Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maj.lis] | مجليس

Definisi : 1. badan yg dilantik atau dipilih, yg mempunyai kuasa mentadbir, membuat per­aturan dan menasihat: M~ Perbandaran; M~ Keselamatan Negeri; 2. perjumpaan (orang ramai), keramaian: dia dikehendaki hadir dlm ~ itu; ~ bahas (perbahasan) perjumpaan tempat atau utk diadakan peraduan bahas; ketua ~ ketua dlm sesuatu perjumpaan; 3. tempat (bangunan dll) persidangan (per­jumpaan dll); ~ peguam majlis yg dibentuk atau ditubuhkan di bawah akta kehakiman yg mempunyai bidang kuasa mengawasi para peguam dan pengamal undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maj.lis] | مجليس

Definisi : 1. cantik, elok, indah: sikap ~ tidak terkira; 2. Mn bersih, apik, rapi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maj.lis] | مجليس

Definisi : 1 badan yg mengurus sesuatu dgn mengadakan mesyuarat; lembaga; jawatankuasa: ~ Tertinggi UMNO; ~ Tempatan. 2 perjumpaan orang ramai utk sesuatu tujuan; keramaian: ~ perkahwinan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[maj.lis] | مجليس

Definisi : elok sekali; cantik; permai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
majlis (kata nama)
1. Bersinonim dengan jawatankuasa: badan, lembaga, panel, senat, junta, panitia, jemeleh,

2. Bersinonim dengan upacara: acara, istiadat, keramaian, jamuan, parti, kenduri, pertemuan, perkumpulan, perhimpunan.,


Puisi
 

Jika bergendang kulit kerbau,
     Dalam majlis tari menari;
Adik ini dagang merantau,
     Mengharap belas abang di sini.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai budak menyapu ingus.

Bermaksud :

Beroleh malu dalam sesuatu majlis.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Syuhaila Husain Majlis Perasmian Penutup atau Majlis atau Majlis Perasmian Penutupan atau Majlis Penutupan Yg mana satu.?Ungkapan yang digunakan ialah Majlis Penutupan. Majlis Perasmianbermakna sesuatu majlis dibuka dengan rasmi dan Majlis Penutupan bermakna pengakhiran sesuatu majlis.Tatabahasa18.05.2014
huruf besar atau kecil? Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Enakmen-enakman Lembaga Bandaran, Ordinan Majlis-majlis Tempatan 1992Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Enakmen-Enakmen Lembaga Bandaran, Ordinan Majlis-Majlis Tempatan 1992Ejaan28.03.2005
1. Mana yang betul jika kita hendak menggunakan perkataan Majlis Penutup atau Majlis Penutupan dan Majlis Pembuka atau Majlis Pembukaan. 2. Jika pada poster/buku program/kain rentang perkataan mana yang sesuai ? 3. Atas dasar tatabahasa/fonetik/fonologi mengapakah ia dipilih ? Majlis Penutup atau Majlis Penutupan dan Majlis Pembuka/Majlis Pembukaan ?

Majlis Penutupan dan Majlis Pembukaan/Perasmian.

Pemilihan ini disesuaikan dengan makna yang mendukung setiap kata tersebut, penutupan bermaksud perihal menutup (menutupi, menutupkan), penamatan, pengakhiran, penyudahan; manakala pembukaan bermaksud perihal atau perbuatan membuka, permulaan.

Tatabahasa17.05.2008
Gelaran hormat untuk seorang pegawai polis dalam majlis-majlis rasmi ialah Yang Setia? Mohon diberi pencerahan kerana saya tidak mendapat maklumat yang yelas tentang gelaran ini di mana-mana. Terima kasihSalam sejahtera,

Tuan,

Berdasarkan buku Garis Panduan Amalan Istiadat dan Protokol dalam Majlis Rasmi Kerajaan (2015), tiada panggilan hormat Yang Setia untuk pegawai polis dalam sesebuah majlis rasmi.

Walau bagaimanapun, tuan boleh merujuk kepada jabatan terbabit untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain01.03.2018
Mohon penjelasan sama ada perkataan "Pemasyhuran" boleh digunakan di dalam majlis-majlis rasmi biasa atau hanya boleh digunakan di dalam majlis melibatkan protokol Istana?Permasyhuran bermaksud perihal memasyhurkan (menyiarkan berita dan lain-lain, contohnya pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Pemasyhuran bukanlah bahasa diraja dan boleh digunakan dalam konteks umum.Istilah12.10.2012
majlis penutupan atau penutupUngkapan yang digunakan ialah Majlis Penutupan. Majlis Perasmianbermakna sesuatu majlis dibuka dengan rasmi dan Majlis Penutupan bermakna pengakhiran sesuatu majlis.Istilah10.03.2015
Jika pengetua ialah seorang perempuan, apakah panggilan yang sesuai untuk beliau dalam urusan atau majlis-majlis rasmi? Antara Puan Pengetua dan Tuan Pengetua yang manakah betul? Bagaimana dalam kes seperti mesyuarat, adakah puan pengerusi atau tuan pengerusi majlis?Jika seseorang itu telah diketahui lelaki atau perempuan, contohnya pengetua maka sapaan yang sesuai ialah Puan Pengetua, begitu juga dalam contoh, Puan Pengerusi MajlisLain-lain19.09.2007
1. Di majlis 2. Dalam majlis 3. Pada majlis Yang manakah betul?Yang betul ialah dalam majlis dan pada majlis.Tatabahasa15.10.2007
Apakah maksud perkataan otai? Selalu sangat saya mendengar orang menyebutnya termasuklah dalam majlis-majlis ilmiah. Terima kasih.Otai ialah bahasa percakapan yang bermaksud "orang lama" dalam sesuatu bidang.Tatabahasa15.09.2015
Apakah terjemahan untuk perkataan "skirting", iaitu hiasan di keliling meja, biasanya untuk majlis-majlis keramaian?Perkataan skirting boleh digunakan dan terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Definisi skirting dalam Kamus Dewan ialah fabrik untuk hiasan pada tepi keliling meja, pentas dan sebagainya yang biasanya berlisu.Istilah07.10.2011
12345678910...

Kembali ke atas