Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mah.ko.ta] | مهکوتا

Definisi : 1. tajuk kebesaran raja: dikenakan ~ di hulu baginda; 2. ki (orang) yg meme­rintah, raja; ~ alam raja yg memerintah se­kalian alam; ~ negeri raja yg memerintah sesebuah negeri; putera (tengku) ~ anak raja yg bakal menggantikan ayahandanya; wakil ~ wakil raja; 3. gelaran utk orang besar-besar: Datuk Raja M~; 4. perhiasan kepala spt yg biasa dipakai oleh pengantin perempuan (pe­menang peraduan ratu cantik dsb); 5. ki jan­tung hati, kekasih: ~ hatiku; bermahkota memakai mahkota, menjadi raja yg memerintah; raja-raja yg ~ raja-raja yg memerintah; memahkotai meletakkan mahkota (pd ke­pala raja) sbg menobatkan baginda menjadi raja, mengenakan mahkota pd (orang yg naik takhta menjadi raja); pemahkotaan perihal (perbuatan, upacara, dsb) memahkotai (orang yg naik takhta men­jadi raja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mah.ko.ta] | مهکوتا

Definisi : 1 pakaian kepala yg dibuat drpd emas serta bertatahkan permata dll utk raja-raja yg bertakhta; songkok kebesaran raja-raja. 2 ki orang yg memerintah; raja: putera (tengku) ~ anak raja yg akan naik takhta. ~ alam raja segala alam. ~ hati (jiwa) orang yg dikasihi. ~ negeri raja yg memerintah negeri. memahkotai meletakkan atau mengenakan mahkota ke kepala raja; menobatkan seseorang menjadi raja. kemahkotaan upacara memahkotai raja; pertabalan: Rakyat jelata dpt melihat istiadat ~ raja itu menerusi peti televisyen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mahkota (kata nama)
Bersinonim dengan tiara, taj, tajuk, patam, jamang, jejamang, puspa;,
Kata Terbitan : memahkotakan, pemahkotaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penjodoh bilangan bagi mahkota, keluarga dan buluh yang sudah dipotong?Penjodoh bilangan yang sesuai untuk mahkota ialah sebuah, keluarga ialah sebuah dan kepingan buluh (sekiranya dipotong berbentuk kepingan).Istilah21.05.2015
Apakah tajuk karangan sesuai digunakan pantun ini. Alam Pura Raja Mahkota,Pergi berperang ke Basanah,Ingat-ingat mengeluarkan kata,Zaman sekarang banyak fitnah.Contoh pantun di bawah ialah pantun nasihat. 
Alam Pura Raja Mahkota;
Pergi berperang ke Basanah;
Ingat-ingat mengeluarkan kata;
Zaman sekarang banyak fitnah.
Sastera05.01.2021
Pemergian Sultan Johor dalam programm Kembara Mahkota ke kawasan pedalaman itu amat dihargai oleh penduduk di situ. Adakah ayat ini betul?Ayat yang betul ialah Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor mencemar duli ke kawasan pedalaman itu untuk bersama-sama dalam program Kembara Mahkota Johor amatlah dihargai oleh penduduk di situ.Tatabahasa01.11.2021
Pemergian Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang diiringi oleh YAB Menteri Besar Pahang. A Pemergian Yang Amat Mulia B Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia C Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia D Pemergian Duli Yang Teramat Mulia (munsyi, apakah jawaban yang sesuai digunakan? apakah perbezaan antara Duli Yang Teramat Mulia dengan Duli Yang Maha Mulia) TKGelaran bagi Raja-raja Melayu dan kaum kerabatnya ada yang sama dan ada yang berbeza aantara negeri-negeri beraja. Di negeri Pahang, baginda digelar Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang tetapi di negeri Johor digelar Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahkota Johor. Oleh itu, hal ini perlu dirujuk dari satu negeri ke satu negeri atau puan boleh juga merujuk Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, Jabatan Perdana Menteri.Lain-lain06.03.2013
Salam sejahtera. 1. Apakah golongan yang sesuai bagi kata nama khas Matematik, tajuk filem seperti Spiderman dan Superman serta tajuk karangan seperti "Ibu Saya"? 2. Adakah gelaran seperti Perdana Menteri, Menteri Pendidikan, Dato Bendahara, Sultan, Permaisuri, Putera Mahkota kata nama khas? 3. Apakah kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga bagi Permaisuri, Putera Mahkota, Puteri? Terima kasih.
  1. Soalan yang pertama sukar untuk difahami. Mohon tuan/puan mengemukakan soalan yang lebih jelas dan terperinci.
  2. Menteri Pendidikan dan Dato’ Bendahara ialah kata nama khas, manakala putera mahkota, sultan, permaisuri dan perdana menteri ialah kata nama am. Sekiranya perkataan tersebut digunakan sebagai nama khas, contohnya Putera Mahkota Selangor, maka huruf besar akan digunakan pada permulaan perkataan.
  3. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, beta merupakan kata ganti nama diri pertama untuk raja, permaisuri atau anak raja apabila bercakap dengan orang yang berpangkat lebih rendah, orang bawahan atau rakyat.

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana halaman 280 dan 1680 dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 81 – 87.

Tatabahasa02.04.2024
Saya Muminah Saleah, sedang belajar Universiti Fatoni. Saya ingin bertanya DBP, perkataan "MAHKOTA" Berasal dari bahasa apa? dan apa makna? Terima kasih.Kata ‘jannah’ ialah kata pinjaman daripada kata Arab  yang mempunyai 5 maksud iaitu, 1. tajuk kebesaran raja. 2. Kiasan untuk orang yang  meme­rintah, raja 3. gelaran untuk  orang besar-besar     4. perhiasan kepala seperti yang  biasa dipakai oleh pengantin perempuan (pe­menang peraduan ratu cantik); 5. Kiasan untuk kekasih.Makna24.09.2014
1. Adakah penggunaan almarhum hanya boleh digunakan untuk kerabat yang berpangkat seperti sultan, tengku mahkota dan raja muda sahaja.Almarhum ialah kata ganti diri yang digunakan sebelum nama orang lelaki Islam, lazimnya digunakan pada raja dan kerabatnya yang telah mangkat atau meninggal. Walau bagaimanapun, almarhum juga boleh digunakan untuk orang kebanyakan. Lain-lain27.09.2023
Saya Rokayah Luebaesa sedang belajar di Universiti Fatoni kelas dasar ingin bertanya DBP Perkataan "mahkota" itu berasal daripada bahasa sanskrit atau bukan, terimakasih.Soalan ini akan dipanjangkan  kepada Bahagian Perkamusan untuk mendapatkan bantuan jawapan.  Jawapan mungkin mengambila masa dan akan dijawab melalui e-mel.  Terima kasihPenyelidikan22.09.2014
Nurhisyam Rashid Oct 22nd, 3:32am Asalamualaikum...saya ada 1kemuskilan tentang perkataan mencemar duli. Selain raja, sultan, permahsuri & tengku mahkota/raja muda,siapakah lg yang layak mengunakan atau digunakan dalam sesuatu ayat?Menurut Kamus Dewan, penggunaan kata mencemar duli dikhususkan kepada raja atau sultan. Untuk maklumat lanjut, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=mencemar+.Makna22.10.2015
Jelaskan penggunaan 'ibni' dalam ejaan nama kerabat diraja. Siapakah yang wajar menggunakan 'ibni' dan bukan bin?Penggunaan "ibni" dalam ejaan nama kerabat diraja merujuk "bin". Penggunaannya amat terhadap kepada Sultan, Tengku Mahkota,  dan Raja Muda.Makna09.09.2014
12

Kembali ke atas