Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mah.li.gai] | مهليݢاي

Definisi : istana tempat kediaman raja (per­maisuri atau putera-puteri raja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mah.li.gai] | مهليݢاي

Definisi : istana tempat kediaman raja, permaisuri atau putera puteri raja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mahligai (kata nama)
Bersinonim dengan istana, puri, keraton, palis, kediaman.,

Puisi
 

Nyiur gading tinggi mahligai,
     Ketupat jua berisi inti;
Hancur daging tulang berkecai,
     Belum dapat belum berhenti.


Lihat selanjutnya...(10)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
alang mahligaipenyekat di mahligai;Kamus Dewan Edisi Keempat
mahligaiistana tempat kediaman raja, permaisuri atau putera puteri raja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mahligaiistana tempat kediaman raja (per­maisuri atau putera-puteri raja).Kamus Dewan Edisi Keempat
alang II1. (me)lintang; menarik garis ~ menarik garis melintang; 2. kayu yg dipasang melintang (di antara dua tiang atau dua dinding): supaya jangan bergeser dipasang ~ antara kedua-dua tiang itu; 3. dinding, penyekat (bilik dsb): ~ rumah; ~ balai penyekat balai; ~ jambatan bahagian yg melintang pd jambatan di pelabuhan; ~ mahligai penyekat di mahligai; ~ muka papan melintang antara dinding perahu atau pd belat (tempat berjalan).Kamus Dewan Edisi Keempat
hangus Imenjadi binasa kerana dimakan api, terbakar hingga menjadi hitam: maka mahligai itu pun habis ~; ikan itu tidak dapat dimakan lagi kerana ~ sewaktu dipanggang; ~(-hangus) hati a) panas hati, marah; b) terlalu rindu (ingin); belanja (perbelanjaan, wang) ~ wang hantaran pengantin lelaki kpd pihak perempuan utk belanja kahwin (lain drpd mas kahwin); ~ tiada berapi, karam tiada berair prb menderita kesusahan yg amat sangat; menghanguskan membakar sampai han­gus; ~ hati (dada) memanaskan hati, men­jadikan sangat marah; kehangusan 1. keadaan hangus; 2. terbakar hangus; ~ hati a) panas hati, sangat marah; b) kerinduan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas