Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.hu] | ماهو

Definisi : 1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: dia ~ supaya jawatan itu dipegang oleh se-orang anak negeri; ~ tak ~ a) segan-segan; b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: ~ ke mana budak itu; 3. bp maksud, keinginan, tujuan: apa ~ engkau di sini? semahunya, semahu-mahu, semahu-mahu-nya sekehendak (sesuka) hati, sewenang­wenang: keadaan spt itu tentu tidak akan dapat dibiarkan berjalan ~ sahaja; mahupun meskipun, walaupun; memahu-mahu, memahukan 1. memak­sa-maksa supaya mahu; 2. menghendakkan, mahu kpd; memahui, mengemahui menghendaki, me­nuntut (supaya); kemahuan kehendak, keinginan: macam-macam kehendak dan ~ mereka; berkemahuan mempunyai kemahuan: tabiat berfikir dan ~ secara bebas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.hu] | ماهو

Definisi : 1 tidak keberatan utk berbuat sesuatu; bersedia melakukan sesuatu: Dia ~ menolong orang yg susah kerana dia sendiri pernah mengalami kesusahan. Orang itu tidak ~ bekerja sbg buruh walaupun sudah lama menganggur. 2 tujuan atau maksud melakukan sesuatu; kehendak: Apa ~mu? mahupun ataupun; walaupun; biarpun; meskipun: Baik lelaki ~ perempuan, semuanya bekerja keras. kemahuan 1 kesediaan berbuat atau melakukan sesuatu: Kerana sakit, hilanglah ~ saya utk bekerja. 2 keinginan; kehendak: Anak itu akan menjadi terlalu manja jika segala ~nya diturut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau tuan pergi seberang,
     Semai padi tumbuh lalang;
Saya umpama beras segantang,
     Mahu lebih tak mahu kurang.


Lihat selanjutnya...(66)
Peribahasa

Niat hati hendak memancing ikan,
     tak mahu membuang umpan.

Bermaksud :

Mahu mendapat keuntungan tetapi tidak mahu berugi.

 

Lihat selanjutnya...(58)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Mahu Atau TidakJamilah Mohd NordinDewan Sastera1 June 2008
Mahu ke manakah dunia seni lukisSiti Zainon ismailDewan Budaya1 July 2006
Mahu jaga badan?: lari pagi, petang, atur makan tapi awas...!Darmawan RahmanDewan Masyarakat15 February 1982
Mahu Bunuh DiriZaid AhmadDewan Sastera1 June 1992
Mahu Ikut Jejak AbangAbdullah TahirDewan Siswa1 June 1988
Mahu ke mana sastera kita?A. Rahim AbdullahDewan Sastera1 March 1996
Mahu Hidup!K. BaliMastika1 April 1991
Kalau Mahu Mengingati MatiBaha ZainDewan Sastera1 April 2007
Aku MahuAida AhmadDewan Sastera1 February 2007
Kami mahu menjadi penulisJaafar Abdul RahimTunas Cipta1 April 2006
12345678910

Kembali ke atas