Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slm, Mohon pihak tuan memeriksa sama ada ayat di bawah ini betul atau tidak: 1)main air hujan atau main hujan 2)zaman sains maju dan teknologi tinggi (sains huruf besar atau kecil?) 3)makna kebersihan - tidak kotor tq :)1.  Kebiasaannya disebut "main hujan"

2.  Zaman sain:  sains dieja dengan huruf kecil

3.  Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, kebersihan bermaksud "keadaan bersih (tidak kotor)
Istilah12.06.2015
Bagaimana membatangkan perkataan main, buat, buang? Satu suku kata atau dua suku kata? Main atau ma+in. Terima kasih.Pemenggalan suku kata untuk kata yang diberikan:     
1. main= ma-in
2. buang= bu-ang
3. buat= bu-at
Tatabahasa10.09.2015
minta tanya suku kata yang betul untuk perkataan di bawah. 1. main 2. perempuan 3. keluarga 4. ceria 5. kuih Sebelum saya pernah minta tanya, dimanakah saya dapat buku rujukan suku kata. Saya diberitahu dewan tatabahasa edisi ketiga. Boleh pihak tuan beritahu di manakah saya dapat beli atau emel muka depan supaya saya dapat cari di kedai buku. Terima kasih.

Pemenggalan suka kata bagi perkataan tersebut:

Main – ma.in
Perempuan – pe.rem.pu.an
Keluarga – ke.lu.ar.ga
Ceria – ce.ri.a
Kuih -  ku.ih

Selain daripada buku Tatabahasa Dewan, tuan juga boleh merujuk buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. Ketiga-tiga buku tersebut merupakan terbitan DBP. Untuk melihat kulit buku, tuan boleh membuat carian melalui Internet. Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pembelian buku, tuan boleh menghubungi talian berikut:

Anjung DBP: 03-2147 9597/03-2147 9598
Kompleks DBP Hulu Kelang: 03-41010028/019-2141956 (WhatsApp)
Layari laman web ini https://dbpniaga.my

Tatabahasa17.06.2021
Saya nak tanya, 1. Mari main bersama 2. Mari bermain bersama-sama mana satu betul? Terima kasih.Frasa yang betul ialah "Mari main bersama-sama".Tatabahasa02.03.2015
Perhatikan ayat di bawah: "Tuhan, aku sungguh menuji-Mu!" Soalan: Bolehkah "sungguh" dipadankan dengan "menuji"? Jika tidak boleh, apakah jawapan yang sepatutnya... Terima Kasih.Dalam Kamus Dewan edisi keempat, sungguh  bererti 1. tidak bohong, benar, betul; 2. sungguh hati = sungguh-sungguh, tidak main-main, dengan segenap hati, dengan tekun; 3. amat sangat,  terlalu; 4. memang, sebenarnya, sebetulnya. Dalam buku Nahu Melayu Mutakhir, halaman 368, dinyatakan bahawa adverba kesungguhan “mempersungguhkan” sesuatu perbuatan atau peristiwa. Contoh ayat: Dia betul-betul menafikan hal itu. Berdasarkan keterangan di atas, ayat “Tuhanku, aku sungguh memuji-Mu.” tidak salah.  Namun, ayat “ Tuhanku, aku benar-benar memuji-Mu.” lebih sejadi.Tatabahasa28.04.2011
Cikgu, kata kerja dalam ayat larangan juga harus diimbuhkan dengan akhiran -kan atau menggunakan kata dasar? Contoh: 1. Jangan main di sini atau Jangan bermain di sini 2. Usah pedulikan dia atau Usah peduli diaLihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 450, contoh ayat larangan:
(a) Jangan ambil harta orang.
(b) Kamu jangan beritahu dia.
(c) Usah kaupedulikan dia.
Tatabahasa13.05.2014
Questions: 1. Is DBP the main government body overseeing/ regulating all publishing activities in Malaysia? 2. What are the channels that are being used to promote Malaysian publications, both domestic and internationally? Thank you.
  • DBP bukan badan  utama yang mengawal semua aktiviti penerbitan di Malaysia.
  • Saluran yang digunakan untuk mempromosi bahan-bahan terbitan termasuklah pengedar, agen yang dilantik, serta badan seperti Majlis Buku Kebangsaan Malaysia bagi urusan promosi dalam Pesta Buku di dalam dan luar negara.
Lain-lain14.12.2010
Cikgu, saya ada masalah tentang kata kerja tak transitif dalam ayat larangan. 1. Jangan bermain di sini. 2. Jangan main di sini. Masalah saya ialah adakah perlunya kata kerja tak transitif dalam ayat di atas, iaitu main menerima awalan ber- menjadi bermain atau tidak perlu menerima awalan ber- kerana ini merupakan ayat larangan seperti ayat suruhan yang hanya menerima akhiran -kan dan -i untuk kata kerja transitif.Kedua-dua ayat itu adalah betul.  Kata kerja yang ada awal ber itu lebih gramatis.
Tatabahasa29.05.2014
1. Apakah penceraian suku kata bagi perkataan "permainan", 'makanan" dan "bermain"? 2. Saya mendapati penceraian suku kata bagi "permainan" adalah (per+mai+nan) manakala "makanan" adalah (ma+kan+an). Mengapakah penceraian suku kata bagi kedua perkataan ini berbeza vagi imbuhan (-an) di akhir perkataan? 3. Bagi penceraian suku kata "bermain" pula adalah (ber+ma+in), jadi bukankan sepatutnya penceraian suku kata bagi perkataan "permainan" adalah (per+ma+in+an)? 4. Bolehkah pihak tuan jelaskan apakah faktor yang menentukan penceraian sesuatu perkataan itu menjadi begitu?1. Pemenggalan suku kata bagi permainan [Per.mai.nan], makanan [ma.ka.nan] dan bermain [ber.main].
2. Kedua-dua perkataan tersebut tidak terbeza apabila menerima imbuhan. Dapatan tuan silap.
3. Kata dasar ialah main dan pemenggalan suka kata [main]. Apabila menerima imbuhan ber- akan menjadi [ber.main]. Apabila menerima imbuhan apitan menjadi [ber.mai.nan].
Lain-lain02.02.2018
Bagaimanakah menggunakan konkordans untuk sesuatu perkataan dalam laman ini?Bolehkah pihak tuan menyatakan langkah-langkah penggunaan konkordans?

Puan Lizah,

Langkah 1. Sila buka main.php">www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php dan klik pautan di 'Korpus Bahasa Melayu'.  2. Sila klik 'setuju' untuk pergi ke skrin seterusnya. Jika 'tidak bersetuju' pengguna akan dipautkan ke Laman Khidmat Nasihat Bahasa.   Sila ikut arahan seterusnya.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk panduan yang disertakan melalui alamat e-mel saudara.

Lain-lain03.07.2009
1234

Kembali ke atas