Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ja.lah] | مجله

Definisi : terbitan berkala yg mengandungi ma­kalah, fiksyen, gambar foto, dll; ~ bergambar majalah yg sebahagian besarnya diisi dgn gambar; ~ ilmiah majalah yg mengan­dungi makalah yg bersifat ilmiah. permajalahan hal yg berkaitan dgn majalah: Simposium Dunia P~ Melayu 2003. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ja.lah] | مجله

Definisi : buku atau surat yg berisi makalah, rencana dll yg dikeluarkan pd waktu-waktu tertentu. permajalahan hal yg berkaitan dgn majalah: Simposium Dunia ~ Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
majalah (kata nama)
Bersinonim dengan jurnal, komik, risalah, brosur, akhbar, surat khabar, terbitan berkala, mingguan, bulanan, suku tahunan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana nak baca bahan dan semua artikel dalam Majalah-majalah Dewan, contoh Dewan Masyarakat secara on line. Saya dah cuba. Tapi tak dapat. Pls. TQ.

Salam,

Terlebih dahulu,saya bagi pihak Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) mengucapkan terima kasih kerana keprihatinan dan minat tuan untuk menjadi pembaca kepada majalah-majalah DBP.

Untuk makluman tuan, DBP belum lagi mempunyai sistem majalah secara online tetapi DBP ada merancang membina sistem ini. DBP sedang berusaha untuk menjayakan hasrat ini secepat mungkin.

DBP ada menyediakan ruangan promo majalah-majalah DBP iaitu dengan melayari :

http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php    

atau terus ke

 http://www.facebook.com/pages/Dewan-Masyarakat/124714026698?v=wall

Kami berharap tuan dapat barsabar dan melanggan dahulu majalah-majalah bercetak.

sekian terima kasih 

Lain-lain25.10.2009
Assalamualaikum, Di manakah saya boleh menjumpa dan membaca majalah - majalah seperti Dewan Bahasa dan Dewan Masyarakat terbitan DBP pada tahun 80-an? Adakah tersimpan di mana-mana institusi dan boleh diakses orang awam? Terima kasih didahulukan.Majalah terbitan DBP boleh dibaca di Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), DBP. Jika berdekatan dengan tempat tinggal, tuan boleh berkunjung ke PDM dan menjadi Ahli Rakan Dewan.Lain-lain22.12.2017
apakah tanggungjawab kita dalam penggunaan bahasa kebangsaan?Saudara boleh merujuk majalah-majalah terbitan DBP atau mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu DBPLain-lain10.01.2007
Bagaimanakah saya boleh membaca Majalah DBP? Bolehkah saya tahu akan laman web untuk membaca Majalah diterbitkan oleh DBP?Terima kasihSelamat sejahtera puan,
Majalah yang boleh dibaca melalui laman web Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ialah majalah Dewan Sastera dan Dewan Bahasa. Kedua-dua majalah ini boleh dicapai melalui eseminar. Majalah-majalah lain, iaitu majalah Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dewan Ekonomi, Tamadun Islam, Pelita Bahasa, Tunas Cipta, Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Dewan Kosmik boleh dibeli melalui dbpniaga. 

Sekian, terima kasih.
Lain-lain12.01.2021
Assalamualaikum wtw, saya Sharifah Zubaida binti Ahmad, sedang menuntut di UPSI dan merupakan anak didik Dr. Halim Ali. Saya ingin bertanya kepada En.Ruslan mengenai apakah peranan DBP dalam mengembangkan sastera melalui majalah. Majalah yang saya maksudkan ialah Dewan Bahasa, Dewan siswa dan sebagainya. saya berharap pihak DBP dapat menjawab soalan yang saya ajukan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah saya hargai. Terima kasih.

Antara fungsi utama penubuhan DBP ialah memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan. Berdasarkan fungsi tersebut, DBP berperanan secara langsung terhadap usaha memperkembang bakat sastera dan memasyarakatkan sastera dalam kalangan rakyat melalui pelbagai wahana termasuklah penerbitan buku dan majalah. Majalah antara wahana yang dekat dengan pelbagai lapisan masyarakat khususnya golongan pendidik/pelajar, secara tidak langsung membantu usaha memupuk minat dan bakat dalam bidang kesusasteraan seperti penulisan, pembacaan, penghasilan karya, kebudayaan dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, kami cadangkan saudara berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan rujuk artikel majalah serta kertas kerja seminar yang berkaitan dengan tajuk berkenaan.

Sastera04.03.2011
Apakah yang dimaksudkan dengan 'kertas ilmiah'?ilmiah Ar bersifat (secara) ilmu pengetahuan, keilmuan, akademik: penerbitan majalah-majalah ~ boleh dikatakan sangat kurang; keilmiahan perihal atau sifat ilmiah. Kertas ilmiah ialah kertas yang bersifat akademik. Kertas ini menyajikan gagasan, deskripsi atau pemecahan masalah secara sistemis, yang dibentangkan secara objektif dan jujur, menggunakan bahasa baku serta didukung oleh fakta, teori, atau bukti empirik.Lain-lain27.10.2014
Definas bahan bacaan ilmiah/bahan ilmiah

ilmiah Ar bersifat (secara) ilmu pengetahuan, keilmuan, akademik: penerbitan majalah-majalah ~ boleh dikatakan sangat kurang; keilmiahan perihal atau sifat ilmiah.

Untuk makluman sdr. pihak DBP ada menyediakan perkhidmatan Kamus Dalam Talian dalam Laman web : www.dbp.gov.my

Lain-lain01.09.2008
Apakah yang dapat dibincangkan mengenai dialek mengikut konteks sosial?Mohon agar saudara mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu DBP (PDM DBP) atau membuat rujukan pada majalah-majalah terbitan DBP.Lain-lain17.09.2007
Salam hormat dan salam sejahtera. Sejak akhir ini saya dapati perkataan "BAHARU" telah digunapakai secara rasmi di dalam bentuk tulisan rasmi dan juga rencana di dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah. Apakah perbezaannya dengan perkataan "BARU" dengan perkataan "BAHARU"?. 2. Kenapa setiap tahun bahasa melayu berubah dari masa ke semasa? sehingga tidak ada satu bahasa yang standard ( baku )?. 3. Adakah bahasa melayu mengikut selera penterjemahan, dengan itu wujudnya edisi ke edisi. Sekian, terima kasih. Ariff Badishah Arifin Shah Alam.Kata "baharu" ialah kata adjektif manaka kata "baru" merujuk kepada kata bantu untuk masa. Sebagai perbandingan, kata "baharu" dalam bahasa Melayu dapat dipadankan dengan kata "new" dalam bahasa Inggeris.  Manaka kata baru  dapat dipadankan dengan kata "just" dalam bahasa Inggeris.

Bahasa Melayu sebagai bahasa moden sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Selagi bahasa Melayu itu hidup dan berkembang sedikit sebanyak akan mengalami perubahan sama juga seperti bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa moden yang lain.

 

Lain-lain03.01.2011
anak murid saya di sekolah rendah ingin menghantar artikel ke majalah DBP majalah yang manakah sesuai untuk murid sekolah rendah?Salam sejahtera, majalah yang sesuai untuk murid sekolah rendah ialah Majalah Dewan Pelajar.Lain-lain05.11.2019
12345678910...

Kembali ke atas