangan lagi menyebabkan maharaja kehilangan nyawa."Penjodoh bilangan yang betul ialah sebuah, sebuah peperangan.Tatabahasa14.08.2012
Adakah "pada Dinasti Qing" dan "pada zaman Dinasti Qing" itu membawa maksud yang sama? "Pada zaman Dinasti Qing, Maharaja Qianlong amat gemar akan kaligrafi Zhao Mengfu." Adakah ayat ini betul? Terima kasih.Penggunaan ayat "Pada zaman Dinasti Qing, Maharaja Qianlong amat gemar akan kaligrafi Zhao Mengfu."tersebut betul.Makna18.01.2018
Selamat petang. Adakah sesuai bahawa nama buku "Veritable Records of Taizu" diterjemahkan kepada "Rekod Sahih tentang Taizu"? Terima Kasih.Kami mencadangkan “Veritable Records of Taizu” diterjemahkan sebagai “Rekod Sebenar Maharaja Taizu” atau “Kisah Sebenar Maharaja Taizu”.Penyemakan dan penterjemahan08.12.2020
"Kumpulan perkataan ' tempurung, gelanggang, maharaja, jurutera, juruterbang' ini tergolong daripada gabungan morfem bebas atau morfem terikat?"Perkataan tempurung, gelanggang, jurutera, juruterbang ialah morfem bebas, iaitu morfem yang dapat wujud bersendirian.Tatabahasa18.10.2013
Salam mesra, saya meminta jasa baik tuan untuk menerangkan maksud petikan prosa tradisional 'Hikayat Siak' dalam antologi Dirgahayu Bahasaku (hlm48): Maka Tuan Bujang pergi ke Jambi, mendapatkan Sultan Maharaja di Batu, bersama-sama akan sultan berkelahi, berebut kebesaran dengan sultan di Kedah. Maka berperanglah. Tuan Bujang masuk perang, lalu luka paha, kena peluru setinggar, paha kiri. Sultan Maharaja di Batu menang perangnya. Sekian, terima kasih.Sdr. dicadangkan berbincang dengan guru Sdr mengenai perkara ini.Lain-lain16.04.2011
38. Bagaimanakah Sultan Mansor Syah memulakan hubungan dengan China ? A. Melalui pengiring-pengiring Puteri Li Po. B. Dengan mengahwini Puteri Li Po. C. Dengan kemasyhuran Kesultanan Melaka. D. Melalui sepucuk surat kepada Maharaja Yongle 40. Rangkai kata menarik hati dalam petikan bermaksud A. menggembirakan B. meyakinkan C. mengasyikkan D. mempersonakan38. Jawapan yang betul ialah D. Melalui sepucuk surat kepada Maharaja Yongle.
40. D.Mempesonakan
Tatabahasa12.09.2013
Kisah kemasyhuran Kesultanan Melaka yang diceritakan oleh Tuan Perpatih Putih telah berjaya ‘menarik hati’ Maharaja China. Dalam konteks ayat di atas, apakah perkataan yang paling sesuai untuk menggantikan rangkai kata ‘menarik hati’? A. Meyakinkan B. mempersonakanJawapan yang betul ialah mempesonakan.Tatabahasa11.09.2013
Salam sejahtera. Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, perkataan jenazah berasal daripada bahasa Arab dan bermaksud mayat (bagi orang Islam). Oleh itu, perkataan ini tidak sesuai digunakan bagi orang yang bukan Islam. Saya ingin bertanya kepada En. Sulaiman, apabila kita merujuk kepada mayat maharaja pada zaman-zaman dulu di China, adakah apa-apa perkataan yang dapat menggantikan perkataan 'mayat' bagi menunjukkan hormat? Jawapan En. Sulaiman didahului dengan ucapan terima kasih.Perkataan mayat tidak membawa konotasi negatif dan boleh digunakan untuk maharaja China yang tidak beragama Islam, manakala perkataan jenazah boleh digunakan bagi maharaja China yang beragama Islam.Tatabahasa31.10.2014
Kumpulan perkataan manakah yang terbina daripada gabungan morfem bebas dan morfem terikat? A tempurung, kayu, kampung B cantik, gelanggang, maharaja C jurutera, berdampingan, contohi D juruterbang, kelupas, dijaringkan Pohon beri alasan untuk setiap pilihan jawapan. Terima kasih.

Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Sebagai contoh, perkataan sekolah dan laut ialah morfem bebas, tetapi imbuhan ber- dalam bersekolah dan -an dalam lautan ialah morfem terikat, oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar.

Berdasarkan takrifan tersebut, A dan B merupakan morfem bebas manakala C dan D gabungan morfem bebas dan morfem terikat.
Tatabahasa17.10.2013
12

Kembali ke atas