Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mah.ka.mah] | محکمه

Definisi : tempat membicarakan kes un­dang-undang, dewan atau majlis pengadilan; ~ agung Id pengadilan yg tertinggi; ~ juvenil mahkamah yg mempunyai bidang kuasa ke atas pesalah juvenil dan kanak-kanak di bawah kawalan ibu bapa; ~ perusahaan badan yg menyelesaikan pertikaian buruh; ~ rendah (majistret, sesyen) mahkamah yg di bawah kuasa atau diadili oleh majistret; ~ syariah mahkamah yg mengadili hal-hal yg ber­sangkutan dgn hukum Islam; ~ tentera mah­kamah yg mengadili perkara tentera; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mah.ka.mah] | محکمه

Definisi : tempat membicarakan sesuatu yg ada hubungannya dgn undang-undang. ~ Agung mahkamah yg paling tinggi yg menentukan rayuan atas keputusan Mahkamah Tinggi, menyelesaikan soal-soal perlembagaan yg dirujuk oleh Mahkamah Tinggi dll. ~ Atasan mahkamah yg terdiri drpd Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi. ~ Juvana mahkamah yg membicarakan pesalah yg berumur antara 10 hingga 18 tahun dan kesalahannya bukan yg boleh dihukum mati atau dipenjarakan seumur hidup. ~ Majistret mahkamah yg diadili oleh majistret yg boleh menjatuhkan hukuman denda atau penjara. ~ Penghulu mahkamah paling rendah yg boleh menjatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM25.00. ~ Rendah mahkamah yg terdiri drpd mahkamah Penghulu, mahkamah Juvana, mahkamah Majistret dan mahkamah Sesyen. ~ Sesyen mahkamah rendah yg tarafnya antara Mahkamah Majistret dgn Mahkamah Tinggi, dan diketuai oleh seorang presiden. ~ Syariah mahkamah yg membicarakan hal-hal yg bersangkutan dgn undang-undang Islam. ~ Tinggi mahkamah yg menentukan rayuan sesuatu keputusan Mahkamah Rendah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mahkamah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAHKAMAH JUVENIL

Mahkamah juvenil ialah mahkamah khas yang

mengendalikan kes yang melibatkan kanak-kanak

yang melakukan jenayah atau yang memerlukan

perhatian dan perlindungan masyarakat. Di

Australia dan New Zealand, mahkamah ini dikenali

sebagai mahkamah kanak-kanak.

UMUM 
MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA

Mahkamah Keadilan Antarabangsa

lazimnya dikenali sebagai Mahkamah Dunia,

merupakan agensi kehakiman yang tertinggi

dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Mahkamah ini menyediakan saluran untuk

menyelesaikan secara aman masalah

persengketaan undang-undang pada peringkat

antarabangsa. Ia hanya menyelesaikan kes yang

dikemukakan oleh sesebuah negara atau

organisasi antarabangsa. Keputusannya

berdasarkan prinsip undang-undang

antarabangsa dan tidak boleh dibuat rayuan.

Mahkamah ini mendengar beberapa kes sahaja.

Tetapi banyak perbalahan antara kerajaan

diselesaikan melalui tribunal antarabangsa yang

lain dan dalam tribunal kebangsaan berasaskan

undang-undang antarabangsa.

UMUM 
MAHKAMAH

Mahkamah ialah sebuah institusi kerajaan yang

menyelesaikan pertikaian undang-undang dan

mengendali keadilan. Mahkamah menyelesaikan

konflik melibatkan individu, pertubuhan, dan

kerajaan. Mahkamah juga menentukan, sama ada

orang yang dituduh melakukan jenayah itu

bersalah atau tidak, dari segi undang-undang, dan

menjatuhkan hukuman terhadap pesalah.

UMUM 
MAHKAMAH TINGGI UMUM 
THE COURT OF HIGH COMMISSION

The Court of High Commission merupakan

mahkamah yang terpenting dalam mahkamah

eklesiastikal Inggeris. Mahkamah ini diwujudkan

untuk mendengar kes yang membabitkan

penentangan terhadap Gereja England. The Court

of High Commission ini diwujudkan pada sekitar

tahun 1500-an. Kuasanya ditentukan sepenuhnya

pada tahun 1611. Kes-kes yang didengarnya

berkaitan dengan kes kesesatan dan lain-lain

eklesiastikal, dan jenayah yang membabitkan

paderi. Ia juga mendengar kes perceraian.

The Court of High Commission ialah gereja yang

seumpama Court of Star Chamber (lihat Star

Chamber ). Penubuhannya membangkitkan

kebencian kerana banyak aktiviti yang dilakukan

bertentangan dengan prinsip common law di

England . Kadangkala biskop yang menjadi hakim di

Court ini adalah antara mereka yang terbabit

dengan persengketaan yang dibicarakan. The

Court of High Commission ini dihapuskan oleh

Parlimen Long pada tahun 1641.

UMUM 
MAHKAMAH RENDAH

Mahkamah rendah lihat Mahkamah.

UMUM 
MAHKAMAH PIEPOUDRE

Mahkamah Piepoudre, juga dieja sebagai

piepowder ialah mahkamah Inggeris Zaman

Pertengahan yang menyelesaikan perbalahan

antara penjaja dengan pedagang di pasar ria dan

pasar.

UMUM 
MAHKAMAH TENTERA

Mahkamah tentera memutuskan kes

perundangan yang berkaitan dengan anggota

perkhidmatan bersenjata dan orang awam yang

bekerja di pangkalan tentera. Mahkamah tentera

mengikut kaedah perundangan yang biasa.

Contohnya, banduan-banduan dianggap tidak

bersalah sehingga terbukti kesalahannya secara

terperinci dan diberi butir-butir pertuduhan

terhadap mereka. Dalam kes yang lebih berat,

banduan-banduan diberi peguam bela yang

terlatih (biasanya tanpa dikenakan sebarang

bayaran) dan diberi setiap kesempatan untuk

menyediakan kes mereka sendiri.

UMUM 
MAHKAMAH KANGGARU

Mahkamah kanggaru ialah istilah slanga bagi

kumpulan orang yang tidak diberi kuasa, yang

menghukum sendiri sesuatu kesalahan dengan

bertindak sebagai mahkamah. Kumpulan seperti ini

selalunya mengetepikan prinsip undang-undang

dan keadilan serta mengenakan hukuman yang

tidak adil dan keterlaluan.

UMUM 
MAHKAMAH PENGHULU

MAHKAMAH PENGHULU, mahkamah paling rendah dalam hierarki sistem kehakiman di Semenanjung Malaysia. Menurut Ordinan Mahkamah 1948, bidang kuasa Mahkamah Penghulu, sama ada dalam kes jenayah ataupun kes sivil sangat terhad. Bidang kuasa penghulu, tercatat dalam surat pelantikan penghulu itu.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
123456

Kembali ke atas