Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.hu.pun] | ماهوڤون

Definisi : meskipun, walaupun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.hu.pun] | ماهوڤون

Definisi : ataupun (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Terlampau duka terurah buntil,
     terlampau suka terurah rahsia.

Bermaksud :

Hendaklah bersikap sederhana dan hati-hati dalam segala hal (baik waktu duka mahupun waktu suka). urah = bongkar, urai; buntil = kantung daripada kain.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SOSIALISME

Sosialisme ialah satu sistem ekonomi, gerakan

politik dan teori sosial. Kebanyakan sosialis

percaya bahawa kerajaan, sama ada di peringkat

kebangsaan mahupun di peringkat tempatan, dan

bukannya individu, yang sepatutnya memiliki

sumber negara dan mengawal kegunaannya.

Sosialisme juga menuntut pemilikan umum

terhadap tanah, kilang dan sumber asas

pengeluaran yang lain.

UMUM 
TE RAUPARAHA

Te Rauparaha (1768–1849) ialah ketua Maori dan

salah seorang pahlawan Maori yang paling agung

dan paling kejam antara semua pahlawan Maori

yang dikenali oleh orang Eropah. Baik orang Maori

mahupun pakeha (orang kulit putih) takut kepada

Te Rauparaha. Malahan mereka mengaguminya

lebih daripada mengagumi ketua

pahlawan agung yang lain pada zamannya seperti Hongi Hika, Mananui

Te Heu Heu, dan Te Wherowhero.

UMUM 
BUKU BERGAMBAR

Buku bergambar, sejenis genre buku untuk kanak-kanak. Buku bergambar dihasilkan sama ada bagi karya sastera, mahupun karya informatif.

SASTERAKarya
SIDANG

SIDANG, satu jawatan dalam pentadbiran kampung tradisi di Melaka, baik dalam daerah yang mengamalkan adat perpatih seperti di Naning, mahupun di daerah-daerah lain yang mengamalkan adat temenggung, seperti di Alor Gajah atau bandar Melaka.  Asal usul perkataan sidang dipercayai berasal dari Sumatera, khususnya di Minangkabau.  Dalam penggunaannya di Melaka, ia bertunjang kepada adat perpatih, walaupun konsepnya berlainan, iaitu berdasarkan wilayah dan bukan keturunan perut atau suku.

BUDAYAKonsep
SELANGOR

Selangor (pend. 2 289 236) ialah negeri yang

terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia,

keluasannya 8200 kilometer persegi, berada di

antara garisan lintang 3 ° 40’ dan 2 ° 30’ utara. Ibu

negerinya Shah Alam sementara bandar diraja ialah

Kelang yang terletak di bahagian barat negeri itu.

Shah Alam menjadi ibu negeri Selangor dan pusat

pentadbiran pada tahun 1980 setelah mengalami

perubahan pesat baik dari segi infrastruktur

mahupun kependudukan. Ini disebabkan kawasan

Shah Alam lebih luas dan mempunyai perancangan

bandar moden yang lebih sistematik. Shah Alam

semakin berkembang dengan mempunyai beberapa

buah hotel mewah dan kawasan perindustrian dan

pelancongan.

UMUM 
AQIDAT AL-NAJIN

Kitab usuluddin.  Naskhah aslinya yang berjudul Umm al_Barahin dikarang oleh Muhammad Yusof al-Sanusi (1490).  Aqidat al-Najin bermakna Akidah Orang-orang yang Berjaya.  Naskhah ini merupakan naskhah asli usuluddin yang amat popular.  Kitab ini menjadi panduan akidah penting terutama bagi pengikut aliran Asy’ari dan kerap dibicarakan sama ada dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu.

SASTERAKitab
NOVELET

NOVELET, satu bentuk cereka prosa atau panjang. Dalam kesusasteraan Melayu mahupun Indonesia istilah novelet ini dikenali juga dengan ‘novela’. Bentuk nevelet ini lebih panjang daripada bentuk cerpen tetapi lebih pendek daripada bentuk novel. Pada lazimnya jumlah perkataan yang membentuk sesebuah novelet itu adalah sekitar 20 000 hingga 40 000 perkataan. Dalam hal ini mungkin juga terdapat beberapa buah novelet yang mengandungi kurang daripada 20 000 perkataan, namun masih dapat digolongkan ke dalam bentuk novelet iaitu berdasarkan pengungkapan dan pengolahan watak atau watak-wataknya yang ternyata lebih kompleks berbanding dengan pengungkapan dan pengolahan dalam bentuk cerpen.

SASTERAPenerbitan
ISLAM DI SEMENANJUNG MALAYSIA

ISLAM DI SEMENANJUNG MALAYSIA, perkembangan agam Islam di Semenanjung Malaysia yang bermula pada abad ke-12. Islam di Semenanjung Malaysia tidak terpisah daripada perkembangan Islam di Alam Melayu baik dari segi sejarah mahupun gerakannya. Bukti kedatangan Islam di Sumatera Utara sejak tahun 1113 melalui mubaligh Abdullah Arif seperti mana yang tercatat dalam Hikayat Aceh, merupakan rentetan kedatangan Islam ke Pasai pada tahun 1292. Sumber China pula mencatakan dua utusan Pasai bernama Hassan dan Sulaiman yang bertaraf menteri beragama Islam dihantar ke negeri China. Rentetan seterusnya membuktikan Islam di Semenanjung Malaysia berlaku sebelum tahun 1303 (702 H.) sebagaimana terbukti pada Batu Bersurat Terengganu dan beberapa tempat yang lain di Alam Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ANUGERAH SENI

ANUGERAH SENI, hadiah tahunan daripada pemerintah Republik Indonesia, yang diberi melalui Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan kepada para seniman Indonesia dalam bidang seni rupa, seni muzik, seni drama dan filem, serta seni sastera, baik seni tradisional mahupun seni moden.

SASTERAKonsep
BAHASA MELAYU SINGAPURA

BAHASA MELAYU SINGAPURA, nama lain bagi bahasa Melayu di Singapura apabila Negara itu diwujudkan pada bulan Ogos 1965. Sebelum itu, bahasa Melayu tetap dikenal di Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Brunei sebagai satu bahasa yang sama, baik dari segi istilah mahupun tatabahasa, kosa kata, ejaan, sebutan dan istilahnya.

BAHASAKonsep
123

Kembali ke atas