Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mah.ko.ta] | مهکوتا

Definisi : 1. tajuk kebesaran raja: dikenakan ~ di hulu baginda; 2. ki (orang) yg meme­rintah, raja; ~ alam raja yg memerintah se­kalian alam; ~ negeri raja yg memerintah sesebuah negeri; putera (tengku) ~ anak raja yg bakal menggantikan ayahandanya; wakil ~ wakil raja; 3. gelaran utk orang besar-besar: Datuk Raja M~; 4. perhiasan kepala spt yg biasa dipakai oleh pengantin perempuan (pe­menang peraduan ratu cantik dsb); 5. ki jan­tung hati, kekasih: ~ hatiku; bermahkota memakai mahkota, menjadi raja yg memerintah; raja-raja yg ~ raja-raja yg memerintah; memahkotai meletakkan mahkota (pd ke­pala raja) sbg menobatkan baginda menjadi raja, mengenakan mahkota pd (orang yg naik takhta menjadi raja); pemahkotaan perihal (perbuatan, upacara, dsb) memahkotai (orang yg naik takhta men­jadi raja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mah.ko.ta] | مهکوتا

Definisi : 1 pakaian kepala yg dibuat drpd emas serta bertatahkan permata dll utk raja-raja yg bertakhta; songkok kebesaran raja-raja. 2 ki orang yg memerintah; raja: putera (tengku) ~ anak raja yg akan naik takhta. ~ alam raja segala alam. ~ hati (jiwa) orang yg dikasihi. ~ negeri raja yg memerintah negeri. memahkotai meletakkan atau mengenakan mahkota ke kepala raja; menobatkan seseorang menjadi raja. kemahkotaan upacara memahkotai raja; pertabalan: Rakyat jelata dpt melihat istiadat ~ raja itu menerusi peti televisyen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mahkota (kata nama)
Bersinonim dengan tiara, taj, tajuk, patam, jamang, jejamang, puspa;,
Kata Terbitan : memahkotakan, pemahkotaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bunga mahkotabunga mahkotaKesenianTiadaMotif tenunan berunsur benda berbentuk mahkota.
bunga mahkota rajabunga mahkota rajaKesenianTiadaMotif tenunan berunsur khayalan berbentuk mahkota raja.
metonymymetonimiKesusasteraanTiadaKiasan kata yang menggantikan sesuatu benda dengan benda yang lain pada sifat yang ada. Contohnya, mahkota untuk monrki. Perkataan �mahkota� dalam contoh di atas membawa konotasi daulat, wibawa, istiadat, keagungan dan feudalisme. Contoh lain ialah �bunga� untuk wanita, �kumbang� untuk lelaki dan �pentas� untuk teater. Istilah metonimi berasal daripada perkataan Yunani yang bermakna �penukaran nama�.
ascus crownmahkota askusBiologiMikologiStruktur bak mahkota pada liang askus, misalnya pada Phylachora, Struktur ini berdinding tebal dan berperanan dalam pelepasan spora.
crown lacerenda mahkotaKesenianTiadaRenda Inggeris yang awal dengan reka bentuk mahkota, dibuat semasa pemerintahan Ratu Elizabeth Pertama.
atefmahkota atefKesenianTiadaHiasan kepala yang tinggi berwarna putih, dihiasi bulu burung kasawari yang disusun pada kiri dan kanannya. Mahkota ini merupakan lambang hiasan kepala bagi tuhan Mesir kuno yang akhirnya menjadi pakaian rasmi raja-raja Mesir Kuno.
piston crownmahkota ombohKejuruteraan AutomotifEnjinBahagian teratas omboh yang bentuknya bergantung kepada jenis enjin, nisbah mampatan dan tatarajah injap. Mahkota ini berfungsi untuk memampatkan campuran udara-bahan api semasa lejang aruhan, menyediakan permukaan untuk me- nerima beban tekanan akibat pembakaran semasa lejang kuasa serta menolak keluar gas ekzos selepas terbakar semasa lejang ekzos. Sinonim kepala omboh.
calendar crownmahkota kalendarKejuruteraanTiadaTiada
radiate crownmahkota pancar suriaSejarahTiadaTiada
proscenium archmahkota alamKesenianDrama dan TeaterBahagian hadapan binaan atas pentas prosenium untuk menghebahkan nama kumpulan yang membuat persembahan dalam bangsawan. Sinonimgerbang prosenium.
1234567

Kembali ke atas