Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ha.ra.ja] | مهاراج

Definisi : 1. raja besar; 2. sl gelaran atau se­butan bagi orang besar: Bendahara Seri M~; nikah M~ Boma prb nikah tanpa belanja; kemaharajaan perihal maharaja: semua negara Asia Pasifik pernah berada di bawah pengaruh besar ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ha.ra.ja] | مهاراج

Definisi : 1 gelaran bagi raja-raja yg besar: ~ Rom. 2 sebutan utk orang-orang besar negeri: Bendahara Seri ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maharaja
Rujuk :perintah, pemerintah,

Puisi
 

Bila maharaja diam di hutan,
     Tebu dan jagung rosak binasa;
Lama ditinggal wajah tuan,
     Rindu ditanggung setiap masa.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
emperor saviourmaharaja penyelamatSejarahTiadaMaharaja yang dianggap sebagai penyelamat yang melindungi rakyatnya daripada bahaya peperangan dan kemusnahan.
emperormaharajaSejarahTiadaPemerintah berdaulat yang menguasai wilayah yang luas dan mempunyai jajahannya sendiri, mempunyai gelaran monarki dan dianggap lebih tinggi kedudukannya dari raja biasa seperti gelaran kepada pemerintah Empayar Suci Rom iaitu Maharaja Augustus.
Great SovereignMaharajaSejarahTiadaTiada
Chinese Imperial CourtIstana Maharaja CinaSejarahTiadaTiada
Grand Chamberlain (Istana Negara)Dato' Paduka Maharaja LelaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
paludamentumpaludamentumKesenianTiada1. Mantel ungu, berkancing di bahu, daripada fabrik bermutu, pakaian Maharaja Romawi dan pegawai tentera.,2. Pakaian yang sama, paras buku lali, pakaian Raja Rom Timur pada abad ke-5.
antonomasiaantonomasiaKesusasteraanPuisiGaya unsur yang menggunakan gelaran rasmi atau dikenal umum sebagai pengganti nama diri. Contohnya, Bendahara Seri Maharaja merujuk kepada Tun Mutahir,dan Bapa Kemerdekaan merujuk kepada Tunku Abdul Rahman Putra.
blessingberkat; rahmatSejarahTiadaRahmat, berkat atau kurnia dari kuasa tertinggi atau Tuhan, biasanya pengurniaan bintang keberanian yang dilakukan oleh pemerintah atau maharaja sejak zaman Rom kepada pahlawannya.
empressmaharaniSejarahTiada1. Gelaran kepada wanita yang memerintah sesebuah empayar dan mempunyai kuasa mutlak ke atas orang bawahannya seperti Maharani Dowager dari Dinasti Mancu.,2. Isteri Maharaja.
fortkubuArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTapak pertahanan dan kota pemerintahan yang diperbuat daripada bata, kayu bakau, cangkerang atau tanah yang ditinggikan. Kedudukannya terletak di kawasan pedalaman atau dipinggir sungai. Terdapat juga kubu yang mempunyai menara peninjau. Di Malaysia, perkembangannya wujud sejak zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Lama dan Baru serta semasa zaman penjajahan Belanda dan Inggeris. Contohnya, Kota Johor Lama (Johor), Kubu Datuk Maharaja Lela (Perak) dan A. Famosa (Melaka). Sinonim benteng.
12

Kembali ke atas