Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ha.ra.ja.lé.la] | مهاراجاليلا

Definisi : (maharajaléla) sl (gelaran yg diberi kpd) kepala menteri yg tugasnya me­menggal kepala orang yg bersalah kpd raja; bermaharajalela, bersimaharajalela, merajalela 1. berbuat sesuka hati (sewenang­wenang): lanun-lanun ~ di daerah itu; 2. berkecamuk, berjangkit dgn hebat (penyakit dll): penyakit taun ~ setelah peperangan itu; 3. menjadi-jadi: tindas-menindas terus ber-laku, kekejaman ~; kemaharajalelaan perihal bermaharajalela; merajalela. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ha.ra.ja.lé.la] | مهاراجاليلا

Definisi : /maharajaléla/ gelaran utk kepala menteri yg dlm upacara kerajaan, berdiri memegang pedang terhunus dan sedia memenggal kepala orang yg bersalah atau orang yg menderhaka kpd raja. bermaharajalela 1 berbuat (dgn) sekehendak hati. 2 sangat menjadi-jadi (bkn penyakit dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maharajalela
Kata Terbitan : bermaharajalela, merajalela, kemaharajalelaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heroismkewiraan/heroismeKesusasteraanPuisiAliran dalam penciptaan puisi yang menerapkan unsu kewiraan. Heroisme seseorang tokoh sejarah atau legenda dilihat daripada segi keberanian. kepahlawanan dan juga kegagahannya. Contohnya, puisi ''Pasir Salak'' karya Firdaus Abdullah yang menceritakan tentang kewiraan Datuk Matiarajalela. Langkah pendekar langkah berisi langkah pahlawan tak kenal gentar rawana lnggeris hendak dicari hendak dipenggal hendak dikelar. Pendekar gagah pendekar berani Ngah Jabor serta Tuk Sagor gagah pendekar tak takut mati Walau selangkah berpantang undur. Maharajalela, Maharajalela jika memancung tiada bertanya kobarkan semangat biar menyala tuntutlah mali tuntutlah bela.
reinterpretationtafsiran semulaKesusasteraanTiadaNaskhah yang ditafsirkan semula oleh penyalin atau khalayak sehingga membawa kepada tafsiran baru. Contoh: tokoh-tokoh legenda seperti Dato' Bahaman, Dato'Dol Said Naning, Dato' Maharajalela yang dahulu dianggap sebagai penderhaka tetapi kini dianggap sebagai pahlawan bangsa.

Kembali ke atas