Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.hu] | ماهو

Definisi : 1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: dia ~ supaya jawatan itu dipegang oleh se-orang anak negeri; ~ tak ~ a) segan-segan; b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: ~ ke mana budak itu; 3. bp maksud, keinginan, tujuan: apa ~ engkau di sini? semahunya, semahu-mahu, semahu-mahu-nya sekehendak (sesuka) hati, sewenang­wenang: keadaan spt itu tentu tidak akan dapat dibiarkan berjalan ~ sahaja; mahupun meskipun, walaupun; memahu-mahu, memahukan 1. memak­sa-maksa supaya mahu; 2. menghendakkan, mahu kpd; memahui, mengemahui menghendaki, me­nuntut (supaya); kemahuan kehendak, keinginan: macam-macam kehendak dan ~ mereka; berkemahuan mempunyai kemahuan: tabiat berfikir dan ~ secara bebas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.hu] | ماهو

Definisi : 1 tidak keberatan utk berbuat sesuatu; bersedia melakukan sesuatu: Dia ~ menolong orang yg susah kerana dia sendiri pernah mengalami kesusahan. Orang itu tidak ~ bekerja sbg buruh walaupun sudah lama menganggur. 2 tujuan atau maksud melakukan sesuatu; kehendak: Apa ~mu? mahupun ataupun; walaupun; biarpun; meskipun: Baik lelaki ~ perempuan, semuanya bekerja keras. kemahuan 1 kesediaan berbuat atau melakukan sesuatu: Kerana sakit, hilanglah ~ saya utk bekerja. 2 keinginan; kehendak: Anak itu akan menjadi terlalu manja jika segala ~nya diturut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau tuan pergi seberang,
     Semai padi tumbuh lalang;
Saya umpama beras segantang,
     Mahu lebih tak mahu kurang.


Lihat selanjutnya...(66)
Peribahasa

Niat hati hendak memancing ikan,
     tak mahu membuang umpan.

Bermaksud :

Mahu mendapat keuntungan tetapi tidak mahu berugi.

 

Lihat selanjutnya...(58)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
able and willingboleh dan mahuUndang-undangTiadaTiada
adipsyadipsiPerubatanTiadaKeadaan tidak mahu minum yang tidak normal
secessionpemisahanSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan yang mahu memisahkan satu wilayah dalam sesebuah negara untuk menjadi sebuah negara yang baru dan merdeka. Gerakan ini wujud dalam sebuah wilayah yang memiliki satu identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti majoriti rakyat atau nasional negara tersebut seperti bahasa, agama, budaya dan warna kulit. Gerakan ini boleh bersifat penentangan bersenjata dan kekerasan yang sering berakhir dengan jumlah korban yang tinggi atau boleh juga secara sah melalui parti politik, NGO dan mengusulkannya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau badan antarabangsa yang diiktiraf. Contohnya, Gerakan Acheh Merdeka di Indonesia dan Gerakan Tamil Eelam di Sri Lanka.
waive1. melepskan 2. mengetepikanUndang-undangTiada1. Tidak mahu menggunakan atau menuntut hak. 2. Tidak menghendaki sesuatu syarat dipatuhi.
adipsiaadipsiaPerubatanTiada1. Ketiadaan rasa dahaga,. 2. Keadaan tidak mahu minum yang tidak normal
authorization cardkad kuasaPentadbiranTiadaDokumen yang menerangkan bahawa pekerja mahu mereka diwakili oleh kesatuan dalam tawaran bersama.
conscientious objectorpembantah ikut nuraniUndang-undangTiadaSeseorang yang tidak mahu berkhidmat dalam angkatan tentera kerana menetang penglibatan dalam peperangan atas dasar moral, agama atau kepercayaan.
anaerobic facultativefakultatif anaerobKimiaTiadaKebolehan untuk hidup sebagai mikroorganisma aerob mahu pun anaerob.
refused itemsbarang enggan terimaPentadbiran PerniagaanTiadaBenda pos yang tidak mahu diterima oleh penerima dan lazimnya dikembalikan kepada pengirim.
reactionarypenindak balas; reaksionerSejarahTiadaOrang yang menentang pembaharuan atau tidak mahu kemajuan tentera dalam politik.
1234567

Kembali ke atas