Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.hu] | ماهو

Definisi : 1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: dia ~ supaya jawatan itu dipegang oleh se-orang anak negeri; ~ tak ~ a) segan-segan; b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: ~ ke mana budak itu; 3. bp maksud, keinginan, tujuan: apa ~ engkau di sini? semahunya, semahu-mahu, semahu-mahu-nya sekehendak (sesuka) hati, sewenang­wenang: keadaan spt itu tentu tidak akan dapat dibiarkan berjalan ~ sahaja; mahupun meskipun, walaupun; memahu-mahu, memahukan 1. memak­sa-maksa supaya mahu; 2. menghendakkan, mahu kpd; memahui, mengemahui menghendaki, me­nuntut (supaya); kemahuan kehendak, keinginan: macam-macam kehendak dan ~ mereka; berkemahuan mempunyai kemahuan: tabiat berfikir dan ~ secara bebas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.hu] | ماهو

Definisi : 1 tidak keberatan utk berbuat sesuatu; bersedia melakukan sesuatu: Dia ~ menolong orang yg susah kerana dia sendiri pernah mengalami kesusahan. Orang itu tidak ~ bekerja sbg buruh walaupun sudah lama menganggur. 2 tujuan atau maksud melakukan sesuatu; kehendak: Apa ~mu? mahupun ataupun; walaupun; biarpun; meskipun: Baik lelaki ~ perempuan, semuanya bekerja keras. kemahuan 1 kesediaan berbuat atau melakukan sesuatu: Kerana sakit, hilanglah ~ saya utk bekerja. 2 keinginan; kehendak: Anak itu akan menjadi terlalu manja jika segala ~nya diturut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau tuan pergi seberang,
     Semai padi tumbuh lalang;
Saya umpama beras segantang,
     Mahu lebih tak mahu kurang.


Lihat selanjutnya...(66)
Peribahasa

Niat hati hendak memancing ikan,
     tak mahu membuang umpan.

Bermaksud :

Mahu mendapat keuntungan tetapi tidak mahu berugi.

 

Lihat selanjutnya...(58)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tok mboh[t mboh] tidak mahu, tidak hendak atau enggan.Koi tok mboh ikot awok.[kj t mboh i.kot A.w]Saya tidak mahu mengikut awak.
mboh[mboh]kata tugasmahu.Koi mboh kat awok.[kj mboh kAt A.w/]Saya mahukan awak.
cukang[tSu.kAN]kata adjektiftanda pangkah.Esok ayah tok nok tengok buku ni banyak cukang.[E.so/ A.jAh t/ n/ tE.N/ bu.ku ni bA.øA/ tSu.kAN]Nanti ayah tidak mahu melihat buku sekolah ini banyak tanda pangkah.
kecek[kE.tSE/]kata kerjaminta sesuatu dengan memujuk dan merayu.Keceklah kat Y.B. kalo nok jalan.[kE.tSE/.lAh kAt wAj.bi kA.l no/ dZA.lAn]Pujuk dan rayulah pada Y.B. kalau mahu jalan.
pedaeh merepang[p«.dAeh m«.Ä«.pAN] berkenaan rasa yang sangat pedas.Mau tebako lidoh koi, pedaeh merepang sambe awok.[mAw t«.bA.k li.dh koj p«.dAC m«.Ä«.pAN sAm.bE A.w/]Mahu terbakar lidah saya sebab sambal awak sangat pedas.
sekoye[s«.k.j«]kata adjektifberkenaan kesan torehan yang banyak pada pokok getah untuk mengeluarkan dan mengalirkan susu.Mamat tok nok toreh getah Pak Abu pase sekoya.[mA.mAt t/ n/ t.ÄEh g«.tAh pA/ A.u pA.sE s«.k.j«]Mamat tidak mahu menoreh getah Pak Abu kerana torehannya terlalu banyak.

Kembali ke atas