Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maj.lis] | مجليس

Definisi : 1. badan yg dilantik atau dipilih, yg mempunyai kuasa mentadbir, membuat per­aturan dan menasihat: M~ Perbandaran; M~ Keselamatan Negeri; 2. perjumpaan (orang ramai), keramaian: dia dikehendaki hadir dlm ~ itu; ~ bahas (perbahasan) perjumpaan tempat atau utk diadakan peraduan bahas; ketua ~ ketua dlm sesuatu perjumpaan; 3. tempat (bangunan dll) persidangan (per­jumpaan dll); ~ peguam majlis yg dibentuk atau ditubuhkan di bawah akta kehakiman yg mempunyai bidang kuasa mengawasi para peguam dan pengamal undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maj.lis] | مجليس

Definisi : 1. cantik, elok, indah: sikap ~ tidak terkira; 2. Mn bersih, apik, rapi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maj.lis] | مجليس

Definisi : 1 badan yg mengurus sesuatu dgn mengadakan mesyuarat; lembaga; jawatankuasa: ~ Tertinggi UMNO; ~ Tempatan. 2 perjumpaan orang ramai utk sesuatu tujuan; keramaian: ~ perkahwinan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[maj.lis] | مجليس

Definisi : elok sekali; cantik; permai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
majlis (kata nama)
1. Bersinonim dengan jawatankuasa: badan, lembaga, panel, senat, junta, panitia, jemeleh,

2. Bersinonim dengan upacara: acara, istiadat, keramaian, jamuan, parti, kenduri, pertemuan, perkumpulan, perhimpunan.,


Puisi
 

Jika bergendang kulit kerbau,
     Dalam majlis tari menari;
Adik ini dagang merantau,
     Mengharap belas abang di sini.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai budak menyapu ingus.

Bermaksud :

Beroleh malu dalam sesuatu majlis.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
ewapersiapan utk mengadakan sst majlis spt kenduri perkahwinan, bermula drp memasang khemah sehingga selesaiKamus Dewan Perdana
emsijuruacara atau pengacara dlm sst majlis rasmiKamus Dewan Perdana
eulogiucapan atau kertas bertulis yg mengandungi pujian dan penghargaan thp jasa sso, mis diucapkan ketika majlis persaraan atau dibaca pd hari pengebumian orang KristianKamus Dewan Perdana
etikettatacara berkelakuan yg betul mengikut adat resam, budaya, pekerjaan atau kelas dlm masyarakat apb berada dlm sst situasi spt majlis rasmi atau di meja makanKamus Dewan Perdana
epokbekas berbentuk karung kecil setinggi sejengkal lebih, dibuat drp anyaman daun mengkuang dsb, berambu di bucu bawahnya dan bertali satu, utk dimuati beberapa cembul berisi sirih pinang. Bekas ini biasanya dibawa semasa pergi menjemput keluarga terdekat utk menghadiri majlis tertentuKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas