Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.hir] | ماهير

Definisi : terlatih utk mengerjakan sesuatu, ce­kap, lancar, pandai: orang Cina itu masih belum ~ berbahasa Melayu; memahiri melatih diri supaya mahir dlm sesuatu bidang dsb: agak sukar bagi peserta jika tidak memiliki atau ~ kepandaian ter-tentu, spt kreativiti atau kemahiran meng-gunakan komputer; penguasaan bahasa bukan sekadar ~ aspek linguistik sesebuah bahasa; memahirkan melatih seseorang supaya ce­kap, mempelajari dgn sungguh-sungguh supaya mahir: pelajar akan didedahkan pd latihan yg dapat ~ mereka dlm menghadapi peperiksaan sebenar; kemahiran kecekapan, kepandaian: ~ Fer-nando tentang pelayaran telah diketahui oleh mereka; berkemahiran mempunyai kemahiran, ma­hir: dan tentu ramai calon di situ yg lebih ~, lebih layak, fikirnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.hir] | ماهير

Definisi : cukup cekap serta terlatih mengerjakan sesuatu; pandai serta lancar melakukan sesuatu: Kebanyakan mereka ~ berbahasa Melayu. memahiri melatih diri supaya mahir dlm sesuatu bidang dsb: Mudah baginya kerana dia ~ bidang tsb. memahirkan mempelajari sesuatu dgn sungguh-sungguh supaya mahir; melatih diri supaya mahir: Dia ~ diri dlm bahasa Inggeris. kemahiran kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Batu yang selalu bergolek di dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut.

Bermaksud :

Orang yang mahir dalam undang-undang, biasanya jarang terkena tipu.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Mahir bahasa melalui rakan sebayaNawi IsmailPelita Bahasa1 January 1998
Pemimpin mesti mahir berpidatoAbdullah Abdul KarimDewan Bahasa1 November 2007
Remaja tenaga mahirKhiruddin AbdullahDewan Siswa1 August 1995
Menyediakan generasi yang mahir berkomunikasiAripin SaidPelita Bahasa1 August 1991
Giatmara melahirkan tenaga mahirBaharum SulaimanDewan Masyarakat1 March 1997
Usaha melahirkan tenaga mahir berteknologi tinggiTiadaDewan Ekonomi1 July 1996
MFI: membantu melahirkan tenaga mahir industri negaraTajulddin MuhammadDewan Ekonomi1 August 1996
Pendaftaran kontraktor dan akredasi pekerja mahir... menjamin kualitikerjaAbdul Ghani AwangDewan Masyarakat1 February 1996

Kembali ke atas