Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; puki ~ bk perkataan yg sangat kasar pengertiannya (digunakan sewaktu memaki). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Kd, Pn mari; pi ~ pergi dan datang, lalu-lalang; pi ~, pi ~ duk tang tu ki tidak berubah keadaannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tukar lirik lagu dialek kedah kepada Bahasa Melayu standard Mai Chek Mai Kita Kedah Mai Chek Ooii Mai Chek Mai Kita Ke Negeri Kedah Mai Ooii Bagi Ramai Jamu Nasi Kawah… Naik Kapai Terbang Turun Kepala Batas Makan Tok Sah Bimbang Kami Banyak Beras Ikut Lebuhraya Teruih ke Kayu Hitam Jaga Chek Ooii JAga Kereta Meneru Neran Kreta Meneru Nerannn … Uuummmmmm Lekasla Mai Kedah Singgahlah Ke Pekan Rabu Minum Nira Nipah, Makan Emping Kerabu Kot Lah Rasanya Penat Jom Pi Ke Langkawi Langgah Ayaq Gamat, Minumlah Ayaq Tongkat Ali Langgah Ayaq Gamat, Muka Naik Seriii Kedah Sudah La Maju Tak Lagi Macam Lah Dulu Rumah Serba Baru, Kenduri Ada Selalu Tengok Sana Sini Pembagunan Serata Negeri Ada Mesin Padi Ada Kilang Besi Melawak Orang Kedah Jangan Cepat Terasa Tok Sah Dok Kesah Bekawan Cepat Mesegha Bekawan Cepat Meseghaaa Mai Chek Ooii Mai Chek Mai Kita Ke Negeri Kedah Mai Ooii Bagi Ramai Jamu Nasi Kawah… Kot Lah Rasanya Penat Jom Pi Ke Langkawi Langgah Ayaq Gamat, Minumlah Ayaq Tongkat Ali Langgah Ayaq Gamat, Muka Naik Seriii Kedah Sudah La Muju Dak Lagi Macam Lah Dulu Rumah Serba Baru, Kenduri Ada Selalu Mai Chek Ooii Mai Chek Mai Kita Ke Negeri Kedah Mai Ooii Bagi Ramai Jamu Nasi Kawah…Untuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Harap maklum.

Saudara bole merujuk buku untuk rujukan yang telah diterbitkan, iaitu Glosari Dialek Terengganu dan juga Glosari Dialek Kedah. Selain itu, buku-buku yang ditulis oleh sarjana tempatan seperti Asmah Hj Omar, Zaharani, dan Norhashimah, juga boleh dijadikan rujukan untuk alih bahasa tersebut serta menggunakan prpm.dbp.gov.my.
Tatabahasa20.07.2013
1. Apakah penceraian suku kata bagi perkataan "permainan", 'makanan" dan "bermain"? 2. Saya mendapati penceraian suku kata bagi "permainan" adalah (per+mai+nan) manakala "makanan" adalah (ma+kan+an). Mengapakah penceraian suku kata bagi kedua perkataan ini berbeza vagi imbuhan (-an) di akhir perkataan? 3. Bagi penceraian suku kata "bermain" pula adalah (ber+ma+in), jadi bukankan sepatutnya penceraian suku kata bagi perkataan "permainan" adalah (per+ma+in+an)? 4. Bolehkah pihak tuan jelaskan apakah faktor yang menentukan penceraian sesuatu perkataan itu menjadi begitu?1. Pemenggalan suku kata bagi permainan [Per.mai.nan], makanan [ma.ka.nan] dan bermain [ber.main].
2. Kedua-dua perkataan tersebut tidak terbeza apabila menerima imbuhan. Dapatan tuan silap.
3. Kata dasar ialah main dan pemenggalan suka kata [main]. Apabila menerima imbuhan ber- akan menjadi [ber.main]. Apabila menerima imbuhan apitan menjadi [ber.mai.nan].
Lain-lain02.02.2018
Definisi Bahasa Melayu

Saudara Mai,

Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu Polenesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia dan persekitarannya sejak lebih 1000 tahun lalu. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara  Malaysia. Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Bahasa Melayu standard atau baku ialah bentuk bahasa, ejaan dan sebagainya yang betul (selaras) dan diterima oleh semua penuturnya.

Makna06.08.2009
berkejar-kejaran sama maksud dengan kejar-mengejar? terima kasih.Menurut Kamus Dewan edisi keempat, berkejar-kejaran bermaksud berlari bera­mai-ramai (banyak-banyak), berlari hambat­ menghambat (buru-memburu). Contoh ayat, Dua tiga ekor ayam berkejar-kejaran apabila Majid menaburkan padi. Menurut Kamus Pelajar, kejar-mengejar pula bermaksud berlari kerana hendak menangkap, menyerang dan lain-lain. Contoh ayat, Dalam drama kejar-mengejar itu, pihak polis telah berjaya menembak mati seorang penjenayah.
Lain-lain03.09.2021
salam, cara baca yang betul bagi "permainan" ialah "per+ma+in+an" atau "per+ma+i+nan"?Jawapan yang betul ialah [per.mai.nan] Ejaan06.07.2021
Apakah perceraian suku kata bagi perkataan "permainan"? Adakah: 1. Per-ma-in-an 2. Per-ma-i-nan 3. per-main-nan terima kasihPer.mai.nan (pemenggalan suku kata yang betul)Lain-lain02.02.2018
Apakah perbezaan antara mesyuarat dan perhimpunan?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 'mesyuarat' ialah perundingan (untuk membincangkan sesuatu, atau mencapai sesuatu keputusan). Contoh: mesyuarat agung - perundingan besar (oleh sesuatu badan, persatuan, dan lain-lain)

Sementara 'perhimpunan' ialah perihal berhimpun bera­mai-ramai untuk sesuatu tujuan tertentu, atau tempat berhimpun (terhimpunnya barang-barang dan lain lain)

Makna22.03.2021
harap pihak tuan dapat memberikan suku kata yang tepat untuk perkataan berikut: 1)santapan 2)memperolehi 3)Allah 4)mengisi 5)kebaikan 6)permainan 7)dunia 8)kaum tq

Saudara Asmazaira,

Suku kata yang tepat adalah seperti yang berikut:

i. san.ta.pan ii. mem.per.oleh (bukan memperolehi) iii. Al. lah  iv. me.ngi.si   v. ke.bai.kan vi. per.mai.nan

vii. du.nia  viii. kaum

Ejaan15.04.2010
Selamat Pagi.. Saya ingin bertanyakan pemenggalan suku kata bagi perkataan-perkataan berikut: 1. MENYEDIAKAN. me/nye/di/a/kan ATAU men/ye/dia/kan? 2. PAKAIAN. pa/ka/i/an ATAU pa/ka/i/an? 3. JANGAN. jan/gan ATAU ja/ngan? 4. MENDENGAR. men/den/gar ATAU men/de/ngar? 5. TENGAH. te/ngah ATAU ten/gah? 6. MENYEPAK. me/nye/pak ATAU men/ye/pak? 7. DENGAR. den/gar ATAU de/ngar? 8. MENGAMBIL. men/gam/bil ATAU me/ngam/bil? 9. MENYIMPAN. men/yim/pan ATAU me/nyim/pan? 10. PERMAINAN. per/ma/i/nan ATAU per/ma/in/an? 11. DENGAN. den/gan ATAU de/ngan? 12. MEMPUNYAI. mem/pun/ya/i ATAU mem/pun/yai? 13. MENYENTUH. men/yen/tuh ATAU me/nyen/tuh? 14.MENANGIS. me/nan/gis ATAU me/na/ngis? Sekian, terima kasih.

Suku kata yang betul bagi perkataan-perkataan berikut ialah:

1. me/nye/dia/kan
2.pa/kaian
3.ja/ngan
4. men/de/ngar
5. te/ngah
6. me/nye/pak
7. de/ngar
8. me/ngam/bil
9. me/nyim/pan
10. per/mai/nan
11.de/ngan
12. mem/pu/nya/i
13. me/nyen/tuh
14. me/na/ngis

Sila rujuk buku Daftar kata Bahasa Melayu Rum-Sebutan-Jawi Edisi Kedua untuk mendapat keterangan lanjut.

 

 

Tatabahasa28.04.2010

Kembali ke atas