Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mah.mud]/[mah.mud] | محمود

Definisi : Ar terpuji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mahmud

Puisi
 

Tuan Mahmud bermain tombak,
     Dang Kasuma menangkap tupai;
Kalau takut dilambung ombak,
     Jangan berumah di tepi pantai.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya Mahmud Awae sebagai pelajar jurusan Bahasa Melayu. Universiti Islam Yala. Ingin tanya. Bagaimana pemahaman Kata Nafi Dan Kata Perintah dalam Bahasa Melayu. Terima kasih

Kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan hadir sekali sahaja dalam suatu ayat, seperti Jangan buang sampah di sini dan Harap jelaskan hutangmu secepat mungkin


Kata nafi ialah unsur yang menyatakan maksud nafi atau negatif kepada unsur utama dalam predikat. Ada dua bentuk kata nafi, iaitu "bukan" dan "tidak". Kata nafi "bukan" boleh menafikan semua frasa nama dan frasa sendi nama. MIsalnya: "Buku itu bukan untuk dia". "Dia bukan dari Ipoh". Baju itu bukan miliknya. Kata nafi "tidak" pula menafikan frasa kerja dan frasa adjektif, misalnya: "Dia tidak datang semalam"; "Bapa saya tidak kuat lagi"


Tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan untuk selanjutnya.
Tatabahasa14.11.2013
saya MAHMUD sedang belajar bahasaMELAYU Berapakah belajar bahasa MELAYU pada sekarangSoalan yang tuan kemukan tidak jelas. Untuk makluman tuan, di Malaysia, bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar yang digunakan oleh warganegara Malaysia.Tatabahasa07.11.2013
saya mahmud sedang belajar bahasa MELAYU di UNIVERSITI FATONI Berapa orang sedang belajar bahasa MELAYU pada masa sekarang?Untuk makluman tuan, bahasa Melayu di Malaysia merupakan bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar. Setiap warganegara Malaysia akan mempelajari bahasa Melayu sejak dari sekolah lagi.Lain-lain07.11.2013
Saya nama Mahmud Awea ingin bertanya apakah maksud morfologi serta contoh satu persatu terima kasihMorfologi ialah kajian berkenaan bentuk kata atau pembentukan kata. Apabila dibincangkan tentang kajian, isunya sangat luas dan ruang yang terhad ini tidak membincangkan tentang kajian, Seelok-eloknya rujuk buku yang berkaitan dan bertanya terus kepada guru.Makna30.09.2015
Saya nama Mahmud sedang belajar bahasa melayu dasar,di Akademi Bahasa Antarabangsa ingin bertanya,Bahasa melayu asal dari manaBahasa Melayu ialah bahasa Melayu Polinesia daripada rumpun bahasa Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iaitu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa.  Bukti penemuan terdapat pada batu bersurat Kedukan Bukit, Palembang pada tahun 683M, Talang Tuwo, Palembang (684M), Kota Kampar, Pulau Bangka (686M), Karang Brahi, Jambi (686M), dan Gandasuli, Jawa Tengah (832M). Bahasa Melayu pada masa itu banyak menggunakan kata pinjaman Sanskrit. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 1, Sejarah Ringkas Bahasa Melayu atau kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia.Lain-lain24.10.2013
Saya ingin bertanya penggunaan koma bertindih yang betul. Contoh ayat: Mereka yang terbabit ialah Ahmad Adam, 28; Ali Mahmud, 30; Razali Ahmad, 34, dan Hakim Zulkifli, 50. Atau Mereka yang terbabit ialah Ahmad Adam, 28, Ali Mahmud, 30, Razali Ahmad, 34, dan Hakim Zulkifli, 50.
Kami mencadangkan agar ditulis seperti Mereka yang terlibat ialah Ahmad Adam (28), Ali Mahmud (30),  Razali Ahmad (34) dan Hakim Zulkifli (50). 
Tatabahasa25.01.2021
Secara logiknya, dalam pengiraan jumlah patah perkataan, kata sendi nama ' di sini atau di situ" ,adakah dikira 2 patah perkataan? KN Khas, Taib Mahmud bin Tuan man, adakah dikira 4 patah? TQVMBilangan patah perkataan bagi perkataan di sini ialah dua patah kata dan Taib Mahmud bin Tuan Man ialah lima patah kata.Tatabahasa20.05.2011
saya Wan Asnah Wan Mahmud,belajar di universiti Fatoni, ingin bertanya DBP perkataan "zalim" berasal dari bahasa apa?dan apakah pengertiannya?Perkataan "zalim" mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah tidak berperikemanusiaan, tidak adil,bengis dan kejam. Asal daripada perkataan Arab iaitu "lalim".Tatabahasa22.09.2014
Boleh sila semak ayat serta ejaan di bawah betul atau tidak... terima kasih. ISTIADAT PELANTIKAN DAN PERTABALAN DYMM TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TUANKU AISHAH ROHANI BINTI ALMARHUM TENGKU BESAR MAHMUD PADA 14HB APRIL 2009 BERSAMAAN 18HB RABIULAKHIR 1430H DI-BALAIRONG SERI, ISTANA BESAR SERI MENANTITeks yang betul adalah seperti yang berikut : ISTIADAT PELANTIKAN DAN PERTABALAN DYMM TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, TUANKU AISHAH ROHANI BINTI ALMARHUM TENGKU BESAR MAHMUD PADA 14 APRIL 2009 BERSAMAAN DENGAN 18 RABIULAKHIR 1430H DI BALAIRUNG SERI, ISTANA BESAR, SERI MENANTI.Tatabahasa01.04.2009
Pilihan yang manakah yang menggunakan imbuhan meN-...-kan yang membawa makna benefaktif? A Tingkah lakunya di majlis itu memalukan ahli keluarganya. B Nenek membelikan cucu kesayangannya motosikal baharu. C Pak Mahmud tetap dengan keputudannys untuk membesarkan rumahnya. D Semua jemaah haji itu akan menaiki kapal terbang pada pukul 2.45 petang.Ayat yang membawa makna benefaktif atau memberi manfaat ialah "Nenek membelikan cucu kesayangannya motosikal baharu."Tatabahasa17.10.2013
12

Kembali ke atas