Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.hu] | ماهو

Definisi : 1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: dia ~ supaya jawatan itu dipegang oleh se-orang anak negeri; ~ tak ~ a) segan-segan; b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: ~ ke mana budak itu; 3. bp maksud, keinginan, tujuan: apa ~ engkau di sini? semahunya, semahu-mahu, semahu-mahu-nya sekehendak (sesuka) hati, sewenang­wenang: keadaan spt itu tentu tidak akan dapat dibiarkan berjalan ~ sahaja; mahupun meskipun, walaupun; memahu-mahu, memahukan 1. memak­sa-maksa supaya mahu; 2. menghendakkan, mahu kpd; memahui, mengemahui menghendaki, me­nuntut (supaya); kemahuan kehendak, keinginan: macam-macam kehendak dan ~ mereka; berkemahuan mempunyai kemahuan: tabiat berfikir dan ~ secara bebas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.hu] | ماهو

Definisi : 1 tidak keberatan utk berbuat sesuatu; bersedia melakukan sesuatu: Dia ~ menolong orang yg susah kerana dia sendiri pernah mengalami kesusahan. Orang itu tidak ~ bekerja sbg buruh walaupun sudah lama menganggur. 2 tujuan atau maksud melakukan sesuatu; kehendak: Apa ~mu? mahupun ataupun; walaupun; biarpun; meskipun: Baik lelaki ~ perempuan, semuanya bekerja keras. kemahuan 1 kesediaan berbuat atau melakukan sesuatu: Kerana sakit, hilanglah ~ saya utk bekerja. 2 keinginan; kehendak: Anak itu akan menjadi terlalu manja jika segala ~nya diturut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau tuan pergi seberang,
     Semai padi tumbuh lalang;
Saya umpama beras segantang,
     Mahu lebih tak mahu kurang.


Lihat selanjutnya...(66)
Peribahasa

Niat hati hendak memancing ikan,
     tak mahu membuang umpan.

Bermaksud :

Mahu mendapat keuntungan tetapi tidak mahu berugi.

 

Lihat selanjutnya...(58)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Mahu menjadi doktorDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2014978-983-46-0024-3
Mahu kemana kitaAbad EntaperaisTiada1979 
Mahu Menjadi Penulis Bahagian Penerbitan Am (BPA)?Dewan Bahasa dan PustakaTiada1993 
Mahu Menjadi Penulis Bahagian Penerbitan Am (BPA)?Dewan Bahasa dan PustakaTiada1993 
Aku mahu jadi novelistar Tiada2013978-967-0411-14-9
Aku mahu saiz xl Tiada2011978-967-10404-4-7
Aku mahu kamuAlaf 21 Sdn BhdTiada2010978-983-124-506-4
Aku mahu naik pangkatPTS Professional Publishing Sdn. Bhd.Tiada2006978-983-3585-46-5
Aku mahu hidupCiptaan Jiwa SeniTiada 983-881-121
Aku mahu hidupPenerbitan AmirTiada1988 
123

Kembali ke atas