Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maj.lis] | مجليس

Definisi : 1. badan yg dilantik atau dipilih, yg mempunyai kuasa mentadbir, membuat per­aturan dan menasihat: M~ Perbandaran; M~ Keselamatan Negeri; 2. perjumpaan (orang ramai), keramaian: dia dikehendaki hadir dlm ~ itu; ~ bahas (perbahasan) perjumpaan tempat atau utk diadakan peraduan bahas; ketua ~ ketua dlm sesuatu perjumpaan; 3. tempat (bangunan dll) persidangan (per­jumpaan dll); ~ peguam majlis yg dibentuk atau ditubuhkan di bawah akta kehakiman yg mempunyai bidang kuasa mengawasi para peguam dan pengamal undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maj.lis] | مجليس

Definisi : 1. cantik, elok, indah: sikap ~ tidak terkira; 2. Mn bersih, apik, rapi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maj.lis] | مجليس

Definisi : 1 badan yg mengurus sesuatu dgn mengadakan mesyuarat; lembaga; jawatankuasa: ~ Tertinggi UMNO; ~ Tempatan. 2 perjumpaan orang ramai utk sesuatu tujuan; keramaian: ~ perkahwinan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[maj.lis] | مجليس

Definisi : elok sekali; cantik; permai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
majlis (kata nama)
1. Bersinonim dengan jawatankuasa: badan, lembaga, panel, senat, junta, panitia, jemeleh,

2. Bersinonim dengan upacara: acara, istiadat, keramaian, jamuan, parti, kenduri, pertemuan, perkumpulan, perhimpunan.,


Puisi
 

Jika bergendang kulit kerbau,
     Dalam majlis tari menari;
Adik ini dagang merantau,
     Mengharap belas abang di sini.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai budak menyapu ingus.

Bermaksud :

Beroleh malu dalam sesuatu majlis.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nebeng[nùE.beN]kata kerja1. menyertai sesuatu majlis tanpa diundang.Bile orang beso datang dia nebeng je.[bi.l« .ÄAN b«.s dA.tAN di.j« nùE.beN dZ«]Bila ada orang kenamaan datang dia ikut serta.
bedempok[b«.d«m.po/]kata kerjamembuat sesuatu majlis pada masa dan hari yang sama antara dua tempat atau rumah yg berdekatan.Kenuri rumoh Pak Mat bedempok dengan rumoh Pak Abu.[k«.nu.Äi Äu.moh pA/ mAt b«.d«m.po/ d«.NAn Äu.moh pA/ A.bu]Kenduri rumah Pak Mat sama hari dengan rumah Pak Abu.
roti orang mati[č.ti .ÄAN mA.ti] sejenis roti dibuat daripada campuran tepung gandum, telor dan rempah kari yang diuli dibentuk seperti roti canai dan digoreng, biasanya dihidangkan pada majlis tahlil.   
kanyo[kA.ø]kata adjektif1. berkenaan sikap seseorang yang kurang sopan.Majeleh tok mulo lagi die makan doh, kanyo beto budok tu.[mA.dZ«.leh t/ mu.l lA.gi di.j« mA.kAn dh kA.ø b«.t bu.do/ tu]Majlis belum bermula dia sudah makan, kurang sopan sungguh budak itu.

Kembali ke atas