Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mah.ko.ta] | مهکوتا

Definisi : 1. tajuk kebesaran raja: dikenakan ~ di hulu baginda; 2. ki (orang) yg meme­rintah, raja; ~ alam raja yg memerintah se­kalian alam; ~ negeri raja yg memerintah sesebuah negeri; putera (tengku) ~ anak raja yg bakal menggantikan ayahandanya; wakil ~ wakil raja; 3. gelaran utk orang besar-besar: Datuk Raja M~; 4. perhiasan kepala spt yg biasa dipakai oleh pengantin perempuan (pe­menang peraduan ratu cantik dsb); 5. ki jan­tung hati, kekasih: ~ hatiku; bermahkota memakai mahkota, menjadi raja yg memerintah; raja-raja yg ~ raja-raja yg memerintah; memahkotai meletakkan mahkota (pd ke­pala raja) sbg menobatkan baginda menjadi raja, mengenakan mahkota pd (orang yg naik takhta menjadi raja); pemahkotaan perihal (perbuatan, upacara, dsb) memahkotai (orang yg naik takhta men­jadi raja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mah.ko.ta] | مهکوتا

Definisi : 1 pakaian kepala yg dibuat drpd emas serta bertatahkan permata dll utk raja-raja yg bertakhta; songkok kebesaran raja-raja. 2 ki orang yg memerintah; raja: putera (tengku) ~ anak raja yg akan naik takhta. ~ alam raja segala alam. ~ hati (jiwa) orang yg dikasihi. ~ negeri raja yg memerintah negeri. memahkotai meletakkan atau mengenakan mahkota ke kepala raja; menobatkan seseorang menjadi raja. kemahkotaan upacara memahkotai raja; pertabalan: Rakyat jelata dpt melihat istiadat ~ raja itu menerusi peti televisyen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mahkota (kata nama)
Bersinonim dengan tiara, taj, tajuk, patam, jamang, jejamang, puspa;,
Kata Terbitan : memahkotakan, pemahkotaan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Mahkota ajukan 9 resolusiZul Husni Abdul HamidBerita Harian21.08.2008
Mahkota SahabatKhadijah HashimMingguan Malaysia12.11.2006
MahkotaMarsli N. OWatan26.01.1991
Mahkota perkenalkan tarian-tarian daerah di utaraEmbong YahyaUtusan Malaysia07.08.1981
Mahkota pupuk ahlinya cintakan budayaTiadaUtusan Malaysia17.01.1980
Mahkota mahu rebut juaraEmbong MuhammadUtusan Malaysia07.10.1980
MahkotaAhmad Kamal AbdullahUtusan Zaman03.10.1976
MahkotaAhmad Kamal AbdullahUtusan Zaman03.10.1976
'Mahkota' mula dapat perhatian masyarakat di daerah DungunGhazali NgahBerita Harian28.05.1979
Mahkota buat lawatan ke utara semenanjungTiadaBintang Timur12.08.1981
123

Kembali ke atas