Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[main] | ماءين

Definisi : 1. sesuatu yg dilakukan utk bersenang­senang atau bersuka-suka (dgn menggunakan alat-alat tertentu atau tidak): ~ bola; ~ gasing; ~ guli; ~ jongkang-jongket; ~ tenis; 2. = bermain berbuat sesuatu utk menyu­kakan atau menyenangkan hati (dgn meng­gunakan alat-alat tertentu atau tidak): jangan ~ di tengah hujan nanti demam; 3. bp me­lakukan sesuatu dgn sesuka hati (tidak ber­sungguh-sungguh, sewenang-wenang): dia kini telah pandai ~-~ sabar; 4. berjudi: ~ judi; ~ tikam ekor; 5. mempertunjukkan wayang (sandiwara dll); 6. Id bp bekerja (utk mencari nafkah); 7. sl kebijaksanaan (dlm mengerjakan sesuatu), kepandaian, muslihat: tiada mengapa, lihatkan juga oleh sau-daraku ~ si Tuah dgn seterusnya; ~ angin selalu berubah (berputar belit) per­cakapannya; ~ gila berkelakuan (berbuat se­suatu) tidak senonoh atau kurang sopan; ~ kasar bp bertindak atau bercakap kasar; ~ kayu = ~ muda bp bersuka-sukaan (berse­ronok-seronok) dgn perempuan; ~ kayu tiga berpura-pura berbuat baik dgn tujuan berbuat jahat; ~ mata a) mengerling-ngerling (men­jelingkan) mata; b) memberi isyarat dgn mata; ~ pantai sj perayaan memuja pantai; ~ pe-rempuan bermukah dgn perempuan; ~ re-butan berebut hadiah yg digantungkan pd tiang yg dilicinkan; ~ siku (sikut) a) me­nyinggung dgn siku; b) menipu dll ke sana sini; ~ sunglap a) main silap mata; b) me­ngenakan tipu muslihat (kpd), memperdaya; ~ tangan memukul dgn tangan; ~ tempel bp meminta pertolongan kpd orang yg berkuasa; ~ undi a) main loteri; b) ark main dadu; bukan ~ sungguh, sangat; bermain 1. melakukan sesuatu utk berse­nang-senang atau bersuka-suka: Amin belajar, ~, bekerja dan berehat dgn berpedomankan jadual waktu itu; ~ badminton; 2. bermukah dgn, berjahat dgn: sekali persetua Sultan Mahmud Shah ~ dgn isteri Tun Biajid; 3. = bermain-main muncul, timbul, dan meng­ganggu (fikiran dsb): paling ditakuti apabila bayang-bayang peristiwa itu sering ~ di ruang matanya; kesemua persoalan itu tidak henti-henti ~ di kepalanya hingga kadang-kadang sukar untuk melelapkan matanya; ~ dgn kata-kata menggunakan kata-kata dgn berbagai-bagai cara dan gaya; ~ tangan meng­gunakan ketangkasan tangan; ~ tangan pan-jang memegang-megang (meraba-raba) pe­rempuan; ~ akal (budi) prb mengenakan tipu daya (tipu muslihat); ~ air basah, ~ api letup, ~ pisau luka prb tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan ada akibatnya; bermain-main 1. bersenang-senang atau bersuka-suka (sambil melakukan sesuatu): setiap hari kami ~; 2. tidak bersungguh­sungguh, berseloroh sahaja: perkelahian mereka itu tidak sungguh-sungguh, hanya ~ sahaja; memainkan 1. melakukan sesuatu dgn suatu benda selaku bermain-main atau bersuka-suka: ~ lembing; 2. melagukan nyanyian dgn bunyi­bunyian: ~ lagu keroncong; 3. membunyikan alat bunyi-bunyian: budak itu telah pandai ~ piano; 4. menayangkan (wayang dll): filem ini pernah dimainkan tahun lepas; 5. me­lakonkan (sandiwara, drama, dll): Badan Keluarga Dewan Bahasa akan ~ drama Tamu Di Bukit Kenny esok malam; 6. me­megang peranan sbg (dlm sandiwara, drama, dll): ia ~ watak ayah dlm drama itu; ~ peranan a) berlakon sbg; b) ki mengambil bahagian dlm; mempermainkan, memain-mainkan 1. bermain-main dgn, menggunakan sesuatu utk bermain-main (sbg permainan): ia tunduk dan jarinya kelihatan sedang memain-mainkan tepi tikar mengkuang; datuk itu bermisai panjang, tiada lepas tangannya dr misai, dimain-mainkannya; 2. memper­lakukan utk bersenang-senang (mencari un­tung dll): jangan ~ anak gadis orang; mereka dipermainkan sahaja oleh majikan mereka; 3. memainkan (sandiwara, wayang, dll): Dalang Surung Rana pun berhenti di bawah pohon beringin, serta ~ wayangnya; 4. memperolok-olokkan, mempersendakan, me­nyindir-nyindir, mengeji-ngeji: maka ba-nyaklah tingkah lakunya yg jenaka di-permainkan oleh orang kampung akan dia; awak banyak dosa, awak selalu ~ Islam; mainan, main-mainan 1. benda yg diguna­kan (oleh kanak-kanak) utk bermain: anak-nya bermain dgn ~nya; 2. sesuatu yg ke­lihatan spt bentuk asli tetapi cuma tiruan sahaja: bersama mereka dijumpai dua keping topeng hitam dan sepucuk pistol ~;3. sesuatu yg digunakan utk bermain-main sahaja atau yg dipermainkan: politik bukanlah satu ~ sebaliknya satu amanah, maka wajar-lah dibantu dgn ilmu; permain sl teman bermain, orang yg me­nyukakan hati orang lain (dlm istana dll): kanak-kanak itu diambil akan ~ supaya ramai istana hamba; maka ada seorang budak bongkok ~ mandudari, maka budak bongkok itu dipanah Seri Rama; permainan 1. sesuatu yg digunakan utk bermain, sesuatu utk bermain-main sahaja, mainan; 2. perihal bermain, perbuatan ber­main (bola sepak dll): ~ yg paling digemari ialah bola sepak; ~nya kasar; 3. perbuatan yg dilakukan tidak dgn bersungguh-sungguh (utk main-main sahaja); 4. pertunjukan (wayang, sandiwara, dll), pementasan (drama dll): dr bangku sekolah dahulu kau dah mulai cenderung dlm ~ pentas; 5. bp perempuan utk berseronok-seronok sahaja (bukan dijadi­kan isteri): sesudah ditalak oleh suaminya ia menjadi ~ orang sahaja; 6. Id sj barang perhiasan (spt loket yg digantungkan pd kalung dll); 7. sesuatu yg dipermainkan atau dipersendakan: janganlah kamu jadikan agama kamu sbg ejek-ejekan dan ~; ~ puteri Kl cara mengubati penyakit oleh bomoh (me­makai jampi, serapah, alat bunyi-bunyian, dll) dgn jalan bertutur dgn orang yg berada dlm keadaan tidak sedar; hujan panas ~ hari, senang susah ~ hidup prb telah menjadi perkara biasa bahawa hidup manusia itu ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah; sepermainan sama-sama bermain: kami ~ semasa kecil; pemain 1. orang yg bermain (bola, piano, dll), pelakon (drama dll): ~ biola; 2. orang yg suka bermain judi: wang permulaan di-terima lebih banyak drpd yg biasa, yg ~ boleh bermain di tikar judi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[main] | ماءين

Definisi : ; burung ~ angin sj burung, burung laki padi, Cisticola juncidis malaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[main] | ماءين

Definisi : ; bermain berbuat sesuatu utk bersenang-senang atau utk bersuka-suka; melakukan sesuatu utk menyenangkan hati atau utk berehat-rehat: Pergilah keluar ~, apabila kamu telah lama belajar. ~ bola; ~ catur. bermain-main 1 bersenang-senang atau bersuka-suka dgn melakukan sesuatu: Ketika ibu memasak di dapur, kami ~ di halaman. 2 tidak bersungguh-sungguh; hanya utk berkelakar saja: Mereka itu ~ saja, bukan berkelahi sungguh-sungguh. memainkan 1 menggunakan sesuatu utk bermain-main atau utk bersuka-suka: ~ pedang. 2 membunyikan sesuatu alat bunyi-bunyian; membuat lagu dgn alat bunyi-bunyian: ~ gambus; Beliau telah ~ lagu Joget Pahang dgn pianonya. 3 menunjukkan lakonan atau wayang. mempermainkan 1 memperlakukan utk bersenang-senang (mencari untung dll): Jangan suka ~ harta benda orang. 2 membuat sesuatu kpd seseorang supaya ia ditertawakan orang lain; memperolok-olokkan: Kamu suka benar ~ dia. mainan, main-mainan benda yg digunakan utk bermain; apa-apa yg dimainkan atau yg dipermainkan: Adli leka bermain dgn ~nya. permainan 1 apa-apa yg digunakan utk bermain; mainan. 2 perbuatan atau hal bermain; cara bermain: ~ catur patut digalakkan di kalangan anak-anak kita. ~nya sungguh baik. ~ dalam permainan yg dimainkan di dlm bangunan (spt catur, dam); ~ luar permainan yg dimainkan di luar bangunan (spt bola sepak, hoki). 3 sesuatu yg dilakukan dgn tidak sungguh-sungguh. pemain orang bermain atau yg memainkan sesuatu; orang yg suka bermain: ~ biola; ~ bola sepak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Main sengat pantang dipegang,
     Main senduk bawa berlaga;
Main semangat berjuang gelanggang,
     Main meredah hujan tenaga.


Lihat selanjutnya...(64)
Peribahasa

Main air basah,
     main api letur,
main pisau luka.

Bermaksud :

Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
angin: ชาวประมงที่ ภูเก็ตลือว ่ าจะเกิดสึนามิอีกครั ้ ง Ne- layan di Phuket menyebarkan khabar angin bahawa tsunami akan berlaku lagi. ลือชื่อ [-c:] ว terkenal: ภราดรเป็นนักเทนนิส ที่ ลือชื่ อของไทย Paradon merupakan pe- main tenis Thailand yang terkenal. ลุ [lu] ดู บรรลุ ลุก [luk] ก bangun, bangkit: อามานลุก จากเก ้ าอี้ แล ้ วเดินออกจากห ้ องนั้ น Aman ba­ ngun dari kerusinya lalu berjalan ้ ที่ ธนาคาร Anda boleh menukar wang di bank. แลกเปลี ่ ยน [-pli  an] ก bertukar-tukar: ผู ้ เล ่ นทั้ งสองฝ ่ ายแลกเปลี่ ยนเสื้ อกัน Para pe- main kedua- dua pasukan bertukar- tukar jersi. แล ่ ง [lε] น tabung anak panah แล ้ ง [lε:] 1 ดู ฤดูแล ้ ง ว 2 kemarau: ต ้ นไม
Kamus Thai 2.indb
Fra­ zier dengan kuat. ชกต ่ อย [-t:y] ก bertumbuk: เด็ก ๆ เหล ่ าน ั ้นชกต ่ อยก ั นขณะเล ่ นฟุตบอล Budak- budak itu bertumbuk sewaktu ber­ main bola sepak. ชกมวย [-muay] ก bertinju: เขาชกมวย เพื่ อชิงตำแหน ่ งแชมป ์ โลก Mereka bertinju untuk merebut gelaran juara dunia. ชง [co] ก menyeduh: คนขายกาแฟชงกาแฟ ลูกยอให ้ ลูกค ้ าดื่ ซ ่ อนเงื ่ อน [-an] ก menyembunyi­ kan tujuan sebenar: รัฐบาลได ้ ซ ่ อนเงื่ อน ในการจัดทำงบประมาณกลาง Kerajaan menyembunyikan tujuan sebenar menyediakan peruntukan khas. ซ ่ อนหา [-ha:] น main sorok-sorok, main sembunyi-sembunyi ซ ้ อน [s:n] ก menindankan: คนงานซ ้ อนจาน ที่ เก็บมาจากโต ๊ ะอาหาร Pekerja menindankan pinggan yang dikutip dari meja makan. ซ ่ อม
Kamus Thai 2.indb
ดู ไฟ เพลิดเพลิน [pl:tpl:n] ก berhibur: ฉันเพลิดเพลินกับการดูโทรทัศน ์ Saya ber- hibur dengan menonton televisyen. เพลิน [pl:n] ว asyik, leka: เขาเพลิน กับการเล ่ นเกมคอมพิวเตอร ์ Dia asyik ber- main permainan komputer. เพลีย [plia] ก letih: สมปองรู ้ สึกเพลียเพราะ ทำงานหนักมาทั้ งวัน Sompong berasa letih kerana bekerja kuat sepanjang hari. เพลี้ ย [pli  a] น kumbang เพลี ่ ยงพล ้
Kamus Thai 2.indb
้ งโค ้ งแล ้ วให ้ ผู ้ เล ่ น คนอื่ น ๆ กระโดดข ้ ามต ั วของเขา Jurulatih bola sepak menyuruh seorang pemain membongkok kemudian pemain-pe- main lain melompatinya. กงสี [kosi  :] น 1 barang kongsi: คนงาน ทุกคนกินกงสีที่ นายจ ้ างจ ั ดไว ้ ให ้ Semua pekerja makan barang kongsi yang disediakan oleh majikan. 2 syarikat

Kembali ke atas