Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mah.ka.mah] | محکمه

Definisi : tempat membicarakan kes un­dang-undang, dewan atau majlis pengadilan; ~ agung Id pengadilan yg tertinggi; ~ juvenil mahkamah yg mempunyai bidang kuasa ke atas pesalah juvenil dan kanak-kanak di bawah kawalan ibu bapa; ~ perusahaan badan yg menyelesaikan pertikaian buruh; ~ rendah (majistret, sesyen) mahkamah yg di bawah kuasa atau diadili oleh majistret; ~ syariah mahkamah yg mengadili hal-hal yg ber­sangkutan dgn hukum Islam; ~ tentera mah­kamah yg mengadili perkara tentera; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mah.ka.mah] | محکمه

Definisi : tempat membicarakan sesuatu yg ada hubungannya dgn undang-undang. ~ Agung mahkamah yg paling tinggi yg menentukan rayuan atas keputusan Mahkamah Tinggi, menyelesaikan soal-soal perlembagaan yg dirujuk oleh Mahkamah Tinggi dll. ~ Atasan mahkamah yg terdiri drpd Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi. ~ Juvana mahkamah yg membicarakan pesalah yg berumur antara 10 hingga 18 tahun dan kesalahannya bukan yg boleh dihukum mati atau dipenjarakan seumur hidup. ~ Majistret mahkamah yg diadili oleh majistret yg boleh menjatuhkan hukuman denda atau penjara. ~ Penghulu mahkamah paling rendah yg boleh menjatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM25.00. ~ Rendah mahkamah yg terdiri drpd mahkamah Penghulu, mahkamah Juvana, mahkamah Majistret dan mahkamah Sesyen. ~ Sesyen mahkamah rendah yg tarafnya antara Mahkamah Majistret dgn Mahkamah Tinggi, dan diketuai oleh seorang presiden. ~ Syariah mahkamah yg membicarakan hal-hal yg bersangkutan dgn undang-undang Islam. ~ Tinggi mahkamah yg menentukan rayuan sesuatu keputusan Mahkamah Rendah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mahkamah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gag orderperintah larang suaraUndang-undangTiadaSatu perintah awal yang dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi untuk menjalankan kuasa yang merangkumi larangan terhadap sebarang kata-kata, komen, perbincangan atau kenyataan termasuk rujukan kepada sebarang komunikasi secara bertulis atau tidak bertulis sementara menunggu pelupusan muktamad perbicaraan sesuatu kes.
military courtmahkamah tenteraUndang-undangUndang-undang AntarabangsaMahkamah yang diberi kuasa untuk membicarakan anggota tentera bagi kesalahan di bawah undang-undang ketenteraan dan menghukum mereka jika didapati bersalah. Mahkamah tentera mempunyai struktur yang terpisah daripada mahkamah awam. Mahkamah tentera biasanya berperanan semasa berlakunya konflik bersenjata tetapi terdapat juga negara yang membenarkan mahkamah tentera berfungsi semasa keadaan aman.
process of the courtsproses mahkamahUndang-undangTiadaPerintah yang dikeluarkan oleh mahkamah bagi memulakan prosiding mahkamah atau peringkat tertentu dalam prosiding mahkamah.
President of International Court of JusticePresiden Mahkamah Keadilan AntarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKetua hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Beliau dipilih oleh hakim-hakim mahkamah setiap tiga tahun melalui undian rahsia. Tidak ada syarat kewarganegaraan dalam pemilihan. Presiden mempengerusikan semua mesyuarat mahkamah, mengarahkan kerja dan menyelia pentadbiran mahkamah. Semasa pertimbangan kehakiman, Presiden Mahkamah mempunyai satu undi jika undi-undi terbahagi sama banyak. Presiden Mahkamah Keadilan Antarabangsa dikehendaki tinggal di The Hague. Antara Presiden Mahkamah Keadilan Antarabangsa ialah Peter Tomka (2012�2015), Hishashi Owada (2009�2012) dan Dame Rosalyn Higgins (2006�2009).
International Court of Justice (ICJ)Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaMahkamah yang ditubuhkan pada tahun 1945 di The Hague, Belanda, dan merupakan satu daripada lima organ utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Mahkamah ini berperanan mendengar pertikaian antara negara dan seterusnya menyelesaikan pertikaian antara negara tersebut. Sesebuah negara boleh membawa kes pertelingkahan untuk diselesaikan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan negara-negara yang bertelingkah mestilah bersetuju pada bidang kuasa mahkamah tersebut. Sebarang keputusan yang dibuat oleh mahkamah tersebut hanya akan mengikat negara bertelingkah tetapi tidak mengikat negara-negara yang lain. Mahkamah ini juga mempunyai bidang kuasa memberi pendapat nasihat apabila diminta oleh Perhimpunan Agung, Majlis Keselamatan atau mana-mana badan yang dibenarkan oleh Piagam PBB. Mahkamah Keadilan Antarabangsa dikawal selia oleh Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa 1945.
police court magistratemajistret mahkamah polisSejarahTiadaAnggota kehakiman yang ditugaskan dalam mahkamah khas seperti mahkamah tentera.
supervisory jurisdictionbidang kuasa seliaanUndang-undangTiadaKuasa mahkamah untuk mengawasi tindakan mahkamah yang lebih rendah bagi memastikan bahawa tindakan mahkamah yang lebih rendah itu tidak terkeluar daripada bidang kuasanya.
International Court of Justice (ICJ)Mahkamah Pengadilan AntarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaMahkamah yang ditubuhkan pada tahun 1946 dan terdiri daripada 15 orang hakim yang dilantik oleh Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan PBB. Mahkamah ini merupakan sebahagian daripada PBB dan berfungsi sebagai badan pengadilan bagi negara yang terlibat dalam konflik tertentu dan bersetuju untuk diadili oleh badan ini. Mahkamah ini memutuskan sesuatu keputusan keadilan berdasarkan undang-undang antarabangsa. Di samping itu, badan ini juga memberi nasihat kepada institusi lain dalam PBB. Kes pertama yang pernah dirujuk kepada mahkamah ini ialah kes Terusan Corfu pada tahun 1946 yang melibatkan negara United Kingdom dan Albania. Dalam kes ini, mahkamah ini memutuskan United Kingdom telah melanggar kedaulatan Albania kerana membersihkan periuk api di terusan Corfu, yang dipercayai telah dipasang dengan pengetahuan Albania dan meletupkan dua kapal pemusnah milik United Kingdom semasa melayari terusan tersebut. Mahkamah ini juga menetapkan jumlah kerugian yang perlu dibayar oleh Albania kepada United Kingdom. Sinonim ICJ.
judicial decisionkeputusan kehakimanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHasil daripada penyelesaian pertelingkahan yang dibawa kepada mahkamah domestik ataupun mahkamah antarabangsa. Keputusan kehakiman sangat penting kerana ia menentukan bagaimana sesuatu kes diselesaikan. Menurut Perkara 38(1) (d) Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa, keputusan kehakiman merupakan salah satu sumber sampingan undangundang antarabangsa. Keputusan kehakiman hanya mengikat negara yang bertelingkah tanpa mengikat negara-negara lain. Walau bagaimanapun, keputusan kehakiman boleh menjadi bukti amalan negara yang boleh membentuk adat antarabangsa yang bersifat mengikat sesebuah negara.
Permanent Court of Arbitration (PCA)Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaMahkamah yang ditubuhkan pada tahun 1899 dalam Persidangan Keamanan The Hague pertama, bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian antarabangsa. Mahkamah ini menawarkan perkhidmatan penyelesaian pertikaian antarabangsa dalam isu-isu undang-undang antarabangsa awam dan undang-undang antarabangsa persendirian bagi pihak-pihak yang bersetuju menerima bidang kuasanya. Mahkamah ini mendengar pertikaian antara negara, antara pertubuhan-pertubuhan antarabangsa, dan antara pertubuhan antarabangsa dan negara, malah membabitkan pihak persendirian. Mahkamah ini membenarkan pihak-pihak yang bertikai untuk memilih sendiri penimbang tara yang akan mengendalikan kes tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas