Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maj.lis] | مجليس

Definisi : 1. badan yg dilantik atau dipilih, yg mempunyai kuasa mentadbir, membuat per­aturan dan menasihat: M~ Perbandaran; M~ Keselamatan Negeri; 2. perjumpaan (orang ramai), keramaian: dia dikehendaki hadir dlm ~ itu; ~ bahas (perbahasan) perjumpaan tempat atau utk diadakan peraduan bahas; ketua ~ ketua dlm sesuatu perjumpaan; 3. tempat (bangunan dll) persidangan (per­jumpaan dll); ~ peguam majlis yg dibentuk atau ditubuhkan di bawah akta kehakiman yg mempunyai bidang kuasa mengawasi para peguam dan pengamal undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maj.lis] | مجليس

Definisi : 1. cantik, elok, indah: sikap ~ tidak terkira; 2. Mn bersih, apik, rapi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maj.lis] | مجليس

Definisi : 1 badan yg mengurus sesuatu dgn mengadakan mesyuarat; lembaga; jawatankuasa: ~ Tertinggi UMNO; ~ Tempatan. 2 perjumpaan orang ramai utk sesuatu tujuan; keramaian: ~ perkahwinan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[maj.lis] | مجليس

Definisi : elok sekali; cantik; permai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
majlis (kata nama)
1. Bersinonim dengan jawatankuasa: badan, lembaga, panel, senat, junta, panitia, jemeleh,

2. Bersinonim dengan upacara: acara, istiadat, keramaian, jamuan, parti, kenduri, pertemuan, perkumpulan, perhimpunan.,


Puisi
 

Jika bergendang kulit kerbau,
     Dalam majlis tari menari;
Adik ini dagang merantau,
     Mengharap belas abang di sini.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai budak menyapu ingus.

Bermaksud :

Beroleh malu dalam sesuatu majlis.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ngele[N:E.lE]kata kerjamenghadiri majlis perkahwinan.Mok gi ngele rumoh Leba We ari nih.[m/ gi N:E.lE Äu.mh l«.bA wE) A.Äi nih]Mak pergi menghadiri jemputan kahwin di rumah Lebai We hari ni.
jong gula[dZoN gu.lA] tukang masak dalam majlis kenduri.Ambo jadi jong gula jah, maso bekwoh diyo.[Am.b dZ:A.di dZoN gu.lA dZAh mA.s b:E/.wh di.j]Saya menjadi tukang masak saja, semasa kenduri dia.
jong kako[dZoN kA.k] orang yang ditugaskan untuk mengangkat hidangan dalam majlis kenduri-kendara, penanggah.Tepak bekwoh tu, ambo jadi jong kako jah.[t«.pA/ b:E/.wh tu Am.b dZ:A.di dZoN kA.k dZAh]Di tempat kenduri tu, saya hanya jadi penanggah saja.
cendeng[tS:«n.deN]kata kerjarintangan semasa melakukan sesuatu pekerjaan atau majlis, halangan.Maso diyo bekwoh nikoh anok diyo menggu lepah, banyok bena cendeng hok jadi.[mA.s di.j b:E/.wh n:i.kh A.n/ di.j mEN.gu l«.pAh bA.ø/ b«.nA tS:«n.deN h/ dZ:A.di]Semasa dia mengadakan kenduri kahwin anak dia minggu lepas, banyak sangat halangan yang berlaku.
bekwoh[b:E/.wh]kata namakenduri yang diadakan secara besar-besaran (majlis perkahwinan, kesyukuran, dan lain-lain).Pok Me bekwoh besa pasa anok tino sulung diyo nok nikoh.[p/ mE b:E/.wh be.sA pA.sA A.n/ t:i.n su.loN di.j n/ :Pak Man mengadakan kenduri besar-besaran sebab anak perempuan sulungnya nak kahwin.
tok nebeng[to/ nE.bEN] gelaran bagi orang yang dipilih menjadi ketua sesebuah kampung, ketua kampung.Kalu nok buwak apo-apo mejeleh pong, gi royak ko tok nebeng dulu.[kA.lu n/ bu.wA/ A.p.A.p m«.dZ«.leh poN gi č.jA/ k to/ nE.bEN du.lu]Kalau nak buat apa-apa majlis pun, beritahulah pada ketua kampung dulu.
labok[lA.bo/]kata namakebiasaan (kerap kali berlaku atau selalu terjadi), kelaziman.Kalu ikok labok ore sini, bilo buleh ore baru, kito keno buwak bekwoh cuko budok.[kA.lu i.ko/ lA.bo/ .ÄE s:i.ni bi.l bu.leh .ÄE bA.Äu ki.t k«.n bu.wA/ b:E/.wh tS:u.ko bu.d/]Kalau ikut kelaziman orang di sini, apabila mendapat cahaya mata, kita kena adakan majlis kenduri bercukur bayi.

Kembali ke atas