Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ha.ra.ja.lé.la] | مهاراجاليلا

Definisi : (maharajaléla) sl (gelaran yg diberi kpd) kepala menteri yg tugasnya me­menggal kepala orang yg bersalah kpd raja; bermaharajalela, bersimaharajalela, merajalela 1. berbuat sesuka hati (sewenang­wenang): lanun-lanun ~ di daerah itu; 2. berkecamuk, berjangkit dgn hebat (penyakit dll): penyakit taun ~ setelah peperangan itu; 3. menjadi-jadi: tindas-menindas terus ber-laku, kekejaman ~; kemaharajalelaan perihal bermaharajalela; merajalela. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ha.ra.ja.lé.la] | مهاراجاليلا

Definisi : /maharajaléla/ gelaran utk kepala menteri yg dlm upacara kerajaan, berdiri memegang pedang terhunus dan sedia memenggal kepala orang yg bersalah atau orang yg menderhaka kpd raja. bermaharajalela 1 berbuat (dgn) sekehendak hati. 2 sangat menjadi-jadi (bkn penyakit dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maharajalela
Kata Terbitan : bermaharajalela, merajalela, kemaharajalelaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera Tuan, saya cikgu mata pelajaran sejarah. Saya ingin tahu, adakah DBP ada jual buku teks sejarah Tingkatan 4 yang versi baru 2020 KSSM di HQ DBP Jalan Maharajalela? Hal ini disebabkan banyak kedai buku kata DBP belum hantar buku sekian, terima kasih=)Salam tuan budiman,

Dimaklumkan bahawa, buku teks sejarah Tingkatan 4 versi baru 2020 KSSM telah ada di Kedai buku DBP Jalan Maharajalela.

Untuk makluman tambahan, buku terbitan DBP boleh di beli di kedai buku, wakil penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut:

 

•Anjung DBP - 03 2147 9597 / 03 2147 9598

•Kompleks DBP Hulu Kelang - 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp)

•DBP Cawangan Sarawak - 082 227000 / 019 8768358

•DBP Cawangan Sabah - 088 439317 / 010 9425569

•DBP Wilayah Timur - 09 7414918 / 014 9180092

atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my//

 

Sekian, terima kasih

Lain-lain26.12.2019
Salam, saya ingin bertanya tentang perkataan "bermaharajalela". Apakah perkataan tersebut khusus untuk perkara-perkara negatif? Contoh ayat:- "Semenjak kebelakangan ini, peragut- peragut semakin bermaharajalela di tempat ini." Sedangkan Dato' Maharajalela merupakan pejuang tanah air. Harap pihak DBP dapat mengkaji perkataan ini. Selain itu, saya juga berharap maklumbalas daripada pihak DBP.Terima kasih.Dalam pangkalan data kami, perkataan bermaharajalela lazimnya dikaitkan dengan sesuatu yang berunsur negatif. Hal ini bermungkinan terjadi sedemikian kerana kata terbitan bermaharajalela itu disandarkan kepada maksud asal maharajalela, iaitu menteri yang tugasnya memenggal kepala orang yang bersalah kepada raja.Tatabahasa03.12.2012
Ariy Alias Dec. 15 4:09PM assalamualaikum bolehkah admin dbp bantu saya bagaimana cara saya boleh pergi ke dbp menggunakan perkhidmatan komuter n lrt saya dari stesen komuter shah alam seksyen 19 sekian, terima kasihStesen Hang Tuah dan perlu berjalan kaki ke DBP (Sekitar 5 ke 7 minit sahaja) Atau boleh juga menggunakan Monorel - Stesen Maharajalela (Berjalan kaki ke DBP sekitar 5 ke 7 minit)Lain-lain15.12.2015
Assalamualaikum. Saya, Hanis Nabila Binti Amir Husaini @ Mahadi, bekas pelajar Sekolah Berprestasi Tinggi, SMKA Al-Irshad, Pulau Pinang. SPM 2013, dan alhamdulillah berjaya mendapat 6A ; Bahasa Melayu A Bahasa Inggeris A Bahasa Arab A- Saya berminat sangat untuk menjadi seorang penterjemah bahasa tetapi tidak tahu bagaimana halatuju untuk mencapai cita-cita saya ni. Saya amatlah berbesar hati jika pihak tuan dapat membantu. Terima kasihTerima kasih kepada anda yang menjadikan DBP sebagai sahabat di hujung jari. Buat pengetahuan saudara DBP tidak lagi mengadakan kursus tersebut. Semua kursus tersebut dilaksanakan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia ITBM. Selain daripada itu saudara juga boleh terus menghubungi pada maklumat berikut :Alamat: Persatuan Penterjemah Malaysia 171-A, Tingkat 1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur. Tel.: 03-9226 2506 Faks: 03-2142 4381 Facebook: Persatuan Penterjemah E-mel: terjemah1@gmail.com Laman web: http://www.ppm-mta.com/Lain-lain26.03.2014
Saya mahu menerbitkan karya (novel) dalam format digital. Soalan saya, bagaimana saya boleh melindungi karya saya, mendapatkan kod ISBN. 2. Adakah DBP menyediakan khidmat editing manuskrip dan berapa bayarannya? 3. Adakah DBP ada menyediakan khidmat terjemahan? dari B. Melayu ke B. Inggeris?. Terima kasih

Assalamualaikum, Puan,

Untuk mendapatkan International Standard Book Number (ISBN), puan perlu memohon daripada pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).  Untuk soalan kedua puan, DBP tidak menyediakan khidmat penyuntingan sekiranya buku itu bukan untuk diterbitkan oleh DBP. Walau bagaimanapun, DBP mempunyai editor yang mungkin bersedia untuk membantu puan membuat penyuntingan sebagai tugasan luar (peribadi). Tentang bayaran, puan boleh berbincang dengan individu yang berkenaan. Demikian juga halnya dengan khidmat terjemahan. Fungsi itu sudah diambil alih oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM). Selain daripada itu, puan boleh berurusan dengan pihak Persatuan Penterjemah Malaysia yang berpejabat di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur.

Lain-lain25.04.2014

Kembali ke atas